Isteri Hadiahkan Seutas Jam, Letak Di Sebelah Al-Quran, Ustaz Ebit Lew Gembira, “Syukur Bila Makan Berjemaah Dalam Dulang”

Mengucapkan rasa syukur atas kurniaan dari Yang Maha Esa, penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew telah meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-35 bersama keluarga tercinta.

Lebih indah apabila isterinya telah memberi kejutan dengan menghadiahkan seutas jam yang diletakkan bersebelahan Al-Quran.

“Syukur Allah beri saya capai umur 35. Dah menua saya. Terima kaseh Allah. 21/12. Sampai dari JB semalam dah dekat waktu Tahajud. Sebak sangat rindu mak. Bidadari saya dah letak hadiah dekat dengan sejadah tepi Al-Quran. Ingat takde orang wish.. Rindu mak. Dari dulu cuma mak jer wish selamat hari lahir.

“Sekali ada bidadari tercinta. Mata dah sembam jer. Dapat hadiah jam. Hari ini dapat makan berjemaah bersuap-suap. Syukur bahagia bila makan berjemaah dalam dulang rasa jari kena gigit😍. Berkasih sayang kerana Allah.

“Terima kaseh sayang bidadariku. Bidadariku inilah tulang belakang dalam dakwah saya. Allah pinjamkan saya kekuatan wanita yang tabah dan kuat. Terima kaseh bidadariku sayang. Rindu dan amat sayangMu bidadariku sayang. Wanita yang telah mengorbankan segalanya untuk diriku dan perjuangan dakwah ini. Ya Allah terima kaseh atas nikmatmu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ebit turut berasa rindu untuk berdakwah kepada remaja terbiar di bawah jambatan dan lorong-lorong seperti yang pernah dilalkukannya sebelum ini.

IKLAN

“Umur makin bertambah. Selalu fikir banyak kerja dakwah ini tak saya sempurnakan. Rindu anak di jalanan. Anak-anak bawah jambatan dan di lorong. Ramai walau zahir nampak degil atau teruk. Tapi mereka cuma anak baik rindukan kasih sayang dan didikan Islam. Begitu juga kawan kerja di lorong-lorong. Paling sebak beberapa bulan ni tak berhenti orang bukan Islam tanya saya tentang Islam dan ingin memeluk Islam. Ya Allah.

“Umur dah 35 tahun. Dulu niat 35 tahun mungkin dapat jadi asbab hidayah buat Islamkan kampung demi kampung. Belum tercapai cita-cita itu lagi. Doakan 9 Feb 2020 nak adakan keluarga sunnah di Maeps Serdang.

“Terima kaseh semua yang mendoakan dan selalu menyokong dakwah ini walau dari jauh. Semoga Allah kabulkan doa semua sahabat sekalian,” akhirinya. 

View this post on Instagram

Syukur Allah beri saya capai umur 35. Dah menua saya. Terima kaseh Allah. 21/12. Sampai dari JB semalam dah dekat waktu Tahajud. Sebak sangat rindu mak. Bidadari saya dah letak hadiah dekat dengan sejadah tepi Al-Quran. Ingat takde orang wish.. Rindu mak. Dari dulu cuma mak jer wish selamat hari lahir. . Sekali ada bidadari tercinta. Mata dah sembam jer. Dapat hadiah jam. Hari ini dapat makan berjemaah bersuap-suap. Syukur bahagia bila makan berjemaah dalam dulang rasa jari kena gigit😍. Berkasih sayang kerana Allah. . Terima kaseh sayang bidadariku. Bidadariku inilah tulang belakang dalam dakwah saya. Allah pinjamkan saya kekuatan wanita yang tabah dan kuat. Terima kaseh bidadariku sayang. Rindu dan amat sayangMu bidadariku sayang. Wanita yang telah mengorbankan segalanya untuk diriku dan perjuangan dakwah ini. Ya Allah terima kaseh atas nikmatmu. . Umur makin bertambah. Selalu fikir banyak kerja dakwah ini tak saya sempurnakan. Rindu anak di jalanan. Anak-anak bawah jambatan dan di lorong. Ramai walau zahir nampak degil atau teruk. Tapi mereka cuma anak baik rindukan kasih sayang dan didikan Islam. Begitu juga kawan kerja di lorong-lorong. Paling sebak beberapa bulan ni tak berhenti orang bukan Islam tanya saya tentang Islam dan ingin memeluk Islam. Ya Allah. Umur dah 35 tahun. Dulu niat 35 tahun mungkin dapat jadi asbab hidayah buat Islamkan kampung demi kampung. Belum tercapai cita-cita itu lagi. Doakan 9 Feb 2020 nak adakan keluargasunnah di Maeps Serdang. Terima kaseh semua yang mendoakan dan selalu menyokong dakwah ini walau dari jauh. Semoga Allah kabulkan doa semua sahabat sekalian-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Menerusi video yang dikongsikannya itu, memaparkan kasih sayang hubungan kekeluargaan Ebit yang saling menyuap makanan kepada isteri dan anak-anaknya.

Sekali gus telah mendapat setengah juta tontonan dan ribuan komen.

IKLAN
View this post on Instagram

Abang kenapa pegang tangan bidadari sayang? Sebab tangan ini diamanahkan Allah dari hari akad nikah. Abang nak pegang sampai syurga. Tak nak lepas sampai bila-bila. Walau mati tak pisahkan kita insyaAllah. Nak bercinta sampai bila-bila. Cinta buat selamanya sampai syurga kekal abadi. Cinta ilahi. Cinta abadi. . Nak tahu tak sayang bidadariku? Bila dapat usap pegang tangan bidadari dicintai. Rindunya Allah jer yang tahu. . Bahagia walau sekejap dapat bawa bidadari pergi makan diluar sebelum sambung berdakwah. Memegang tangan tapi rasanya sampai hati. Memegang tangannya dapat pahala. Dosa berguguran. Tangan yang penat membantu diriku dalam dakwah ini. Menguruskan keluarga. Menjaga anak-anak. Saat demam pening bidadariku ini kini menemani dan melayan kerenah diri ini. Di luar macam kuat berjuang. Di rumah cuma seorang suami yang manja rindu padanya. . Terima kaseh Allah. Syukur pada Allah. Alhamdulillah. Ya Allah begitu besar nikmat anugerahmu ini . Bila letak tangan ke pipi usap rasa bahagia. Terasa segar muka. Hargailah isteri bidadari kita. Mereka kuat. Hebat. Allah beri ketabahan dan kekuatan yang benar takde pada saya walau seorang lelaki. I love u sayang. Rindu. . Saya doakan kita semua bahagia bersama bidadari pasangan yang halal buat kita. Buat yang belum bertemu jodoh Allah beri jodoh yang baik. Buat yang masih sekolah, habiskan sekolah dulu😍😘. Yang bercinta tunggu nikah yer. Bahagia bila taat Allah dan bawa sunnah. Jemput semua hadir keluargasunnah yerr . Pohon doakan keluargasunnah 9Feb2020 KeluargaSunnah di Maeps. Pendaftaran di link di bio. Profile.. -ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

View this post on Instagram

Bestnya hari ini. Bawa bidadari tercinta ke Kota Bharu untuk program keluargasunnah. Tak sabar nak bawa bidadari anak-anak pada suasana cinta dan sayang di Kota Bharu Kelantan. Petang yang penuh kerinduan dan cinta. Rindunya…ya Allah.. i love you bidadariku. . Sayang bidadariku. Dalam banyak-banyak selfie. Selfie dengan sayang paling best. Tengok mata rasa rindu. Sejuk hati rasa. Peneman perjalanan dakwah ini. Pegang tangan terasa sehingga ke hati. . Senyumannya buat kita senyum dan bahagia. Sedih diwajah seorang isteri buat terasa semuanya berat. Gembirakanlah seorang isteri yang penat lelah menguruskan semuanya. InsyaAllah rezeki kita bertambah. Rezeki tak sangka-sangka datang. Musibah dijauhkan. Rahmat mencurah-curah. Bila sedekah. Janji Allah keberkatan rezeki dan umur dalam sedekah. Inikan sedekah terbaik seorang suami bila diberi pada isteri yang menjadi peneman setiap masa dalam hidup. Tak tahu erti rehat penat. . Jika ada baik diri kita. Itu asbab doa Nabi saw. Doa ibubapa. Dan doa isteri kita. . Janganlah susahkan peneman hidup kita. Hargai, terima kaseh dan doakan pasangan hidup kita. Allah pasti bukakan rezeki asbab doa pasangan kita. . Tidur tak sempurna. 24jam urus keluarga dan anak-anak. Ya Allah jagakanlah bidadariku ini dan sayangilah dirinya . Doakan esok Sabtu KeluargaSunnah Kota Bharu. Jumpa disana. Meh ramai-ramai. Jemput semua leh walk in insyaAllah wasap 0173666848-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

View this post on Instagram

Dah lewat balik semalam. Tak sempat sambut hari lahir anak umur 4 tahun. Tadi lepas Subuh sebelum pergi sekolah potong kek untuk anak. Dari semalam anak bongsu saya nak video call. Tapi line kurang. Dia sedih sikit. Saya lagi sedih. Dah berapa hari sampai rumah 4pagi. Pagi-pagi dah keluar. Sekejap lagi terus ke Utara keluargaSunnah. Selamat hari lahir anakku sayang. Jika ada bayaran berapalah bayaran buat bidadariku? Pasti tiada harta sebanyak dunia dapat membayar jasanya. Mengandungkan 9bulan. Allahu. Saya ni nak bawa dompet pun tak suka. Pakai jam pun tak suka. Bidadariku 9bulan anak ini dikandungannya. Sehingga kini pergi mana penuh beg bawa. Pampers,susu, makanan anak. Bukan seorang. 4 orang. Mainan anak lagi. Kesana sini bawa 4 anak ini . Saya beberapa kali nekad nak bagi bibik. Bidadari saya tak nak. Katanya, biarlah pahala ini semua untuk dirinya. Biarlah beliau sendiri besarkan semua anak ini dengan pertolongan Allah dan rahmat Allah. Dan katanya nanti kita nak dating susah ada bibik. Dari dulu cita-citanya nak besarkan anak dan jaga suami kerana Allah. Redha Allah terletak oada dirimu suamiku . Saya sebak menangis kasihan padanya. Sebab selalu busy sana sini dengan kerja dan dakwah. Ambil hantar anak sekolah. Sekolah macam -macam sekolah pagi sampai malam. Ya Allah tuhanku. Takkan mampu diriku nak berdakwah ke mana pun melainkan pertolongan dan rahmatMu ya Allah anugerahkan bidadari ini. . Kadang-kadang fikir. Bidadariku ini manusia ke bidadari. Ketabahan dan kekuatannya. Sejujurnya saya takkan mampu melakukan apa yang bidadari saya lakukan. . Bila orang puji atau hargai saya. Saya kata padanya semua kebaikan ini dari Allah. Pendakwah dan pejuang sebenar ialah ibu saya. Dan kini disisi saya bidadari saya. Ibu kepada anak saya. Doa wanita inilah dan keikhlasan beliau asbab saya berani dakwah kemana sahaja insyaAllah. Selamat hari lahir Rayqal Uqashah lew. I love u. Semua anakku Safiyyah lew, Rayyan lew ,Qadeejah Lew. Dan paling ku cintai sayangi bidadariku. Terima kaseh Allah atas segala nikmatmu ini-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Video : Instagram Ustaz Ebit Lew