Penyanyi yang mulai mendapat perhatian selepas muncul menerusi single duet Rahsia Kita bersama Khai Bahar, Fatin Husna telah pun selamat bertunang dengan lelaki pilihan yang dikenali sebagai Luqman, 12 Oktober lalu.
Majlis serba ringkas yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak selain sahabat handai itu dimaklumkan bintang berusia 23 tahun itu menerusi Instagram.
“Alhamdulillah pada tarikh 12.10.19 saya telah bertunang secara kecil kecilan antara keluarga terdekat sahaja. In shaa Allah pada pertengahan bulan 12 Saya akan bernikah.
“Semoga semua urusan di permudahkan dan doakan semoga saya dapat harungi dugaan bertunang, InsyaAllah amin,” doanya menerusi ruangan kapsyen.
Serentak dengan berita gembira itu, para peminat rata-ratanya mendoakan agar hubungan yang dibina kekal sampai bila-bila serta mengharapkan yang terbaik buat keduanya.
Terdahulu, Fatin atau nama penuhnya Fatin Husna Ibrahim turut sinonim dengan beberapa buah lagi lain, antaranya Terlepas Cinta dan Kau Berubah.
Foto: Instagram Fatin Husna
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) minggu keempat malam tadi menyaksian tiada penyingkiran sekaligus membolehkan kesemua 11 bintang bintang layak mara ke konsert seterusnya, minggu hadapan.
Jaclyn Victor yang menyampaikan lagu You Raise Me Up nyanyian asal penyanyi Josh Groban gemilang menerima markah yang paling tinggi malam tadi iaitu sebanyak 85 peratus.
Kejayaan itu sekaligus meletakkan Jac sebagai pemenang Anugerah Bintang Memukau Adabi, membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan Adabi bernilai RM500.
Tempat kedua dan ketiga minggu ini disandang oleh Bob Yusof dan VE, masing-masing dengan 80.20 peratus dan 79.10 peratus.
Pat menduduki tangga terendah hanya berjaya meraih 55.60 peratus dan sebelumnya Tom dengan 58.50 peratus.
Berikut senarai penuh markah kesemua bintang bertanding;
Bertemakan kerohanian, 11 membawakan seleksi lagu ‘aman di mata, damai di hati’ sambil diadili juri tetapnya, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
Sherry Alhadad bergandingan bersama Elly Mazlein bagi menggantikan Nabil Ahmad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lisdawati menerusi laman Instagram miliknya memohon bantuan orang ramai bagi sama-sama membantu dalam usaha mengesan anak saudara suaminya yang dilapor hilang.
Perkata itu sudah berlanjutan sejak enam hari lalu.
Jelas pelakon itu, anak saudaranya merupakan orang kurang upaya meski kelihatan normal.
Laporan polis juga telah dibuat namun sehingga hari ini, belum punya petunjuk.
“Minta jasa baik ye.. sesiapa ternampak anak ini. Dia nampak mcm normal , berckp biasa mcm org biasa tetapi fikiran dia tak sama mcm kita sbb tu dia ketegori (OKU).
“Harap penjelasan ini org yg jumpa akan faham.
“Reposted from @fauzinawawi_new Mohon simpati dan pertolongan pada sesiapa yg ternampak dan terlihat remaja ini
“Dia anak kakak saya, Remaja istimewa (OKU) dia hilang dari rumah sejak 6 Hari yg lalu , LAPORAN polis telah dibuat di balai POLIS PANTAI REMIS PERAK tapi masih belum Ada apa2 berita.
“Mohon bantuan dari warga insta dan masyarakat yg prihatin Supaya dapat hubungi nombor yg tertera di gambar Jika ternampak anak saudara Saya #fauzinawawi,” kongsinya suaminya sebelum ini.
Pelawak dan penyampai radio, Angah Raja Lawak memaklumkan dirinya sudah pun membuat keputusan untuk berhenti sementara daripada menjadi penyampai di stesen radio Sinar Fm.
Perkara tersebut diumumkan angah secara langsung ketika ke udara di segmen Pagi Di Sinar pada pagi Rabu.
“Masalah ini berlarutan. Jadi, sebelum saya nak kembali sihat ini, saya ambil keputusan untuk berhenti sebagai penyampai di radio Sinar.
“Saya akan berhenti sekejap tapi tak tahu lagi macam mana keadaan pada masa hadapan nanti,” katanya.
Pada masa sama, Angah atau nama sebenarnya Iskandarsah Hashim memaklumkan keputusan tersebut dibuat disebabkan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.
Lantaran itu, Angah turut menjelaskan ketiadaannya di Sinar sebelum ini bukan disebabkan masalah disiplin tetapi dia harus berehat untuk kembali pulih.
“Melihat perjalanan saya sebelum ini, saya kerap kali cuti. Jadi, saya risau orang akan anggap saya main-main dan tak serius soal kerja.
“Padahal apa yang saya lalui ketika ini adalah disebabkan masalah kesihatan. Selagi saya tak sihat, saya tak nak masalah ini berlarutan.
“Kalau saya bangun pukul 4 pagi dan darah tinggi datang lagi, saya terpaksa cuti lagi. Saya akan mengganggu kawan-kawan yang lain.
“Saya perlukan kerja dan memang nak kerja. Saya bukan tak datang kerana sengaja. Saya sakit,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, rakan penyampai turut menzahirkan rasa sedih dengan keputusan yang dibuat oleh Angah itu.
Menerusi hantaran di Instagram, pelawak Rahim R2 menyifatkan ketiadaan Angah pasti akan dirindui dan dia juga mendoakan semoga Angah terus sukses dalam apa juga bidang yang diceburi selepas ini.
“Meskipun harus berpisah, kita tetap akan menjadi sahabat yang selalu ada di hati masing-masing. Walaupun jarak memisahkan, tapi hati kita tetap bersatu.
“Esok mungkin kita berbeda tempat, tapi kenangan kita tetap sama. Angah..kau sentiasa dihati aku,” tulisnya.
Sementara itu, seorang lagi rakan penyampai dan pelawak Jep turut menitipkan doa agar Angah kembali sembuh seperti sedia kala.
“Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik,” tulisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut mendoakan kesihatan Angah.
“Angah orangnya sangat sopan bila bercakap. Suka bila dengar celoteh Angah. Sedih bila Angah sudah tiada di Sinar. Semoga Angah diberikan kesembuhan dan dapat menceriakan konti Sinar semula.
“Angah ni deejay paling relax dan sopan. Suka karakter dia.
“Kenapa aku sedih bila Angah berhenti. Semoga Angah diberikan kesihatan yang baik-baik.
“Tak best bila Angah tiada tapi kesihatan lagi penting. Selamat maju jaya Angah,” antara komen-komen di Isntagram.
Terdahulu, rakan-rakan penyampai di stesen radio Sinar turut hadir pada pagi ini untuk mengucapkan selamat tinggal buat Angah.
Antara penyampai yang hadir ialah Dina Nazir, Falyq Hikyle dan Roy Azman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sinar FM, Angah, Rahim R2, Jep & Falyq Hikyle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dikecam kerana dikatakan berkelakuan kurang sopan di sebuah program televisyen baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menjelaskan tindakannya itu adalah atas permintaan pihak produksi.