Menerusi laman Twitter, ada seorang individu memuat naik satu rakaman video yang memaparkan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti yang terkejut melatah dengan sopan, tetapi lucu!
Insiden tersebut berlaku di sidang media program Big Stage minggu keempat, yang menyaksikan bintang yang sinonim dengan gelaran 'penyanyi nombor satu' itu memberikan imuniti buat Fieya Julia.
“Tokti melatah pun sopan. Hahahaha,” tulisnya pada video tersebut.
Lantas, rakaman video tersebut menjadi perhatian peminat dan rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat Tok Ti.
Malah, Tok Ti sempat berkata "apa yang Siti Nurhaliza buat ni" sambil dipandang mesra rakan artis, Jaclyn Victor dan wakil Astro.
Sekadar informasi, Tok Ti bersama penyanyi Indonesia terkenal, Judika dan Cakra Khan merupakan juri tetap untuk program realiti nyanyian Big Stage 2019.
Sementara Jaclyn Victor pula dijemput sebagai juri jemputan pada minggu berkenaan.
Video : Twitter Idan Matt
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia apabila berjaya membenam Indonesia 3-2 pada saingan pembukaan kumpulan G, pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2032, pada Khamis di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.
Lalu menerusi media sosial, rata-rata rakyat negara ini mengucapkan tahniah buat skuad Harimau Malaysia yang mempamerkan aksi cemerlang sepanjang perlawanan.
Malah para pemain terlibat turut menyatakan rasa syukur dan terima kasih atas sokongan padu yang diberikan.
Bagaimanapun, timbul pula cerita kurang enak di kalangan pencinta bola sepak tempatan apabila telah berlaku insiden seperti dibaling batu dan beberapa objek lain dipercayai dilakukan penyokong lawan.
Malah, menerusi Twitter, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq turut menyatakan hal sama dan menteri muda itu turut memaklumkan bahawa FAM bakal membuat aduan rasmi kepada FIFA berhubung insiden yang berlaku.
Kejadian ini amat menyedihkan buat industri sukan bolasepak yang sepatutnya menjadi medium penyatuan. Saya berjanji akan menuntut keadilan bagi rakyat Malaysia.#SelamanyaHarimauMalaya
Terkini menerusi Antara News, Menteri Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia Imam Nahrawi ada melakukan pertemuan dengan Saddiq bagi menyatakan permohonan maaf atas kekecohan yang berlaku.
“Kehadiran saya untuk menyampaikan langsung permohonan maaf atas nama masyarakat dan pemerintah Indonesia atas peristiwa tidak mengenakkan atas ulah oknum suporter yang semalam kita lihat bersama,” – Menpora RI Imam Nahrawi
Kenyataan artikel berkenaan antara lain menyebut, ia diharapkan dapat menyatukan kembali persahabatan di antara penyokong bola sepak kedua negara. Malah Nahrawi turut berkongsi videonya bersama Saddiq menerusi Instagram.
Terdahulu, tular beberapa video yang merakamkan aksi tidak bermoral penyokong Indonesia yang dipercayai menyambut penyokong Malaysia dengan balingan batu selain diherdik.
Malah difahamkan, ketika perlawanan berlangsung, penyokong lawan dikatakan turut mencetuskan situasi provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Malaysia.
Susulan itu, Facebook Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), turut dihujani komen pelbagai dari netizen negara mengenai pandangan mereka terhadap insiden yang berlaku.
Now in its fourth year, the FIFA Diversity Award looks to highlight and commend the work by organisations promoting…
Mendirikan rumah tangga bersama ushawan kacak warga Australia, Garrett Trent pada 28 Disember lalu, pelakon cantik Raja Ilya kini sedang menghitung hari untuk meraikan status barunya itu bersama sahabat handai menerusi sebuah majlis resepsi.
Majlis yang bakal dilangsungkan di sebuah lokasi di Subang itu difahamkan bakal dihadiri ahli keluarga, sahabat handai serta rakan selebriti jemputan.
Menerusi entri terkininya di Instgaram, pelakon filem Papadom ini turut berkongsi sedutan video yang merakamkan dirinya mengenakan persalinan gaun pengantin nan menawan.
Terdahulu, majlis akad nikah aktres berdarah kacukan Melayu, Arab dan India ini hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan diadakan di tanah tumpah suami.
Pasangan sama cantik sama padan itu mendirikan rumah tangga selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta.
Foto: Instagram Raja Ilya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
KUDRAT 1968: High Council terus mencipta impak luar biasa apabila pengaruh siri premium Astro Original itu bukan sahaja hangat diperkatakan penonton, malah mula berkembang menjadi satu budaya ‘fandom’ tersendiri.