Keputusan mahkamah pada Selasa lalu telah menolak rayuan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Mula menjalani hukuman penjara pada Rabu, Najib juga didenda sebanyak RM210 juta di atas kesalahan tersebut.
Pelbagai reaksi yang diberikan rakyat Malaysia berhubung isu tersebut dan antara yang menarik perhatian sudah tentunya status yang dimuat naik anak tiri Najib iaitu Datin Azrene Ahmad yang juga merupakan isteri kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Azrene berkata dia seorang yang percaya kepada sistem perundangan negara selain berpegang teguh kepada prinsip, seorang pemimpin perlu menjalankan tugas mereka dengan penuh integriti dan amanah.
“Saya tidak akan bercakap banyak. Sebagai seorang yang percaya kepada sistem perundangan, saya berpegang teguh dengan prinsip jika anda sebagai seorang pemimpin, anda memegang satu amanah dan tanggungjawab yang sangat besar.
Ads
“Ia adalah satu beban yang berat untuk dipikul, disertai dengan penuh bermaruah, berintegriti dan perlu dihormati sepanjang masa.
“Bila anda dah melanggar tanggungjawab dan amanah yang diberikan, ia sudah terlambat.
“Anda mungkin kata anda tidak bersalah namun jika bukti sudah jelas dan nyata, anda harus terima akibatnya,” tulis Azrene.
Dalam perkongsian yang sama, Azrene turut menzahirkan perasaan bangga dengan keputusan yang dibuat panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
“Saya bangga dengan panel lima hakim diketuai Yang Arif, Tengku Maimun.
“Mereka menjalankan tugas dengan menilai segala bukti-bukti yang dibentangkan kepada mereka. Keputusan yang diberikan mereka bersama adalah sangat tepat.
Ads
“Saya bangga mereka tidak membenarkan mahkamah menjadi suatu tempat boneka dan integriti sistem perundangan serta kehakiman negara masih lagi terlindung dan terpelihara daripada anasir sebegitu,” tulisnya lagi.
Sekadar info, Azrene mendirikan rumah tangga dengan Fazley pada 2007.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 14, Ahmad Fieradz Shah, 13, Ahmad Firudz Shah, 11, dan Alayna Selma, 5 tahun.
Foto: Instagram Datin Azrene Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif, Saraleana Nattaya Azmi menjelaskan pihaknya tidak meletakkan harapan tinggi menerusi naskhah terbaharu, Gadis Jolobu The Movie yang meski filem tempatan, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencipta fenomena dengan kutipan lebih RM90 juta.
Saraleana berkata, dia bagaimanapun optimis terhadap filem berkenaan yang mula ditayangkan di pawagam bermula hari ini.
“Insya-Allah, Gadis Jolobu The Movie ada potensi, tetapi sebagai penerbit, saya tidak mahu mengatakan filem ini boleh mencapai angka besar. Bohong jika tidak mengharapkan Gadis Jolobu The Movie pecah panggung, namun tidak meletakkan harapan meraih kutipan puluhan juta.
“Saya tahu ramai mungkin membandingkan dengan filem Mat Kilau, tetapi genrenya berbeza. Bajetnya pula lebih rendah iaitu sebanyak RM2.5 juta,” katanya.
Sebagai kelainan, pihak juga dalam perancangan untuk melakukan wayang pacak filem Gadis Jolobu The Movie di sekitar Negeri Sembilan, September depan.
Jelasnya, filem itu juga dihasilkan bagi menggamit semula memori filem komedi arahan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang sehingga kini masih segar dalam ingatan penonton.
“Kami mahu bawa balik filem P Ramlee seperti nyanyian dalam filem. Menerusi filem Gadis Jolobu The Movie, kita boleh lihat sisi Hattan yang berbeza, daripada lantang bersuara, beliau menyanyi dan melawak.
“Walaupun Gadis Jolobu The Movie mengetengahkan dialek tempatan, tetapi kami berhasrat membawanya hingga pasaran global. Selepas tayangan di Malaysia, Gadis Jolobu The Movie akan dibawa ke Brunei, Indonesia dan Thailand.
“Saya percaya Gadis Jolobu The Movie mampu menarik perhatian orang luar dan tempatan lebih menghargai kecantikan Malaysia. Kami menghasilkan filem dialek untuk membawa kandungan tempatan ke peringkat global.
“Jadi, mengapa pengarahnya, CL Hor banyak mengetengahkan sinematografi cantik dengan memperlihatkan kawasan kampung dan sawah padi sebab apabila filem ini ditayangkan di Thailand dan Brunei, mereka boleh melihat kecantikan destinasi di Malaysia,” katanya lagi.
Sementara itu, CL Hor yang juga pengasas Zebra Studio yakin dengan kelainan filem berkenaan yang memaparkan keunikan adat dan budaya Malaysia, ia mampu berdiri setanding dengan filem genre lain sedia ada.
“Gadis Jolobu mengangkat adat dan budaya yang berwarna-warni dengan sinematografi persekitaran kampung. Malah, elemen komedi akan menambahkan perisa memperkenalkan Malaysia di mata dunia.
“Jujurnya, saya sudah lama mahu menghasilkan filem budaya tempatan sebab saya selalu melihat Malaysia mempunyai banyak tarikan lokasi yang cantik.
“Menerusi filem ini saya berpeluang menjayakan penggambaran di kawasan kampung untuk membawakan ‘feel’ kampung ke layar perak, sekali gus memperkenalkan lokasi Malaysia untuk penonton luar,” katanya.
Projek mega dimeterai syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd itu diterajui Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud serta bintang baharu yang juga pengacara, Ahirine Ahirudin.
Walaupun berbangsa Cina, CL Hor mengakui tidak berdepan kesukaran untuk memahami dialek Negeri Sembilan selepas membaca skrip berulang kali.
“Saya membaca skrip berulang kali dan penulis skrip juga ada melakukan terjemahan. Jadi, tidak susah untuk difahami.
“Namun di sebalik dialek, saya juga banyak menggunakan bahasa tubuh supaya ia lebih mudah difahami penonton. Jadi, jika tak faham bahasa pun penonton boleh ketawa melihat gelagat pelakon,” katanya.
Melihat banyak wajah baharu menerusi filemnya, CL Hor menjelaskan, hasrat untuk memberi peluang kepada pelakon baharu selaras dengan wawasan Zebra Studios Sdn Bhd yang mahu mengetengahkan bakat baharu.
“Saya bertuah mempunyai penerbit dan rakan kerja yang percaya kepada saya untuk mengetengahkan bakat baharu. Industri perfileman Malaysia patut memberi peluang kepada pelakon muda.
“Jangan melihat pelakon popular seperti Datuk Adi Putra saja yang mampu mengangkat filem tempatan. Jadi, saya mengambil risiko dan percaya boleh melatih bintang baharu menjadi pelakon lebih baik.
“Saya gembira melihat hasilnya menerusi filem Gadis Jolobu The Movie. Semua orang suka melihat lakonan bakat baharu dalam filem ini,” katanya lagi.
Gadis Jolobu The Movie yang menjalani penggambaran di Kampung Lonek, Negeri Sembilan bermula 2 Mac lalu.
Ia memaparkan kisah tiga bujang terlajak yang rapat sejak kecil dalam usaha mencari jodoh di kampung halaman. Gadis Jolobu The Movie menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara hari ini, manakala platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Bila orang tanya saya ‘takda boyfriend ke?’ atau ‘tak nak kenal orang baru ke?’, saya bukannya tak nak. Kadang-kadang mereka ni tak faham bahasa.
“Saya ada kenal dengan seorang lelaki ni, saya dah cakap, saya ni membesar dengan keluarga yang agak tegas. Jadi apa masalahnya di situ?
“Yelah saya pun masih duduk dengan keluarga dan masih ada mak bapak lagi. Jadi, faham-fahamlah,” katanya.
Jelasnya lagi, meskipun sudah diterangkan mengenai peraturan ibu bapanya, namun lelaki tersebut dikatakan tidak mengendahkan kata-kata tersebut.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Hello ini menerusi beberapa hantaran video di aplikasi Tik Tok.
“Saya ada curfew. Saya ada waktu yang kena balik. Tiba-tiba pukul 12 malam dia whatsapp ‘Jom keluar?’. Eh, dia ni tak faham ke? Lepas tu saya katalah yang saya tak boleh pukul 12 pagi.
“Lepas tu, esoknya dia buat lagi. Pukul 3 pagi dia Whatsapp ajak naik Genting Highland. Memang mengamuklah mak babak aku nanti,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Farisha turut memberitahu, dia juga sudah naik segan untuk memperkenalkan teman lelaki baharu kepada ibu bapanya lebih-lebih lagi apabila hubungan tersebut tidak menjadi.
“Ada satu cerita ni pula, saya keluar dengan seorang lelaki ni dan lelaki itu pun minta izin dengan mak saya. Kami keluar tengah hari dan balik pukul 8 malam. Dia pun baik budi bahas siap cakap terima kasih dekat mak lepas hantar balik.
“Tapi sejak hubungan itu tidak menjadi, dia pun dah kahwin, saya sendiri yang akan bagitahu mak yang saya nak keluar sebab dah ramai sangat lelaki minta izin. Tapi lepas tu tak jadi apa.
“Saya jadi malu dengan mak bapa saya. Saya pun tak tahulah. Macam ‘suey’ la. Rasa macam takda luck la dalam perhubungan ni. Saya dah taubat dah nak cakap dekat lelaki nak suruh mereka minta izin. No more boys,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga Farisha bertemu dengan lelaki yang baik.
Sehingga kini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih hampir 300,000 jumlah tontonan.
Sebelum ini, Farisha pernah digosipkan mempunyi hubungan istimewa dengan pelakon, Niezam Zaidi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok & Instagram Farisha Iris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa atau Lofa berkongsi satu video yang memperlihatkan suaminya, Haris Ismail yang terpaksa berhenti merakam video selepas dipanggil Lofa kerana sudah awal pagi.
Lofa yang juga bekas hos program MeleTOP itu berkongsi video santai berkenaan di aplikasi sosial, TikTok.
“Kantoi dengan bini buat content,” tulis Lofa pada hantaran yang kini menerima hampir 60,000 tontonan itu.
Lalu, perkongsian video tersebut turut menarik perhatian peminat yang mengakui rindukan gelak tawa bintang tersebut.
Ini antara komen yang ditinggalkan;
“Gelak tak rilek.”
“Baru nak mula kan nasihat udah kena panggil.”
“Aku gigih ye pause sebab nak tengok muka Bilal dekat bawah tu haha.”
“Rindu betul nak dengar suara Kak Lofa. Sekali dengan kita terikut gelak.
“Cerita ni tak kelakar pun. Tapi sebab Lofa gelak gitu jadi kelakar, kita terikut gelak.”
“Rindu gelak Neelofa.”
“HAHAHA. Gelak Lofa is back terhibur sis.
“Ikut gelak sama dari Lofa gelak camtu.”
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dianggap sebagai antara pelakon tempatan yang versatil, berkarisma serta memiliki aura hero yang kuat, tidak menghairankan apabila nama Beto Kusyairy sering menjadi pilihan sebagai idola dalam kalangan bakat baharu yang ingin menceburi dunia lakonan.