Suami kepada penyanyi Siti Sarah, Shuib dan seisi keluarga menyakini dan tidak pernah putus doa demi kesembuhan isterinya yang masih tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak keempat mereka, jam 5.00 petang tadi.

Sebelumnya, penyanyi lagu Saat Hilang Cintamu ini yang hamil lapan bulan terpaksa melalui proses pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan lebih awal selepas tahap oksigen menurun sejak pagi Jumaat.

“InsyaAllah saya cukup yakin isteri saya kuat, saya cukup yakin dia akan balik ke rumah ni… anak-anak semua mendoakan dia.

“Harap Allah angkat doa kita semua, InsyaAllah Sarah akan sihat dan kita doakan juga untuk semua yang berjuang melawan Covid-19 ini.

“Saya juga memohon kepada anda di luar sana untuk memaafkan isteri saya sekiranya dia ada mengguriskan perasaan atau ada berhutang dengan anda.

IKLAN

“Halalkan makan minum dia agar perjalanannya dipermudahkan. Saya reda dengan ujian Allah ni, saya yakin setiap ujian ada kebaikan,” katanya.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, dia juga yakin isterinya itu kuat mengharungi dugaan ini selepas ditidurkan sejak pagi Jumaat berikutan tahap oksigen yang rendah.

Ketika majlis bacaan doa dan Yassin daripada Ustaz Haji Ahmad Salahuddin Harun sekitar jam 8 malam tadi, Shuib dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik mohon doa ramai.

IKLAN

Dia juga turut memohon agar semua yang mengenali dapat memaafkan sekiranya isterinya itu pernah menyakiti mana-mana pihak.

Pakar motivasi Al Fadhil Dato’ Haji Faszillah Kamsah yang rapat dengan Shuib turut memberikan kata-kata semangat.

Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki selepas menjalani pembedahan selama hampir tiga jam bermula jam 2 petang.

IKLAN

Penyanyi terbabit dimasukan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada Rabu lalu akibat oksigen dalam badan menurun.

Dia kemudian dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada pagi Jumaat selepas kesihatannya merosot dan tidak stabil.

Mereka sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas l menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak berkenaan.

Selain bayi lelaki yang baru lahir, Sarah dan Shuib turut dikurniakan  tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI