Ads

Baru 3 Hari Tayangan, Baik Punya Ah Long Capai Kutipan RM1 Juta

Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasminya di pawagam selepas mendominasi carta top 10 filem di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) selepas sehari ia ditayangkan di seluruh negara.

Baik Punya Ah-Long arahan Datuk Afdlin Shauki menampilkan duo komedi terkenal, JOZAN iaitu Zizan Razak dan Johan yang memegang watak ‘ah long’, menjalankan perniagaan pinjaman wang dengan konsep perniagaan yang luar dari kebiasaan.

Menggunakan tagline ‘Semua Boleh Settle’, filem ini turut mempertaruhkan 18 buah lagu yang dinyanyikan oleh barisan para pelakon sendiri.

Selain Zizan dan Johan, antara pelakon lain membarisi filem berkenaan ialah Liyana Jasmay, Allahyarham Adibah Noor, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.

Ads

Baru 3 Hari Tayangan, Baik Punya Ah Long Capai Kutipan RM1 Juta Baru 3 Hari Tayangan, Baik Punya Ah Long Capai Kutipan RM1 JutaBaru 3 Hari Tayangan, Baik Punya Ah Long Capai Kutipan RM1 Juta Baru 3 Hari Tayangan, Baik Punya Ah Long Capai Kutipan RM1 JutaMalah kejayaan sama turut disambut oleh pelakon Liyana Jasmay yang turut bersyukur atas maklum balas positf yang diterima penonton.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay)

Baik Punya Ah Long mengisahkan tentang dua adik beradik, Aloy dan Ale yang diminta oleh ayah mereka untuk menjalankan perniagaan.

Ads

Meskipun Aloy dan Ale tidak mempunyai pengalaman, mereka tetap menyahut cabaran ayah mereka. Jadi, wujudlah perniagaan pinjaman wang oleh Aloy dan Ale.

Ads

Perniagaan mereka telah mengugat Lan Panda dan menyebabkan ketidakpuasan hati. Lan Panda mulakan agendanya untuk menghapuskan Aloy dan Ale.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Ya Saya Budak Kampung Dan Saya Bangga,” – Janna Nick

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick menegaskan dirinya sentiasa akan mengakui berasal dari kampung, meskipun berpeluang melanjutkan pengajian di London, United Kingdom. Menurut Janna, latar belakang...