Pelakon dan pengacara, Amyza Aznan awal pagi ini ada memuat naik video menerusi IG TV bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya yang ke-16 tahun.
Bagaimanapun, perkongsian video yang berdurasi lebih tiga minit itu mendapat perhatian netizen apabila bintang drama Kariah Cak Pong ini mendedahkan suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir, telah jatuh sakit diserang angin ahmar.
Amyza atau lebih sinonim disapa sebagai Kak Kaaia turut meminta maaf kepada semua terutamanya yang berkaitan dengan soal kerjaya kerana dirinya sedang beri fokus terhadap suami yang kini tidak sihat.
“Even you dah lumpuh,kasih sayang setia i tak lumpuh. Kak kaaia minta maaf kepada semua clients yg kak kaaia buat emcee for dinner,event,wedding and also to productions.
“Bukan tak nak share all my activities tu kat instagram,and bukan pilih bulu,tetapi sebenarnya skrg ni ada lagi penting untuk kak kaaia focus,iaitu my husband,dia stroke. inshallah ..one fine day i will share keje2 emcee and shooting tu,” maklumnya.
Pada masa sama, bintang ini turut memberikan dedikasi istimewa buat suami tercinta.
“Happy anniversary suami ku sayang, semoga allah pegang hati ini untuk tidak berpaling, untuk tidak lelah menjaga, memanja, menyayangi, mencintai b. Walaupon b stroke, doa love tetap b suami dan ayah kepada anak2 love di dunia dan sehingga ke jannah nanti.
“Terima kasih untuk lagu nyanyian baby. ni lagu masa kita bercinta kannnn. tq nyanyi kan lagu and record lagu ni for me,” tulis Amyza.
Lalu, perkongsian tersebut dihujani dengan kata-kata semangat selain mengharapkan agar suami Amyza kembali sembuh seperti sedia kala.
Memulakan karier dalam bidang lakonan seawal usia tiga tahun, pelakon cilik, Mia Sara Nasuha kini sedang meningkat dewasa.
Genap usianya yang ke-14 tahun, bintang filem Papa I Love You ini telah meraikan ulang tahun hari jadinya bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Pelakon Mawar Rashid atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid tidak menolak andai dikurniakan rezeki cahaya mata lagi.
Anak pertamanya, Raden Muhammad Rafael kini sudah pun mencecah usia lebih tujuh bulan.
Kata Mawar kepada MH, dia bersyukur andai diberikan rezeki zuriat awal meski dirinya mengakui mahu beri fokus terhadap anak dan kerjaya untuk tempoh dua tahun sebelum memikirkan soal menambah ahli keluarga.
“Saya masih muda. Jadi saya okay sahaja kalau dikurniakan rezeki anak lagi.
“Akan tetapi buat masa sekarang saya dan suami perlu fokus pada Rafael yang kini sedang membesar terlebih dulu.
“Pada masa sama, saya baru sahaja kembali ke set penggambaran setelah lebih setahun berehat,” katanya.
Bekas finalis Dewi Remaja 2014/15 ini baru sahaja muncul menerusi tele-movie seram, Penaklukan Syaitan siaran Astro Citra Exclusive, baru-baru ini.
“Alhamdulillah, saya gembira. Kalau Allah dah bagi, kami syukur, terima sahaja,” terang Mawar lagi sambil dipersetujui suami, Raff Yaakob yang setia menemani isteri di sisi.
“Abang dengan kakak dia minta ‘babygirl’,” celah Raff lagi secara berseloroh.
Ditanya mengenai perancangan cahaya mata pula, pasangan ini mengakui menyimpan impian memiliki dua lagi permata hati bersama (hasil perkahwinan terdahulu, Raff dikurniakan dua orang anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela).
“Saya hadir hadir dari keluarga keluarga yang besar. Jadi saya sangat gembira kalau dikelilingi adik-beradik yang rapat hubungannya.
“Kami saling menyokong dan bersyukur kerana ada keluarga yang sedemikian dan saua turut kongsikan ia bersama suami… Gembira kalau ramai anak, asalkan saya dan Raff mampu untuk jaga dan beri fokus,” jelas Mawar.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.