Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia apabila berjaya membenam Indonesia 3-2 pada saingan pembukaan kumpulan G, pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2032, pada Khamis di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Lalu menerusi media sosial, rata-rata rakyat negara ini mengucapkan tahniah buat skuad Harimau Malaysia yang mempamerkan aksi cemerlang sepanjang perlawanan.

Malah para pemain terlibat turut menyatakan rasa syukur dan terima kasih atas sokongan padu yang diberikan.

View this post on Instagram

Rezeki Allah 🇲🇾 #fokus #malaysia

A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on

Bagaimanapun, timbul pula cerita kurang enak di kalangan pencinta bola sepak tempatan apabila telah berlaku insiden seperti dibaling batu dan beberapa objek lain dipercayai dilakukan penyokong lawan.

IKLAN

Malah, menerusi Twitter, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq turut menyatakan hal sama dan menteri muda itu turut memaklumkan bahawa FAM bakal membuat aduan rasmi kepada FIFA berhubung insiden yang berlaku.

Terkini menerusi Antara News, Menteri Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia Imam Nahrawi ada melakukan pertemuan dengan Saddiq bagi menyatakan permohonan maaf atas kekecohan yang berlaku.

IKLAN

Kenyataan artikel berkenaan antara lain menyebut, ia diharapkan dapat menyatukan kembali persahabatan di antara penyokong bola sepak kedua negara. Malah Nahrawi turut berkongsi videonya bersama Saddiq menerusi Instagram.

IKLAN

Terdahulu, tular beberapa video yang merakamkan aksi tidak bermoral penyokong Indonesia yang dipercayai menyambut penyokong Malaysia dengan balingan batu selain diherdik.

Malah difahamkan, ketika perlawanan berlangsung, penyokong lawan dikatakan turut mencetuskan situasi provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Malaysia.

Susulan itu, Facebook Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), turut dihujani komen pelbagai dari netizen negara mengenai pandangan mereka terhadap insiden yang berlaku.

Now in its fourth year, the FIFA Diversity Award looks to highlight and commend the work by organisations promoting…

Posted by FIFA on Thursday, 5 September 2019

Foto: Instagram Syed Saddiq, Imam Nahrawi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI