Hero drama rantaian Senafas Rindu, pelakon Syafiq Kyle mengakui dia sudah pun bersedia untuk tukar penampilan demi memberi komitmen sepenuhnya terhadap mana-mana naskhah drama atau filem yang bakal dilakonkan.
Kata bintang filem Langsuir ini lagi kepada MH, sebagai pelakon sudah tiba masanya untuk dia bersedia menghadapi atau menjayakan mana-mana watak yang dirasakan berbaloi untuk dilakonkan.
Ads
“InsyaAllah selepas ini kalau jadi saya akan terlibat di dalam sebuah filem berkenaan sebuah badan beruniform. Bagaimanapun, ia masih di peringkat perbincangan.
“Saya tak kisah shooting bila. Janji saya perlu lakukan training sebelum ke lokasi penggambaran. Sebab ia penting kerana daripada situlah kita akan dapat memahami dan feel watak yang bakal dibawakan,” katanya.
Ditanya sama ada dia sudah pun bersedia untuk mengubah penampilan demi watak, pelakon drama Nur ini tidak menolak untuk melakukan hal tersebut sekiranya bersesuaian dengan watak.
Ads
Ads
“Rasanya berbaloi kalau berlakon di dalam filem sedemikian atau pun bawa watak askar, saya kena cukur ata potong rambut. Saya bersedia dan bagi saya kita juga kena sesuaikan diri walau di mana-mana lokasi penggambaran sekali pun.
“Misalnya sebelum ini, saya shooting filem langsuir di tengah-tengah laut. Pada awalnya konon naklah jaga kulit. Tapi lama kelamaan sudah terbiasa sampai kita boleh baring atas pasir lantai.
“Awal-awal mungkin tak selesa, tapi kemudiannya saya okay saja,” jelas Syafiq yang bakal muncul menerusi sequel nur 2, tidak lama lagi.
Foto: Instagram Syafiq Kyle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon Reen Rahim,34, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin,28, dalam majlis seba indah yang berlangsung di Boraombak Marina, di sini, jam 9.05 malam tadi.
Dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abdul Rahim Abdul Kadir, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.
Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan di balas tujuh oleh pengantin perempuan.
Pada majlis itu, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas.
Pasangan raja sehari ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat di Ruscus Hall Forest Valley, Cheras, Kuala Lumpur, esok.
Majlis akad nikah bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 400 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Terdahulu, pasangan terbabit berkenalan sejak dua tahun lalu sebelum mengadakan menjalin pertunangan pada 12 Ogos lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penyampai radio terkenal, Faizal Ismail manafikan dirinya sudah berkahwin lain ketika menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah pada tahun 2022 seperti yang didakwa oleh seorang individu yang mengaku sebagai saksi.
Menurut Faizal, dakwaan tersebut merupakan fitnah yang bertujuan untuk menjatuhkan air mukanya.
“Apa yang boleh saya katakan, perkara itu tidak benar. Saya difitnah dan individu terbabit mempunyai niat nak menjatuhkan saya,” katanya kepada MH.
Memurut Faizal lagi, pada ketika itu, dia sedang menunaikan ibadah umrah diatas kapasiti sebagai duta bagi sebuah agensi pakej umrah.
Bagaimanapun, syarikat tersebut dikatakan sedang mengalami beberapa masalah untuk menguruskan para jemaah pada waktu itu.
Katanya lagi, disebabkan hal tersebut, dia turut terkena tempiasnya
“Sebenarnya, pada ketika itu, saya bersama dengan seorang ustaz dan memang ada berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini melibatkan pakej umrah.
“Syarikat itu juga sebenarnya sedang bermasalah pada ketika itu. Saya juga mengalami tekanan kerana ada pihak yang menggunakan cara tertentu untuk untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
“Disebabkan hal itu juga, hubungan saya dengan pihak agensi pelancongan menjadi renggang,” kongsinya lagi.
Penyampai radio, Zayyan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Makan Malam Kesadaran Amal Al-Muqwa yang berlangsung di Restoran Seri Kunyit, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ditanya adakah dia bakal mengambil tindakan undang-undang, Faizal memaklumkan dirinya enggan mengeruhkan lagi keadaan.
“Tidak. Dia sendiri pun dalam masalah. Jadi, jangan tambahkan lagi. Ketika itu, hubungan kami agak renggang.
“Saya banyak salahkan dia sebab jemaah banyak tumpukan masalah mereka kepada saya.
“Jadi, ketika itu, dia pun mungkin dalam tekanan. Jadi, dia kena buat satu cerita,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Faizal mendedahkan keharmonian rumah tangganya tidak terjejas disebabkan khabar angin tersebut.
“Isteri saya okay sahaja. Kalau hal melibatkan poligami ini, isteri saya tiada masalah dan tidak menolak sepenuhnya.
“Malah, kalau benar saya nak berkahwin lain atau berpoligami, saya akan berterus terang dengan dia,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Faizal akui tidak berani untuk mengulas sama ada dia bakal berpoligami pada masa akan datang kerana segalanya merupakan kententuan Illahi.
“Saya tak boleh ulas hal itu sekarang tapi akan datang, kita sendiri tak tahu kerana kita hanya manusia. Ada yang kata, orang yang banyak bercakap ni, mereka tak berani buat.
“Namun, mereka yang senyap tu, tiba-tiba mereka yang berkahwin,” akhirinya.
Terdahulu, Faizal bakal bergandingan bersama penyanyi, Mawi untul mengacarakan Majlis Makan Malam Kesadaran Amal Al-Muqwa yang bakal berlangsung pada 17 Februari ini.
Majlis makan malam ini juga diadakan bagi mengumpul dana bagi menampung kos operasi pusat tahfiz, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim, Faqir, Miskin & Dhuafa’ Madrasah ‘Ulumulquran Wal Ahadith.
Konsert ini bakal menampilkan barisan selebriti Datuk Awie, Ali XPDC, Ijam Medicine, Adi WOW dan Anjang Terrarossa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Nadzmi Adhwa mengakui berasa amat teruja kerana berjaya membuat kejutan bersempena hari lahir isterinya, Ardell Aryana yang ke-30 tahun meskipun disambut 10 hari lebih awal.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nadzmi dilihat telah menghadiahkan isterinya itu sebuah kereta baru jenis Toyota Alphard berwarna hitam.
Jelas Nadzmi, hadiah tersebut diberikan bagi menggantikan Toyota Alphard kepunyaan mereka sebelum ini yang telah pun digunakan sebagai pengangkutan bagi misi bantuan dan urusan perniagaan.
“Dia tak pernah sekalipun mintak apa apa dari saya selama ini. Susah senang saya dia selalu ada dengan saya.
“TERIMA KASIH kerana menjadi ibu pada anak saya dan TERIMA KASIH sebab menjadi isteri saya, pembakar semangat saya, pengingat saya, kekuatan saya, dan orang yang paling bersabar dengan sikap saya. Forever Loving You,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, pelakon filem, Busut Bonang ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Ardell kerana telah menjadi isteri serta ibu yang baik kepada anaknya.
Katanya lagi, dia sengaja mengadakan kejutan tersebut lebih awal supaya perancangannya itu tidak dapat dihidu oleh Ardell.
“Sorry celebrate birthday awak awal gila sebab selalunya mesti kantoi kalau saya buat waktu birthday awak 13 April ini.
“Kali pertama saya tak kantoi so kira saya dah setapak kedepan lebih matang
Kisah semalam jam 10:47 malam,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan semoga keluarga ini akan terus sukses dansentiasa dimurahkan rezeki.
Terdahulu, Nadzmi dan Ardell telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 September 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Arwa Malaikha Urwa.
Foto: Instagram Nadzmi Adhwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea kembali dikejutkan dengan perkembangan terbaru mengenai kematian tragis pelakon Kim Sae-ron.Keluarga mendiang kini menuntut pelakon terkenal, Kim Soo-hyun untuk membuat permohonan...