Suria FM memperkenalkan barisan penyampai baharu mereka iaitu Datuk Fizz Fairuz, Chiwan Cilok dan Kai Hassan sebagai langkah strategik berikan sentuhan khas untuk terus relevan.

Perubahan turut dilakukan demi peningkatkan mutu dengan menghasilkan produk yang lebih menarik sekaligus memberikan yang terbaik kepada pendengar setia stesen radio berkenaan.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, penyampai baru di Suria FM merupakan salah satu langkah Suria seiring dengan keperluan semasa.

“Malah , ia untuk memantapkan dan mengukuhkan lagi tunggak utama barisan penyampai sebelum menjelang ‘Radio Survey’yang berlangsung bermula 18 Februari hingga 30 Mac 2024 ini,” katanya.

“Penyampai Dipilih Melalui Proses Pemilihan Teliti,” – Sentuhan Baru Suria FM, Yakin Saji Program Best Tahun Ini! “Penyampai Dipilih Melalui Proses Pemilihan Teliti,” – Sentuhan Baru Suria FM, Yakin Saji Program Best Tahun Ini! “Penyampai Dipilih Melalui Proses Pemilihan Teliti,” – Sentuhan Baru Suria FM, Yakin Saji Program Best Tahun Ini!

Datuk Fizz Fairuz bakal ke udara di segmen Morning Morning Suria bersama Ajak dan Suraya pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi.

IKLAN

Manakala Kai Hassan, bakal mengambil alih segmen Morning Morning Suria dan Carta Suria Top 40 sepanjang tempoh Suraya bersalin bagi memastikan kelangsungan kualiti kandungan bagi kedua-dua segmen ini.

Sementara Chiwan Cilok pula akan bergandingan bersama Rara menemani petang pendengar menerusi segmen Suria Petang pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 3 petang sehingga 7 petang.

“Setiap penyampai dipilih melalui proses pemilihan yang teliti, menekankan kemahiran profesional dan pengalaman luas selain mempunyai bakat serta minat yang mendalam dalam bidang penyiaran radio,” katanya lagi.

IKLAN

Selain memperkenalkan penyampai baharu, Suria FM turut menyajikan seleksi program hiburan dan ilmiah menarik seperti Seikhlas Suria.

Program tersebut menawarkan wang tunai sebanyak RM24,000 kepada pendengar bagi menghargai mereka yang masih menyokong Suria FM.

Caranya, bermula 22 Januari sehingga 16 Februari, pendengar hanya perlu menghantar Whatsapp bagi pendaftaran di segmen (Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang atau Suria Cinta) dan pendengar berpeluang mendapat RM 300!

IKLAN

Program seterusnya ialah Ybae Suria Masuk Kampung, suatu program CSR bagi mendekatkan penyampai Suria bersama penduduk setempat.

Kempen Raikan Yang Dirai juga bakal dilakukan bersempena Ramadhan Raya yang bakal tiba.

Suria FM juga bakal menghasilkan Drama Raya Suria 2024, lagu raya Suria, dan pelbagai program menarik!

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI