Pelakon dan ushawan, Rozita Che Wan memberi tempoh sehingga jam 6.00 petang ini bagi memberi peluang kepada bekas pemandunya, Muhammad Riduan Mohamad kepadanya berhubung isu melibatkan mereka berdua.

Pelakon Kiah Pekasam ini mengharapkan lelaki berkenaan untuk tampil membust permohonan maaf tersebut, sama ada bertemu dengan pihak selebriti berkenaan, atau memuat naik permohonan tersebut menerusi media sosial.

“Saya terbuka dan menerimanya dengan baik sekiranya pihak berkenaan untuk tampil membuat permohonan maaf memandangkan pihak kami sebelum ini sudah pun menghantar notis tuntunan.

Isu Melibatkan Bekas Pemandu Peribadi: “Tunggu Permohonan Maaf Sehingga Jam 6.00 Petang Ini, Kalau Tidak…,” – Rozita Che Wan

“Bagaimanapun sehingga kini, tiada sebarang maklum balas dari mereka. Cuma pihak tersebut ada memberitahu sebelum ini perkara terbabit akan dijawab pihak peguam,” katanya.

IKLAN

Pada masa sama, ibu kepada cahaya mata ini juga mengakui tidak mahu memanjangkan isu tersebut.

“Meminta maaf dan tidak mahu ia dipanjang-panjangkan lagi. Malah sidang media hari ini diadakan bagi memberi pengajaran dan memintanya untuk membuat permohonan tersebut,” jelas Che Ta lagi.

Dalam pada itu, peguam Che Ta, Wan Sarimah Wan Hussain berkata, sekiranya Riduan tetap enggan membuat permohonan maaf seperti diminta, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

IKLAN

“Jika pihak Riduan tetap berdegil bagi menyelesaikan perkara ini secara baik kami akan teruskan dengan tindakan undang-undang.

“Bagaimanapun buat masa ini kami belum memutuskan apa tindakan tersebut kerana bagi isu ini banyak saluran dan kaedah boleh digunakan.

IKLAN

Isu Melibatkan Bekas Pemandu Peribadi: “Tunggu Permohonan Maaf Sehingga Jam 6.00 Petang Ini, Kalau Tidak…,” – Rozita Che Wan

“Apa-apa pun buat masa ini kami berharap Riduan tampil atau buat permohonan maaf di laman sosialnya,” katanya.

Tambah Wan Sarimah, pihaknya pada 11 Mac lalu pernah menghantar notis tuntutan permohonan maaf kepada Riduan namun tidak mendapat sebarang reaksi daripada pihaknya.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/2298529313765677?sfns=cl

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI