“Insya-Allah, tahun ini.”

Demikian jawapan ringkas kekasih merangkap pengurus kepada penyanyi Shiha Zikir, Kamarul Arifin Baharun yang mesra disapa Arul ketika ditanya mengenai perancangan mendirikan rumah tangga.

Arul, 38, berkongsi perkara tersebut sekaligus merungkai desas-desus yang mendakwa mereka bakal berkahwin dalam tempoh terdekat.

Memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perancangan hari bahagia, Shiha selesa meletakkan fokus terhadap kerjaya.

“Saya memang tak berapa suka untuk berkongsi mengenai hal bersifat peribadi. Dulu memang saya gemar berkongsi, cuma sekarang kita hanya mahu fokus pada karier.

IKLAN

“Tambah pula, orang pun selalu bertanya, cuma bila ada yang tanya saya tiada masalah untuk berkongsi. Misal sudah ada teman lelakikah? Saya akan jawab ada. Berapa lama bercinta, 13 tahun.

“Tak adalah saya nak beritahu diri ini masih solo dan hal yang seumpama dengannya. Bila sudah berkahwin nanti, barulah lebih selesa untuk kongsikannya secara terbuka,” kata Shiha.

Shiha bagaimanapun mengakui mereka mempunyai perancangan untuk membawa hubungan ke peringkat lebih serius.

IKLAN

“Tidak dinafikan, bila berkenalan selama 13 tahun mestilah mahu hubungan ini ke fasa seterusnya. Saya pun sudah 36 tahun, keluarga pun ada bertanya.

“InsyaAllah kalau tiada apa-apa halangan, kami akan berkongsikan mengenai hari bahagia, kalau semuanya berjalan lancar. Saya tak kisah kalau (kahwin) tahun ini.

IKLAN

“Sekiranya ia dipermudahkan, saya ‘onz’. Kata orang, lagi cepat lagi bagus,” katanya berseloroh sambil meminta ramai mendoakan yang baik-baik.

Terdahulu, Shiha melakar sukses apabila memenangi trofi Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-37 menerusi lagu Irama, pada Ahad.

Menampilan tema unik dengan elemen futuristik dengan limpahan cahaya laser, warna-warna neon serta ‘glow in the dark’ disulami tarian, Shiha akui berbelanja lebih RM100,000 untuk merealisasikan idea terbabit.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI