Pelakon jelita, Anna Jobling akui teruja untuk menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang juri di program Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-4.
Menurut Anna, meskipun tiada pengalaman di dalam dunia komedi, namun peranannya di kerusi juri ini adalah untuk mewakili suara daripada penonton dan netizen.
“Kesempatan ini adalah rezeki saya. Ini juga merupakan kali pertama saya duduk di kerusi juri. Ada banyak perkara yang saya perlu belajar.
“Saya berada di sini sebagai wakil daripada penonton dan netizen. Jadi, peranan saya agak berbeza.
“Saya bukan menilai daripada sudut teknikal lawak tetapi lebih kepada sama ada penonton terhibur atau tidak,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 yang berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ads
Ketika ada pihak yang agak skeptikal dengan kemampuan Anna untuk memahami komedi Melayu, bintang kelahiran program Dewi Remaja 2018/19 mendedahkan dirinya sangat mudah terhibur dengan apa sahaja jenis lawak.
“Saya seorang yang mudah terhibur. Lawak-lawak biasa pun saya akan mudah ketawa
Kita tengoklah nanti.
“Kalau saya tergelak, itu bermakna saya faham lawak tersebut dan mereka berjaya buat saya terhibur,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Anna mendedahkan dirinya sudah bersedia untuk berdepan dengan segala kritikan namun dia juga berharap orang ramai dapat memberikannya peluang untuk cuba menggalas tanggungjawab ini dengan baik.
Ads
“Berilah saya peluang. Segala hal yang kita lakukan di dunia ini, ada permulaanya.
Mungkin permulaan saya nanti akan mencabar tapi saya akan cuba terima segala komen dan kritikan.
“Ia secara tidak langsung akan membantu saya untuk memperbaiki kesilapan.
Ini juga merupakan satu bidang baru dan batu loncatan dalam perjalanan kerjaya saya.
“Mungkin ada pihak yang tidak suka dengan kehadiran saya di sini. Namun, saya tetap positif.
Ads
“Dalam hidup ini, bukan saya seorang sahaja yang perlu hadap kecaman. Saya terlibat di dalam program ini untuk berhibur sahaja,” akhirinya.
Selain Anna, posisi juri juga turut disandang oleh dua pelawak senior tanah air iaitu Saiful Apek dan Harith Iskander.
Sebanyak 10 kumpulan bakal bertanding di MLS4 yang bertemakan ‘Kisah Dongeng’.
Program yang dihoskan AC Mizal itu bakal bersiaran bermuala 22 September ini di saluran Astro Warna dan Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebentar tadi, dunia hiburan tempatan telah dikejutkan dengan perkongsian foto tunang melibatkan pasangan selebriti sama cantik sama pasan, Aiman Hamin Ridza dan Zahirah MacWilson.
Kedua-kedua mereka masing-masing berkongsi sekeping foto dengan kapsyen ringkas, tetapi cukup untuk menjelaskan segala-galanya.
Lalu menerusi ruangan komen, pasangan ini dihujani dengan ucapan tahniah dari para peminat termasuk rakan selebriti yang turut memberikan dedikasi istimewa buat keduanya.
Terdahulu, Aiman dan Zahirah masing-maing mulai rapat sejak beberapa bukan lalu ketika masing-masing terlibat sama menerusi drama rantaian, Curi-Curi Cinta.
Tahniah buat kalian dan semoga hubungan bakal berlabuh menerusi bahtera perkahwinan.
Foto: Instagram Zahirah, Aiman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi kisah perihal rumah tangga yang dibina bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.
Jelasnya, bahtera perkahwinan yang kini sudah pun mencecah usia 13 tahun itu secara langsung menjadikannya lebih matang dalam usaha untuk menjadi ketua keluarga yang baik berbanding sebelumnya.
Malah, usahawan yang kini muncul menerusi single Cuba Bahagia itu juga turut sama mendoakan kebahagiaan semua yang pernah hadir di dalam hidupnya.
“My bidariku @shahidadherbs. Berkahwin itu amat mudah. Tetapi untuk menjadikan perkhawinan bahgia ini kekal lama dan sempurna serta menjadikan untuk saling melengkapi itu bukan sesuatu perkara yang mudah.
“Lebih daripada 13 tahun, perkahwinan kami, banyak asam garam yang ditempuhi. Setiap tahun adalah tahun pembelajaran kami untuk membetulkan kelemahan masing-masing.
“Syukur Alhamdulillah, 13 tahun itu mematangkan saya untuk menjadi seorang suami yang terbaik. Abah yang terbaik dan usahawan yang terbaik. Adat berniaga ada jatuh dan bangun.
“Perkara ini mematangkan kita. Tetapi benda yang paling penting sekali adalah kebahagain yang hakiki iaitu bersama dengan family dan ibu bapa kita.
“Semoga semua rakan rakan perkenalan saya di facebook, instagram, bekas kakitangan saya, ejen dan juga stokis saya, anda adalah orang yang hadir dalam hidup saya adalah yang terbaik inyalah sy doakan.
“Semoga kita sama sama mendoakan untuk kebahagian orang lain juga. AMINN YA RAB,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram beberapa hari lalu.
Serentak dengan itu, ruangan komen pada ebtri tersebut turut disusuli dengan doa serta harapan ramai agar hubungan perkahwinan pasangan usahawan ini kekal sampai bila-bila.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.
Pasangan ini turut menjaga seorang anak angkat.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dangdut Indonesia, Chacha Sherly dilaporkan meninggal dunia semalam selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, 4 Januari lalu di Kilometer 428 berhampiran Tol Semarang – Solo, kira-kira jam 12.00 tengahari.
Berita tersebut disahkan pengurusnya, Chorus Okky yang turut sedih dengan pemergian penyanyi berkenaan.
Difahamkan, bekas anggota kumpulan terkenal Trio Macan itu menghembuskan nafas terakhir keesokannya selepas koma akibat kemalangan itu.
Ketika kejadian, sebuah kenderaan dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing dan terbabas lalu menyebabkan kenderaan yang mengikuti di belakang kemudian merempuh kenderaan itu termasuk kereta yang dinaiki Chacha.
Chacha sebelum ini pernah menganggotai kumpulan Trio Macan sekitar tahun 2011 sebelum memilih untuk bergerak secara solo tahun lalu.
Sementara itu memetik CNN Indonesia, Chacha meninggal dunia kerana mengalami pendarahan serius di bahagian kepala.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!