Pelakon dan penyanyi Izzue Islam baru-baru ini melahirkan rasa ‘bengang’ dengan tindakan seorang wanita yang dikatakan keterlaluan apabila tergamak bergurau melibatkan isu sensitif mengenai mereka.

Menerusi temu bual bersama program Melodi baru-baru ini, Izzue atau nama sebenar, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 32, berkata dia dan isteri, Awin Nurin, 40, pernah dihampiri seorang wanita bertudung yang secara tiba-tiba berkata ingin berkahwin dan memberikan zuriat kepadanya.

“Ini betul-betul terjadi ada seorang perempuan bertudung datang depan saya dan Awin di satu majlis pada pertengahan tahun.

“Tiba-tiba dia cakap dekat Awin yang dia okay nak jadi isteri kedua dan bagi zuriat. Mula-mula saya ingatkan dia bergurau.. rupanya dia serius. Cara dia cakap memang beria sangat.

“Saya dan Awin tak tahu nak respon apa. Ini kali pertama berlaku depan mata sendiri. Sebenarnya saya memang marah bila dia cakap macam itu,” luah Izzue.

IKLAN
@melodiberapi Ada seorang perempuan datang dan tawar diri nak jadi isteri no2 dan nak bg anak untuk izzue.. ehhh zaman sekarang mmg ramai ke orang berani erkk… min pun takutttt!!! 😣😣 #melodi #tv3 #izzueislam #fypシ #sensasi #panas #fypage #kabinet #malaysia #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Melodi

Menurut Izzue, dia tidak menyangka ada individu yang ‘tergamak’ berkata sedemikian di hadapan mereka berdua malah penyanyi kumpulan Forteen ini turut meninggalkan ‘pesanan’ buat wanita tersebut.

IKLAN

“Tidak dinafikan memang beri kesan (kata-kata wanita berkenaan) kepada kami tetapi tidaklah sampai huru-hara dan bergaduh.  Ada juga orang macam itu?

“Jadi kami akan berjaga-jaga dan bersedia apabila berada di luar.

IKLAN

“Saya minta tolong sangat-sangat untuk jaga hati isteri saya.  Jangan buat perangai macam tu, tak elok!  Awak perempuan, bertudung pula itu.  Tak manis buat macam itu dekat isteri orang,” katanya lagi.

Sekadar info, Izzue mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Awin pada 2 Jun 2013.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI