Penyanyi Baby Shima mengakui dia tidak pernah menolak untuk bekerjasama dengan rakan artis Afieq Shazwan menerusi naskhah duet.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata, Afieq ada bertanya dengannya dan dia sudah menyatakan persetujuan untuk berkolabirasi di dalam sebuah lagu istimewa.

“Saya tidak pernah menolak untuk berduet dengan Afieq. Iya, memang Afieq ada mengajak saya untuk berduet kerana mahukan kelainan.

“Saya sendiri bersetuju untuk berduet dengannya memandangkan kami sudah kenal lama dan pernah sama-sama menyertai program Big Stage sebelum ini.

“Cuma apabila wakil syarikat rakaman FMC Music (FMC) menghubungi pengurus saya, mereka menyatakan mahu gandingkan saya dengan penyanyi lain untuk lagu Resipi Berkasih. Penyanyi itu bukannya Afieq.

“Apa -apa pun setelah berbincang, pihak saya bersetuju dan saya hanya menunggu tarikh yang sesuai untuk rakaman,” katanya.

IKLAN

Shima juga menjelaskan bahawa FMC ada menghubungi pihaknya untuk menjalankan sesi rakaman lagu tersebut, namun masalah kesihatan tidak mengizinkannya untuk meneruskan rakaman itu.

“Ketika itu saya demam dan saya tak mahu menjejaskan sesi rakaman. Jadi pada esoknya saya ke Indonesia kerana memenuhi undangan nyanyian yang telah ditetapkan lebih awal.

“Buat masa ini, saya hanya menunggu tarikh baharu untuk rakaman,” ujarnya.

“Iya, Memang Dia Ada Ajak…”- Baby Shima Nafi Tak Mahu Berduet Dengan Afieq Shazwan, Jelaskan Situasi Sebenar “Iya, Memang Dia Ada Ajak…”- Baby Shima Nafi Tak Mahu Berduet Dengan Afieq Shazwan, Jelaskan Situasi Sebenar“Iya, Memang Dia Ada Ajak…”- Baby Shima Nafi Tak Mahu Berduet Dengan Afieq Shazwan, Jelaskan Situasi Sebenar “Iya, Memang Dia Ada Ajak…”- Baby Shima Nafi Tak Mahu Berduet Dengan Afieq Shazwan, Jelaskan Situasi Sebenar

IKLAN

Terdahulu, FMC menerusi sebuah kenyataannya menyebut Afieq Shazwan meluahkan rasa kecewa apabila impiannya mahu berduet dengan Baby Shima tidak dipenuhi.

“Sebenarnya saya sendiri ada bertanya secara langsung dengan Baby Shima dan cadangan saya itu disambut baik oleh Baby Shima.

“Kebetulan saya ada dengar tentang projek lagu duet tribute berjudul Resipi Berkasih. Jadi saya pun cadangkanlah kepada Baby Shima.

“Kemudian selepas itu saya ada ajukan perkara itu pada FMC agar lagu duet Resipi Berkasih ini saya nak duet dengan Baby Shima.

IKLAN

“Tapi entah kenapa tak jadi pula. Memang saya agak kecewa juga. Sebab bagi saya secara peribadi, saya inginkan sesuatu kelainan dan rakan duet baru.

“Tambahan pula saya dengan Baby Shima memang dah saling kenal sebelum program Big Stage lagi. Apa pun saya anggap mungkin belum masanya dan tunggu untuk single seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Afieq kini muncul dengan lagu Insan Ku Sayang Kini Menghilang bersama Tajul Arif dan kumpulan Spin yang mana ia adalah nyanyian asal Allahyarham Acik Spin yang juga Abang kepada Tajul.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI