Pelakon, Rita Rudaini tidak kisah serta ambil serius andai masih ada netizen yang mengaitkan dua anak lelakinya bersama bapa mereka, Aidil Zafuan di media sosial.

Kongsinya kepada MH, tiada apa yang perlu difikirkan memandangkan kedua kanak-kanak berkeaan adalah anak kepada ahli sukan tersebut.

“Saya tidak kisah kalau ada yang masih mengaitkan mengenai anak-anak dengan bapa mereka. Itu memang anak dia, anak pertama dia.

“Mana boleh ‘buang’ hal itu dan tak kan lah saya nak marah kalau ada yang masih kaitkan.

IKLAN

“Yang pertama tu boleh dikata ‘copypaste’ muka seperti bapanya. Malah mereka turut meminati sukan yang sama,” kata Rita.

Dalam perkembangan lain, Rita yang turut terlibat menerusi program All Stars Buka Panggung turut menantikan jadual beberapa drama terkini yang akan dilakonkan tidak lama lagi.

IKLAN

“Saya  difahamkan, drama bersiri Geng Mak-Mak akan disambung untuk musim terbaru. Kalau jadi, penggambaran akan bermula bulan hadapan.

“Selepas itu insyaAllah saya akan terlibat dalam satu siri super-tele. Akan tetapi semuanya masih di dalam perbincangan.

IKLAN

Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008. Bagaimanapun, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada September 2013.

Pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI