Pelawak dan usahawan, Shuib memuat naik video nyanyian terakhir Allahyarham isterinya, penyanyi Siti Sarah awal pagi tadi di saluran YouTube.
Boleh dikatakan, alunan suara arwah menjadi peneman Shuib tatkala merindui isteri yang dijemput Ilahi, pagi Isnin lalu.
Menerusi video berdurasi tiga minit itu, Allahyarham yang dirakam masih bertelekung menyanyikan lagu berjudul Tanpa Kekasihku yang dipopularkan penyanyi Indonesia, Agnes Monica.
Rakaman tersebut dilakukan di ruang kebiasaan arwah berlatih menyanyi dan karaoke dan dilihat duduk di kerusi kegemarannya.
Ads
“Lagu terakhir nyanyian bidadari ku, 28 Julai 2021,” tulis Shuib ringkas.
Sehingga tengah hari, video yang dimuat naik kira-kira jam 2 pagi itu menerima lebih 130,000 tontonan dan 20,000 tanda suka bersama ribuan komen.
Ads
Tidak hanya itu, lebih 1,000 komen ditinggalkan peminat yang rata-rata turut merasai kehilangan dan bersedih.
Sebagai info, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat Covid-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, hari sama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Nourul Depp mendedahkan dia mulai sedar akan bakat nyanyian yang dianugerahkan selepas menerima kata semangat dan pujian dari insan terdekatnya pada zaman kanak-kanak.
Menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abd Wahab, sejak itu dia mulai fokus dan asah bakat demi mengejar impian untuk bergelar penyanyi sehingga berjaya mendapat undangan tersebut pada usia 17 tahun
“Saya sebenarnya daripada kecil tak tahu mungkin ada bakat menyanyi sampailah umur saya dalam 6 atau 7 tahun macam tu. Ada kawan-kawan, pengasuh saya ketika itu suka minta saya untuk menyanyi.
“Jadi saya pun sering juga menyanyi untuk mereka. Jadi bila meningkat dewasa, pada zaman sekolah menengah barulah saya mengasah bakat nyanyian saya.
“Selepas itu, bila umur 17 tahun, saya dapat tawaran daripada penyanyi dangdut, Iwan untuk buat album cuma bukan rezeki untuk bersamanya bawah syarikat rakaman muzik BMG pada ketika itu,” katanya.
Nourul berkongsi cerita lamanya itu menerusi program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan.
Jelasnya lagi, demi kejar impian dia sanggup bekerja sambilan sebagai pelakon tanpa mahu menyusahkan ibu bapa dalam soal kewangan.
“Saya pindah ke Kuala Lumpur pada 1994 dan mula rakam album pertama pada tahun 1995. Kerana nak jadi penyanyi ni kan… saya cakap kat mak, tak nak susahkan dia.
“Jadi di KL saya cari duit sendiri jadi pelakon tambahan pada ketika itu. Dapat duit dalam dua tiga ratus rasa macam dah besar sangat pada waktu tu.
“Perjalanannya tidak mudah, kita nak kena jaga maruah keluarga juga… biasalah anak dara pindah ke KL pada umur 17 tahun. Masa nak buat album pertama tu memang sangat sukar dan banyak cabaran sebab duit tak ada,” katanya lagi.
Meski banyak dugaan, namun penyanyi berusia 44 tahun ini berkata ia merupakan pengalaman berharga buat dirinya untuk dikenangkan.
“Macam dulu duit satu hari saya kena ada minimum 50 sen untuk telefon mak saya, masa tu mana ada telefon bimbit macam zaman sekarang ni dan cuma ada telefon awam sahaja.
“Dulu saya kena keluar berjalan dalam 1 kilometer pergi ke telefon awam untuk telefon mak saya setiap hari untuk bagi tahu yang saya okey.
“Bila dalam perjalanan balik tu, kadang-kadang perut lapar jadi saya beli biskut kering empat segi satu tin dengan Milo paket itulah yang saya makan tiap-tiap hari. Ini merupakan satu pengalaman berharga dan saya akan ingat sampai bila-bila,” kongsinya.
Selain itu, banyak lagi kisah menarik lain yang turut dikongsikan penyanyi yang sinonim menerusi lagu Cinta Azali dan Kerana Terluka ini. Ikutinya temubualnya secara penuh di sini;
Jangan lupa juga saksikan di bahagian kedua untuk mengetahui pelbagai kisah menarik lain mengenainya juga!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Nourul Depp
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ashraf Muslim merakamkan ucapan tahniah buat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diatas perlantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 berkuat kuasa hari ini.
Menurut Ashraf, dia berharap agar kepimpinan yang ditakbir oleh Datuk Seri Ismail dapat segera menyelesaikan kemelut pandemik yang sedang melanda negara ketika ini.
Katanya lagi, rakyat juga ketika ini amat mendambakan untuk menjalani kehidupan secara normal.
“Tahniah kepada Dato’ Seri Ismail Sabri. Semoga dapat memimpin dan mengurus rakyat serta negara Malaysia dengan baik.
“Ds, kami nak hidup normal mcm biasa sebelum ini , dah tak nak rakyat Malaysia mati disebabkan covid, bilangan covid makin menurun dan ekonomi negara dan ekonomi rumahtangga kami terjamin dan lebih baik dari sebelum serta pendidikan anak2 kami lebih terjaga,” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Aku Bukan Dara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Ashraf turut menyeru kepada semua pihak sama-sama mendoakan agar Datuk Seri Ismail dapat memimpin negara dengan baik dan menjadi buat jutaan rakyat Malaysia.
“Itulah harapan saya. Tahniah sekali lagi ds @ismailsabri60 .
“Sama-sama kita doakan kepada Allah semoga PM-9 DS @ismailsabri60 menjadi contoh pemimpin terbaik dalam memimpin negara kita,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan pandangan yang sama selain turut sama menitipkan ucapan tahniah buat Datuk Seri Ismail.
“Hopefully all of us will get back to the normal life soon.
“Alhamdulillah, tahniah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
“Semoga urusan DS Ismail Sabri untuk menjadi pemimpin yang lebih baik macam Tok Abah. Semoga lebih terbaik lagi. Amin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Ahli Parlimen Bera, dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kesembilan di Istana Negara pada pukul 2.30 petang esok.
Sumber: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahun ini genaplah usia perkhidmatan televisyen salelit, Astro yang ke-25 tahun.
Sepanjang tempoh tersebut, Astro telah pun menghiburkan hati jutaan rakyat Malaysia menerusi kandungan-kandungan yang menarik termasuklah memperkenalkan pelbagai jenis program realiti mencari bakat.
Antara selebriti yang tidak ketinggalan untuk merakamkan ucapan penghargaan termasuklah pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad.
Jelas Nabil, sebagai seorang yang berasal daripada kampung, dia amat berterima kasih kepada Astro kerana memberikannya platform untuk mengubah kehidupannya.
“Kita kembali ke tahun 2008. Ia merupakan sebuah perjalanan yang hebat untuk saya. Astro telah menyediakan pelbagai jenis platform daripada Raja Lawak, Akademi Fantasia dan bermacam-macam lagi.
“Ia memberi peluang buat orang macam saya yang berasal daripada kampung. Kami dipinjamkan dengan bakat yang sangat kecil.
“Di kampung saya hanya buat lawak dengan kawan-kawan tetapi dengan platform yang disediakan oleh pihak Astro, saya daripada bukan sesiapa alhamdulillah kini saya menjadi salah seorang yang menjadi inspirasi buat orang lain di luar sana.
“Saya amat berterima kasih kepada Astro kerana memberikan kami peluang,” katanya kepada MH.
Pengacara program Meletop itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis sidang media Kempen Hari Kebangsaan dan Sambutan 25 Tahun Astro yang berlangsung pada Isnin.
Selepas mengecap pelbagai kejayaan bersama Astro, Nabil memaklumkan dia kini mahu mengalihkan fokusnyanya dalam bidang pengarahan.
“Alhamdulillah, perkara yang saya senang menjadi ‘talent exclusive’ Astro, mereka sentiasa mempunyi pelan jangka masa lima tahun buat kerjaya masa depan saya.
“Ketika ini fokus saya tertumpu dalam bidang pengarahan. Saya pun dah mengarahkam filem saya sendiri yang ditayangkan di saluran Astro First.
“Jadi, buat masa sekarang saya ingin berkecimpung didalam kerja-kerja di belakang tabir seperti penulisan skrip, lakon layar dan mudah-mudahan terus jadi pengarah.
“Sekali lagi, terima kasih saya ingin ucapkan kepada Astro kerana memberi peluang untuk saya berkongsi karya-karya saya,” ulasnya lagi.
Bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan dan ulang tahun yang ke-25, Astro bakal melancarkan ‘Astro 25’ di Saluran 100.
Mengumumkan tema #KitaTeguhBersama, Astro menyajikan lebih 150 program-program hiburan istimewa tempatan dan serantau serta seleksi dokumentari dari 16 Ogos hingga 3 Oktober 2021 di Astro TV, On Demand dan Astro GO.
Sumber Foto: Instagram Nabil Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.