Berita kematian penyanyi dan usahawan, Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada Isnin, turut dirasai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi hantaran di instagram, Muhyiddin menzahirkan ucapan takziah kepada suami Allahyarham Siti Sarah, Shuib Sepahtu seisi keluarya.

“Khabar Duka Kehilangan Anak Seni Yang Cukup Berbakat Ini…,” – PM
“Takziah saya ucapkan kepada Encik Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu atas pemergian isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, yang meninggal dunia akibat COVID-19 awal pagi ini.

“Khabar duka kehilangan anak seni yang cukup berbakat ini meninggalkan suami, empat anak termasuk seorang bayi dalam keadaan Allahyarham bertarung nyawa di hospital, amat memilukan.

IKLAN

“Bukan sahaja ahli keluarga dan para peminatnya, bahkan seluruh rakyat Malaysia termasuk saya turut bersedih.

“Semoga ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham tabah menghadapi detik-detik yang mendukacitakan ini.

“Marilah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solehah,” tulisnya.

IKLAN

Muhyiddin pada masa sama turut mendoakan agar seluruh rakyat sentiasa dilindungi Allah setiap masa.

“Semoga Allah SWT terus melindungi dan memberi kekuatan kepada kita semua untuk berjuang memerangi pandemik ini. Insya-Allah.

IKLAN

“Ya Allah, ampunilah, rahmatilah dan redailah mereka yang telah terkorban akibat virus berbahaya ini. Moga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan moga keluarga yang ditinggalkan terus kuat mengharungi hari-hari mendatang. Al-Fatihah,” ujarnya lagi.

Terdahulu, jenazah Siti Sarah selamat dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak, kira-kira pukul 1.20 petang tadi.

Ia selepas Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Chanselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), sejak Khamis akibat tahap oksigen yang tidak stabil.

Lalu, Allahyarham terpaksa ditidurkan dan doktor perlu mengeluarkan bayi dalam kandungan yang ketika itu berusia tujuh bulan atau pra-matang.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI