Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz pernah memaklumkan hubungan percintaan bersama kekasihnya, Yasser Khan telah berakhir tahun lalu.

Bagaimanapun, penyanyi anggota kumpulan De Fam ini memaklumkan hubungan percintaan bersama jejaka tersebut kembali terjalin beberapa bulan dan kian rapat.

Percaya pada jodoh, bintang berusia 28 tahun ini memaklumkan walau hubungan percintaan bersama Yasser kembali terjalin, dia tetap berserah kepada Ilahi.

Pada masa sama, Azira turut mendoakan yang terbaik dalam perhubungan yang terjalin.

“Azira kalau boleh kali ni nak fokus pada karier dan tak nak sangat fikir pasal perhubungan, tapi apa yang saya boleh cakap kalau ada jodoh InsyaAllah.

IKLAN

“Saya dah kenal dia lebih enam tahun lalu dan sudah semestinya orang akan mengharapkan kami bersama dan saya pun mahu ia berlaku.

“Tapi apa yang saya boleh cakap jodoh itu di tangan Allah, kalau kata dia memang jodoh saya InsyaAllah.

IKLAN

“Saya kalau boleh nak lagi cepat tapi kalau belum sampai lagi jodoh, belum diseru…nak buat macam mana kan?,” luah Azira.

Di samping itu, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini mengakui hubungan percintaannya kini semakin bertambah baik.

IKLAN

“Saya rasa lebih gembira dan perhubungan saya semakin baik, saling memahami antara satu sama lain.

“Sebelum ini mungkin apa yang kita lalui kami berdua sahaja yang tahu tapi saya rasa gembira sekarang.

“Biasalah bila kita dalam karier sebagai seorang pelakon ni kita sering digosipkan atau kita tak cukup masa jadi saya rasa untuk buat masa ini saya kena pandai untuk menguruskan masa dengan keluarga dan juga si dia,” katanya lagi kepada MH.

https://www.youtube.com/watch?v=w8IVy0w4Jiw

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI