Pelakon dan usahawan, Fizo Omar baru-baru ini melayangkan dedikasi istimewa buat rakan artis, Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang telah pun sah bergelar suami isteri lebih sebulan lalu.

Sambil menitipkan ucapan tahniah, Fizo dan Kamal yang sebelum ini sama-sama bersaing menerusi program Hero Remaja 2007 turut mengenang memori saat awal mereka terjun dalam dunia seni.

Tahniah sahabat! So happy for you both, lovely birds. Pandai korang cover line ek. Tahun 2007 sama-sama Abe Joe dan Kamal masuk industri ini menerusi platform Hero Remaja.

“Aku ingat lagi masa tu dua-dua tengah struggle, aku pula baru habis belajar UiTM dan continue main bola, Kamal tengah belajar lagi.

“Dulu kitaorang tak ada duit beb! Nak beli baju untuk photoshoot memang tak ada bajet lah. Mix n match la ape yang ada. Aku pakai baju kau dan kau pakai seluar aku. Ha macam tulah lebih kurang,” jelas Fizo.

Perkara tersebut dikongsikan bapa kepada seorang cahaya mata ini menerusi sebuah perkongsian di Instagram.

IKLAN

“Dulu Kitaorang Tak Ada Duit, Nak Beli Baju Photoshoot Memang Tak Ada Bajet,” – Steady Ucapan Tahniah Fizo Buat Kamal, Ini Respon Pengantin Baru!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Fizo pada masa sama sempat berseloroh sambil mendoakan yang terbaik buat Kamal.

IKLAN

“Hari ni kau dah berjaya jadi one the best actor in Malaysia dan dah jadi suami orang. Aku tahu your life journey memang tough bro. Sekarang kau dah dapat reward in your carieer dan dapat mak cik cantik tu wehh. So proud of  you. You deserve it bro.

“Kene plak mak cik cantik kau sekampung dengan aku. Lepas ni mu keno balik Kelate la wehh, balik Bukit Abal Selising.

“Aku tahu @uqashasenrose2 manja dia lain macam tahap kucing Parsi tau… hahhahaha. So all da best to you bro. Pesanan dari sahabat ko ni. HANDLE WITH CARE. ONCE BROKEN… KO TIDO LUAR!,” tulisnya lagi.

IKLAN

Entri tersebut pantas menerima perhatian peminat dan masing-masing turut meninggalkan komen yang baik-baik buat pengantin baru itu.

“Dulu Kitaorang Tak Ada Duit, Nak Beli Baju Photoshoot Memang Tak Ada Bajet,” – Steady Ucapan Tahniah Fizo Buat Kamal, Ini Respon Pengantin Baru!

“Dulu Kitaorang Tak Ada Duit, Nak Beli Baju Photoshoot Memang Tak Ada Bajet,” – Steady Ucapan Tahniah Fizo Buat Kamal, Ini Respon Pengantin Baru!

“Dulu Kitaorang Tak Ada Duit, Nak Beli Baju Photoshoot Memang Tak Ada Bajet,” – Steady Ucapan Tahniah Fizo Buat Kamal, Ini Respon Pengantin Baru!Malah Kamal juga ada memberikan reaksi sekaligus mengucapkan terima kasih atas ingatan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI