Luahan sedih ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail pada Khamis mencuri perhatian ramai.
Perkara tersebut dikongsikan Patimah menerusi Insta Stories, sejurus Syamsul sah bercerai talak satu dengan Ira Kazar.
“Sejujurnya mengalir air mataku melihat anakku mengharungi takdir hidup seorang diri,” katanya.
Tambahnya, dalam apa jua keadaan dia sebagai ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak.
Ads
“Namun doa sentiasa mengiringi hidupmu agar dipermudahkan segala urusan,” kongsinya lagi, tanpa merujuk kepada mana-mana anaknya secara spesifik.
Ads
Terdahulu, kisah hubungan Syamsul bersama kedua ibu bapanya sebelum ini menjadi tumpuan apabila dia dikatakan sudah lama tidak pulang ke pangkuan keluarga.
Bagaiamanpun tidak pernah didedahkan punca kemelut yang berlaku.
Ads
Malah Syamsul ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Khamis juga tidak berkongsi panjang tentang isu berkenaan.
Baginya, lebih baik menyelesaikan konflik secara peribadi dan tidak membabitkan orang luar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Biasalah akan ada yang suka dan tidak. Bagi saya, saya suka.”
Demikian kata penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat sebagai mengulas pendapat segelintir pihak yang berpendapat lagu baharunya, Memerang tidak sesuai dengan usia dan statusnya sebagai isteri serta ibu kepada dua orang anak.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, bagaimanapun terbuka dengan kritikan dan mengakui dalam yang suka, pasti akan ada yang sebaliknya.
“Kalau nak kata lagu yang lebih matang, saya sudah pun lancarkan karya sedemikian sebelum ini. Bila kita keluarkan lagu yang ‘matang’, akaj ada yang tanya bila nak lancarkan lagu rancak macam Temberang dan Pencuri Hati?
“Atau pun contohnya, ada yang kata saya sesuai bawa lagu yang berentak rancak sahaja. Kita pun keluarkanlah lagu yang ada ‘vibe’ yang sama.
“Jadi kalau ada pula yang kata saya sudah boleh buat lagu yang bersesuaian dengan usia yang sudah ada anak dua, bagi saya itu suatu perkara yang subjektif,” katanya.
Ayda berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Pelancaran Lagu Memerang di SkyWorlds Genting, Genting Highlands, baru-baru ini.
Memerang yang dicipta oleh Ezra Kong, ialah sebuah lagu percintaan yang mengisahkan mengenai seseorang yang licik dalam percintaan dan pandai memerangkap sesiapa sahaja melihatnya.
Ditanya mengenai sejauh mana harapannya terhadappenerimaan pendengar terhadap Memerang, Ayda percaya rezeki.
“Sudah tentulah harapan saya tinggi, perlu ‘kalahkan’ lagu Temberang atau Pencuri Hati. Tapi itu semua rezeki. Kalau kata lagu ini boleh viral, alhamdulillah. Kalau tidak, rezeki mungkin ada pada lagu lain.
“Sebab apa yang penting, saya dapat berikan apa yang peminat saya mahukan. Itu lebih utama. Malah bila selesai sahaja pelancaran ini, saya rasa sangat lega,” katanya lagi.
Dalam pada itu, muzik video lagu berkenaan turut menampilkan pempengaruh seperti Kasih Iris Leon, Ceddy dan selebriti Indonesia, Prince Gabriel di samping bintang senior, Liza Abdullah dan anak sulung Ayda, Ana Nayla.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sering dilihat mengenakan pakaian sedondon bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, pelakon meningkat naik, Muaz Zabir menyifatkan perkara tersebut hanyalah satu kebetulan.
Menurut Muaz, dia dan Bella tidak pernah merancang untuk tampil sedondon sebaliknya dia sering mengenakan pakaian putih kerana itu warna kegemarannya.
“Segalanya berlaku secara kebetulan. Seperti yang anda boleh lihat sebentar tadi, saya dan Bella sama-sama mengenakan pakaian berwarna putih tapi percayalah cakap saya, kami tidak merancang apa-apa.
“Kebetulan, saya pula memang suka pakai baju warna putih bila datang ke mana-mana majlis. Yang selalu berjumpa saya, mesti perasan perkara ini,” katanya kepada MH.
Muaz berkata sedemikian ketika ditemui ldi majlis pengumuman malam kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-36 di Courtyard By Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ditanya adakah Muaz ketika ini sedang berusaha menambat hati Bella memandangkan tempoh iddahnya sudah pun tamat, Muaz menjawab mereka kini hanya memberikan fokus terhadap kerjaya.
“Saya tidak melihat perkara tersebut sebagai satu peluang keemasan yang perlu direbutkan. Namun, apa yang boleh saya katakan, kami hanya berkawan dan akan ada projek bersama-sama.
“Jadi, kami akan selalu berjumpa dan tak boleh nak bermasam muka. Kita hanya meneruskan kehidupan masing-masing dan buat yang terbaik,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, pelakon drama Leha Leya Lawa turut mengakui dirinya sering menemani Bella dikebanyakan acara dan ia hanyalah sebagai tanda sokongan sesama rakan artis.
“Ada sebab kenapa saya sering dilihat bersama Bella Astillah. Kami bukan buat saja-saja. Bella akan adakan satu sesi sidang media nanti, jadi, di sana saya akan terangkan dengan lebih terperinci.
“Bercakap tentang sokongan, saya juga berhak untuk menyokong artis-artis lain atau individu yang saya senangi. Baru-baru ini saya ada menunjukkan sokongan kepada Riena Diana dan Elly Suriaty. Mereka ada teater.
“Jika saya ada kelapangan untuk membantu sesama rakan artis, apa salahnya saya buat,” akhirinya.
Terdahulu, aktor berusia 27 tahun itu tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan Bella dan berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan dirinya.
Sebelum ini, Bella disahkan bercerai dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz pada 13 Jun lalu di Mahkamah Rendah Wilayah
Persekutuan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie meminta maaf kepada segelintir pihak yang tidak selesa dengan hantaran terbaharunya berkenaan dengan pembedahan kosmetik yang dilakukan pada bahagian hidung, baru-baru ini.
Malah Zarina yang mesra disapa Anju turut menjelaskan bahawa hantaran di media sosialnya yang memaparkan hal berkaitan bukanlah untuk membuka aib sendiri, selain akui ia tanggungjawabnya sebagai pempengaruh yang ditaja dan dibayar oleh klinik kecantikan itu.
Menerusi hantaran video di Instagram, ibu kepada seorang cahaya mata itu berkongsi keadaan wajahnya ketika sebelum dan sejurus selesai prosedur pembedahan yang dipercayai dilakukan di Vietnam.
“Minta maaf semua. Saya posting bukan sebab nak buka aib sendiri and tak hormat semua. Its fully sponsored, dia bayar saya untuk datang dan kasi token.
“Please understand ini punca rezeki saya walaupun tak banyak, duit ni juga saya nak bawa balik bayar yuran sekolah anak, beli groceries dan bayar yuran ngaji dia. Bukannya untuk saya nak beli beg baru ke, BMW ke nak tayang.
“Bukan saya bangga dan riak nak post. Its my job. Saya minta maaf jika posting saya menyakitkan hati anda. But also please understand im just doing my job,” jelasnya.
Perkara tersebut dimaklumkan Anju menerusi hantaran di Insta Stories, pada Ahad.
Zarina Anjoulie pada masa sama mengucapkan terima kasih atas teguran ramai kerana itu menunjukkan sikap mereka yang peduli terhadapnya.
“Tapi im still happy that ramai tegur and show you all still care. Alhamdulullah i am very grateful. But again, im just here because its sponsored and i get paid.
“Tak banyak tapi cukup untuk sesuap nasi and yuran sekolah anak. I love all of you and thank you so much sudi tegur saya,” kongsinya lagi.
Sementara itu menerusi kapsyen yang ditulis pula, bintang berusia 37 tahun itu hanya mahu melihat apa yang berlaku daripada sudut positif dan terbuka hati sekiranya ada yang mahu menawarkan kerja untuknya demi mencari rezeki.
“I love all of you and thank you so much sudi tegur and concern. Makna masih ramai yang care. Anju ambil benda ni dari sudut positive sahaja. Manalah tahu satu hari i choose a different path and way to live, become a better Muslim because of all of you.
“Korang pun tahu Anju bukan jenis nak riak, jenis menunjuk-nunjuk kat Instagram with what i have. Sejujurnya i have nothing pun. Im happy with my simple life. This is me.
“But Insya-Allah mana tahu dengan doa korang semua i will be different in the future, amin.
“Its ok the damage is done, as a single mother cari rezeki untuk anak camni la. Korang kena faham kerja saya limited.
“Review sayab pun tak banyak dan murah-murah. Apa saya boleh buat demi tanggung anak, saya buat.
“Tapi kot la ada orang nak ambil saya keje jadi PA ke tukang masak ke, i okay je. Anyway thank you for your support,” kongsinya lagi
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sukses mencipta fenomena menerusi musim pertama, drama komedi bersiri, Jutawan Ekspres kembali dengan musim kedua yang dijangka tampil lebih menghiburkan menerusi jalan cerita lebih segar, konflik yang semakin ‘pecah’ serta pelbagai kejutan untuk tontonan seisi keluarga.