Selepas kecoh mengenai manisan berbentuk alat sulit yang dimuat naik di Instagram Story beberapa rakan artis yang hadir pada majlis Bachelorette Party Nelydia Senrose baru-baru ini di kalangan netizen hingga menimbulkan reaksi yang pelbagai, rakan baiknya Nadiyah Shahab tampil memberikan reaksi.

Menerusi laporan Harian Metro, isteri pelakon pelakon dan usahawan, Ben Ali itu menegaskan Nelydia tidak tahu apa-apa mengenai kejutan bachelorette party yang dianjurkan.

“Nelydia tidak tahu apa-apa mengenai kejutan ‘Bachelorette Party’ itu. Dia tidak patut dipersalahkan,” katanya seperti yang dipetik.

Nadiyah yang turut berada di majlis terbabit turut memberitahu, manisan yang itu disediakan pihak katering yang sekadar memenuhi tema acara.

“Makanan yang dihidangkan pada malam itu disediakan oleh pihak katering yang mengikut tema majlis iaitu ‘Pyjamas Bachelorette Party Nelydia Senrose’.

IKLAN

“Ketika memuat naik gambar manisan tersebut di Instagram, saya tidak fikir apa-apa dan tidak menganggap ia menjijikkan. Niat saya hanya mahu berkongsi gambar makanan yang ada pada majlis itu.

“Saya tidak faham kenapa orang perlu mengecam sedangkan ramai saja yang buat manisan sebegitu untuk suka-suka. Lagipun, bukan kami buat perkara tidak baik sepanjang majlis berlangsung,” jelasnya lagi.

IKLAN

Pada masa sama, Nadiyah turut mahu menjelaskan dia tidak mahu ada yang anggap majlis yang dilangsungkan itu sebagai parti liar.

“Niat kami baik iaitu mahu memberi kejutan kepada Nelydia yang bakal menamatkan zaman bujang. Kami mahu menghargainya kerana dia wanita yang penyayang.

IKLAN

“Tiada lelaki dalam majlis itu dan semuanya wanita yang terdiri daripada kenalan rapat dan adik-beradik Nelydia.

“Ia hanyalah pertemuan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Nelydia yang bakal menempuh alam rumah tangga tidak lama lagi.

“Malah, majoriti yang hadir memuat naik video dan gambar aktiviti yang berlangsung sepanjang acara itu. Kami habiskan masa menghiburkan Nelydia dengan persembahan dan menonton video istimewa yang dibuat khas untuknya,” akhirinya.

Foto: Instagram Nadiyah Shahab, Nelydia Senrose

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI