Penyanyi, Amira Othman ada menitipkan kata buat rakan artis, Heliza Helmi.

Dia yang turut berkawan rapat dengan rakan penyanyi, Wany Hasrita meluahkan rasa kagum dengan sikap yang ditonjolkan Heliza Helmi yang sangat menitikberatkan soal agama dalam kehidupan.

Bukan itu sahaja, penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 2013 ini turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan sahabat yang sangat baik.

IKLAN

“Masa ni baru baru dpt tawu dpt pergi Haji. Memg mengejut and byk benda tk tawu tp kak @nurhelizahelmi mcm biasa anytime dia sedia berkhidmat utk sesiapa pun. Selalu suruh kami doakan dia.

“Tp selalu sy terfikir, hebat nya kakja nii rasanya masa dia kt dunia memg dia habiskan utk saham2 akhirat.

IKLAN

“Susah nak jd wanita tinggi akhlak mcm kakja & wany ni kan. Kalau ada kwn mcm ni korg jaga elok2 please, susah kan nk jd baik?

“Sebab tu antara medium nak berubah ni kena ada kwn kwn yang sama2 nk berubah and ajak kte sama sama membuat kebaikan,” tulisnya jujur.

IKLAN

Foto: Instagram Heliza Helmi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI