Pelakon dan penyanyi, Danny X-Factor melakukan inisiatif sendiri dengan bersedekah kepada golongan pelajar sekolah atau golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) sekiranya mereka ada menempah perkhidmatan e-hailing yang dilakukannya ketika ini.
Danny atau nama sebenarnya Mohd Kardanie Anwa, 44, selain mencari rezeki halal, tidak salah baginya untuk memberikan sumbangan dengan cara yang tersendiri.
“Kadangkala ada golongan pelajar sekolah yang naik kereta saya mahu ke perpustakaan dan sebagainya. Apabila nak bayar, saya suruh dia simpan wang dan beritahu saya niat sedekah dan minta mereka belajar rajin-rajin.
“Begitu juga kalau penumpang dari golongan OKU, saya takkan ambil wang kerana bersimpati dengan keadaan mereka. Yang penting ialah doakan saya murah rezeki. Itu pun sudah cukup,” katanya, petik Harian Metro.
Danny mulai melakukan perkhidmatan e-hailing sejak 2017 lalu.
Tambahnya lagi, dia senang dengan apa yang dilakukan sekarang selain percaya kepada rezeki.
Ads
“Saya tak rasa ‘stress’ memandu. Ia ibarat terapi juga pada saya kerana saya boleh kenal lebih ramai orang. Tak dinafikan mulanya buat sekadar suka-suka, kemudian tengok rezeki pendapatan macam alhamdulillah.
“Ramai juga jumpa kawan-kawan artis yang tiada kerja dan saya cadangkan buatlah e-hailing. Mungkin ada yang malu dan ada sesetengah tiada kereta sendiri. Petuanya mudah sahaja. Kalau rajin semua benda boleh jadi.
“Sekarang, boleh katakan kalau ada tawaran berlakon pun, saya lebih pilih buat e-hailing. Pendapatan bergantung atas diri kita. Kena tahu masa yang sesuai,” katanya lagi.
Ads
Bagaimanapun, sama seperti pekerjaan lain, setiap pendapatan itu ada naik dan turunnya.
“Bagi saya, apabila bawa kereta keluar, setiap minit adalah duit. Kalau hari ini dapat RM10, setakat itu sahaja rezeki. Kalau esok dapat lebih pun, rezeki kita juga.
“Yang penting saya gembira, ambil orang dan turunkan orang. Tak perlu jumpa kawan-kawan untuk dengar masalah. Yang penting penumpang selamat sampai ke destinasi.
Ads
“Apapun saya kena pastikan cukup rehat. Hari-hari duit dalam dompet tak kosong untuk berbelanja. Kadangkala ada sasaran untuk bayar contohnya pelbagai bil dalam bulan tertentu.
“Jadi saya tetapkan beberapa hari untuk bekerja bagi dapatkan jumlah yang dikehendaki,” katanya yang akan mengambil alih tugas menjaga anak apabila isterinya bertugas di awan biru sebagai pramugari.
Dalam pada itu selain memandu e-hailing, Danny turut bekerja sebagai penerbit penyelaras dan pengurus produksi di Double Channel Sdn Bhd milik pelakon Syed Aiman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sinonim sebagai sweet couple yang sentiasa memuat naik gambar-gambar comel di Instagram masing-masing.
Bohonglah jika perhubungan rumahtangga mereka tidak pernah bergolak, namun kedua-dua mereka bijak mengatasi masalah yang menimpa dan tidak mahu berkongsi cerita ‘dalam kelambu’ dengan orang ramai.
Menjawab mengenai isu tersebut, Aeril punya jawapan sendiri.
“Bagi saya sendiri cerita dalam kelambu (hal suami isteri) tidak perlu rasanya untuk dihebohkan di media sosial dan saya tak akan post..
“Cukup kita yang dalam family ini sahaja tahu. Tak perlu orang luar atau orang yang kita tak kenal tahu cerita lebih-lebih pasal masalah rumahtangga,” kata Aeril kepada MH.
Dalam pada itu, Aeril juga meluahkan rasa syukurnya kerana perkahwinan yang dibina selama ini kekal bahagia.
Malah, setakat ini mereka juga tidak mempunyai masalah yang boleh disifatkan terlalu besar.
“Tapi setakat ni Ahamdulillah selama tujuh tahun ni , rasanya tak ada pula masalah yang terlalu besar sampai baling-baling kuali, senduk semua.
“Sebab tu kami tak ada post benda-benda macam tu, kalau ada sekali pun, kami tak share,”kata Aeril.
“Sesetengah orang buat benda macam tu mungkin untuk tarik perhatian, tapi bagi kami sampai nak share dalam media sosial tak perlu kot rasanya, cukup selesai cara baik dan matang,” jelas Aeril.
Aeril, 31 tahun turut ‘membongkar’ rahsia Wawa dalam hal rumahtangga.
“Kami gaduh sikit-sikit tu biasalah.. Macam Wawa sendiri, tak perlu pujuk. Kadang-kadang dia baik sendiri,” kata Aeril berseloroh.
Dalam perkembangan lain, Aeril dan Wawa kini sedang sibuk membuat persiapan untuk mengembangkan perniagaan terbaru mereka iaitu madu.
Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumahtangga pada tahun 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6 tahun dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 4 tahun.
Foto : Instagram Aeril Zafrel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Nora Ariffin, menerusi entri terkiniada berkongsi berita gembira bersama peminat.
Kongsi Nora, atau nama sebenarnya Wan Nora Afiza Ariffin arwah suaminya, Johan Nawawi telah menerima Anugerah Khas Tokoh Seniman Aswara 2019.
“Alhamdulilah. Syukur pada Allah swt. Menggigil saya sewaktu menerima anugerah ini wakil kepada arwah.
“Terharu & sedih mengenangkan penat lelah arwah memperjuangkan seni music selama lebih 30 tahun yg tidak kenal erti penat, akhirnya diiktiraf.
“Allahuakbar. Kalau arwah masih ada, pasti dia sangat gembira. Setinggi jutaan kasih kepada ASWARA diatas pengiktirafan ini.
“ANUGERAH KHAS TOKOH SENIMAN ASWARA 2019 kepada Arwah Johan Nawawi.
“Pa…kami semua bangga diatas pencapaian papa, moga segala jasa karya papa memberi manfaat pada industri music tanahair. Miss you pa. Love you dunia akhirat. Lots of love frm all of us.We Miss you so much. Al- fatihah.,” tulisnya.
Pelakon Nazim Othman, meluahkan rasa kesal selepas mengetahui ada individu yang didakwa tidak bertanggungjawab telah menggunakan namanya untuk menipu orang lain.
Menurut Nazim, selain melakukan aktiviti penipuan pelaburan, individu tersebut juga dikatakan telah memperkenalkan diri sebagai pembantu peribadinya.
“Semalam, I received a DM from @nor.lianaman asking whether or not @suriani___88 is my PA.
“Liana hantar pada saya a screenshot showing that she’s transferred some money into a bank account di bawah nama “Nursuriani” -> @suriani___88
“Saya tak kenal Suriani ni. Jadi saya pun DM cik Suriani ni tanya sama ada betul atau tak dia terima duit dari Liana. Jawapannya , YA.
“Bila saya tanya kenapa? Jawapannya “saya pun mangsa”. Apakah? Tapi nombor telefon 0133396683 yang digunakan untuk berkomunikasi dengan mangsa (Liana), diakui oleh Suriani sendiri bahawa nombor itu dibeli olehnya,” tulisnya.
Menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon drama, Pengantin Satu Malam itu mengakui berasa simpati dengan nasib yang menimpa mangsa tersebut.
Jelasnya lagi, individu berkenaan turut dilihat sengaja memutarbelitkan perkara sebenar ketika ditanya mengenai perbuatannya itu.
“It’s getting so confusing when this Suriani said she’s a victim too. If she’s a victim too, why on earth she’s been using the number for that purpose?
“I feel sorry for Liana for being too innocent to have believed the lies. This is pissing me off knowing that someone is crazy enough to use my name to commit such a scam.
“Apa pendapat korang? (edited : reading all the twisted comments , to sum everything up, to me it sounds like a mindF C grade movie we all don’t want to watch.),” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Nazim agar segera membuat laporan polis supaya isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
Sumber: Instagram Nazim Othman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Apich Lo ralat apabila perjalanannya di program realiti Big Stage Alpha terhenti di minggu pertama sekali gus gagal meloloskan diri ke ‘Big 12’.