Pengarah dan penerbit, Michael Ang ada memuat naik satu rakaman video menerusi laman media sosial Instagram.

Rakaman video tersebut merakamkan antara lain, Michael ingin mendapatkan telefon pintar model keluaran terkini iPhone 12 model Pro Max secepat mungkin.   

Malah, Michael turut menegaskan, dia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan telefon pintar idaman.

“Aku sanggup jadi apa-apa, jadi pelacur ke, jual maruah ke janji aku dapat phone tu pada 23 hari bulan.

IKLAN

“Kena dapatkan kat tangan aku. Siapa boleh bagi aku tu aku sanggup jer buat apa, please,” seloroh Michael sambil bertanya beberapa rakan sebelum itu. 

IKLAN

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur apabila melihat gurauan pengarah drama bersiri Sweet Dreams itu.

“Jadi Pelacur Ke, Jual Maruah Ke,”- Michael Ang Seloroh, Sanggup Buat Apa Saja Demi Iphone Terbaru! “Jadi Pelacur Ke, Jual Maruah Ke,”- Michael Ang Seloroh, Sanggup Buat Apa Saja Demi Iphone Terbaru! “Jadi Pelacur Ke, Jual Maruah Ke,”- Michael Ang Seloroh, Sanggup Buat Apa Saja Demi Iphone Terbaru!

IKLAN

Sekadar informasi, syarikat antarabangsa itu telah melancarkan telefon pintar terkini iaitu siri iPhone 12 pada 14 Oktober lalu yang didatangkan dalam beberapa model tersendiri.

Sementara video yang dimuat naik Michael sudah pun ditonton hampir 40,000 kali.

Video: Instagram Michael Ang

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI