Suami kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Dr Rushdi Ramli menegaskan segala tuduhan yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab adalah sebagai satu fitnah yang berniat jahat.

Menerusi ‘voice note’ yang dikirimkan Nora melalui aplikasi WhatsApp kepada media, Rushdi berkata tuduhan demi tuduhan yang ditularkan adalah bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinannya dengan Nora.

“Saya yang bernama Rushdi Bin Ramli, secara jujur dan seikhlas hati, ingin menjelaskan segala kenyataan-kenyataan yang telah diviralkan pada saat ini, yang bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinan saya dan Datuk Nora Ariffin, adalah suatu fitnah dan tohmah yang berniat jahat dan buruk.

“Allahuakbar. Semoga Allah SWT memberikan balasan yang setimpal terhadap orang-orang yang berniat jahat terhadap kami dan perkahwinan kami,” katanya.

Sebelum itu, Nora menerusi satu kiriman WhatsApp kepada media juga menafikan dakwaan terbabit, sekaligus menyifatkan apa yang tular sebagai fitnah dan tidak benar.

IKLAN

“Astagfirulllahalazim… Semua ini fitnah, tidak benar. Ini saja kenyataan dari saya,” katanya ringkas. 

Terdahulu, tular dakwaan yang kononnya penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu didakwa menyembunyikan tarikh pernikahan sebenar dengan Dr Rushdi Ramli.

IKLAN

Malah, tangkap layar mesej mendakwa Nora meminta suaminya menceraikan isteri pertama sebelum bernikah dengannya turut diperkatakan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan status suami Nora, sama ada sudah mempunyai isteri atau duda sebelum mendirikan rumah tangga dengannya.

IKLAN

Terdahulu, Nora dalam satu kenyataan memaklumkan dia selamat mendirikan rumah tangga dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup baru-baru ini. 

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Walau bagaimanapun, komposer terkenal itu meninggal dunia pada 24 Mac 2017 di usia 52 tahun akibat serangan jantung dan Nora sekali lagi diuji pada 13 Disember 2019 atas pemergian anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI