
Baru-baru ini, pelakon drama Mr.Grey yang juga merupakan bekas finalis Hero Remaja 2012/13, Fendy Bakry telah pun mengadakan majlis berbuka puasa bersama peminat dan jemputan khas di Hotel Sentosa Regency, Alor Star Kedah.
Meski ramai yang gembira dan memanjatkan rasa syukur kerana bintang berkenaan melakukan kemunculan di khalayak, namun penampilan fizikal bintang berusia 29 tahun yang kelihatan sedikit susut mengundang tanda tanya netizen.
Malah, Fendy yang sejak kebelakangan ini sering tampil dalam keadaan leher yang ditutupi dengan selendang atau mafla turut menjadi tanda tanya.
Apa pun, bersempena dengan bulan ramadan yang kini hampir ke penghujung tahun ini, ayuh kita doakan kesejahteraan Fendy. Moga kesihatan Mr.Grey kesayangan ramai ini sentiasa berada dalam keadaan baik.
Foto: Instagram Fendy dan Fadzil Zahari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“No, Saya Belum Mengandung,” – Tak Kan Putus Doa, Datuk Dira Abu Zahar Beri Penjelasan Soal Kehamilan

Datuk Dira Abu Zahar ada memberikan penjelasan mengenai dirinya yang didakwa kelihatan seperti sedang hamil sebagaimana yang diteka warganet.
Dira atau nama lengkapnya, Khaidiriah Abu Zahar memberitahu, dia sedang berusaha dan masih belum ada rezeki untuk timang zuriat.
Dalam pada itu, Dira turut berharap agar semua mendoakan semoga urusan tersebut dipermudahkan.
“Di sebabkan ramai yg tanya dah ada isi ke Belum, maka Saya amik peluang utk up satu #ootd walaupun it is soooo yesterdaysss.
“No, Saya Belum mengandung. Belum ada rezeki. Insyallah satu hari. Dgn izinNya ada lah tu nanti.
“Jgn di Tanya segala petua. Segalanya dah di cuba. Tapi tak mengapa. Mcm Saya kata, Semuanya dgn izinNya jua. Kita hanya terus berusaha,” tulisnya.
Dia pada masa sama tidak akan putus doa.
“Bila Sampai masanya, Kalau ada berita girang gembira, Saya akan buat pengumumnanya. Lama kan penantiannya.
“Tapi Saya tak akan putus asa. Doa bulan Ramadhan byk hikmah nya. Sama2 tolong doakan ya… Insyallah.,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Dira pernah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Tengku Anggun Deandra.
Namun, pasangan ini telah berpisah pada tahun 2010.
Selepas itu, Dira telah mendirikan rumahtangga bersama jurukamera, Mohd Helmi Mohd Yusof, pada tahun 2013.
Bagaimanapun, perkahwinan Dira sekali lagi gagal dan mereka bercerai pada tahun 2016.
Kini, Dira sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek pada 21 Jun lalu.
Foto: Instagram Dira Abu Zahar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kakak Saya Dulu Pun Bukannya Mula Bertudung Dari Umur 2 Bulan,” – Penampilan Dikait Dengan Kakak, Ini Jawab Balas Sakinah

Pelakon Sharifah Sakinah memberitahu ada menerima kritikan dan komen negatif netizen terhadap perkongsiannya di media sosial yang disifatkan keterlaluan serta kurang sopan sebagai seorang wanita beragama Islam.
Bintang drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri ini berkata, tempias tersebut turut terkait dengan kakaknya, Sharifah Haslinda yang kini mengenakan hijab dan berniqab.
“Itulah nama keluarga, ada yang berpurdah ada yang okey ada yang tidak. Kita menerima masing-masing punya karakter dengan hati yang terbuka dan tidak mengutuk antara satu sama lain.
“Macam bila semua orang dah berubah dan saya masih belum ke arah itu, kakak saya nak buang saya daripada keluarga? Tidak ada sama sekali.
“Bagi saya, hati itu yang penting sebab kalau hati kita bersih dan terima orang lain seadanya, tidak menghukum hidup kita akan tenang,” katanya.
Sakinah turut menjelaskan, kakaknya juga sebelum ini tidak mengenakan tudung sebelum mengambil keputusan untuk istiqamah.
“Kakak saya dulu pun tak bertudung dan bukannya dia mula bertudung dari umur dia 2 bulan.
“Jadi pada saya perubahan itu semua memerlukan masa, pengalaman dan doa. Kalau kita doa betul-betul apa yang kita nak dalam hidup kita, apa yang kita nak ubah kena berdoa padaNya,” katanya kepada MH lagi.
Sakinah kini sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka kelahiran Sweden, Michael Hansen pada tahun lalu.
Sebelum ini, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun.
Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei tahun lalu.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kepada Adik Ni, Sila Hubungi Kakak,” – Tak Cabut Lepas Langgar Vellfire, Fasha Sandha Puji Sikap Rider & Mahu Beri Hadiah

Pelakon terkenal, Fasha Sandha tersentuh saat menonton video viral yang memaparkan tindakan bertanggungjawab seorang remaja yang juga penghantar makanan kerana tidak melarikan diri selepas motosikalnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta.
Menurut Fasha, dia mahu bertemu dengan remaja berkenaan untuk memberikan hadiah disebabkan kesungguhannya mencari rezeki pada usia yang muda.
“Pujian harus diberikan pada yang pertama, adik Grab yang tak lari selepas melanggar. Ada sesetengah rider yang langgar lari. Langgar side mirror kereta pastu pecut lari risau kena bayar.
“Kadang-kadang kita bukan nak suruh bayar pun, say sorry pun dah memadai. Kepada adik ni, VFX8*** silakan hubungi kakak, kakak ada hadiah nak bagi awak memandangkan awak baru 19 tahun dan rajin bekerja untuk keluarga.
Luahan tersebut dikongsikan bintang drama Serpihan Sayang ini menerusi laman Instagram.
Katanya lagi, sikap yang ditunjukkan remaja tersebut wajar dijadikan contoh buat para penunggang motosikal lain, termasuk adiknya sendiri.
“Kalau awak baca posting kak ni, silakan komen atau DM (adik ni harus dijadikan contoh yang baik buat semua penunggang motorsikal) termasuk adik saya @ikmaldaniels. If terlanggar, sila berhenti dan gentle ok?,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Fasha turut memuji tindakan pemilik kenderaan kerana amat bertimbang rasa.
“Kedua, pujian buat abang kereta besar ni juga di atas kemuliaan hatinya, bagi adik ni pergi tanpa bayaran,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut turut tersebut selain turut mendoakan semoga urusan remaja berkenaan akan sentiasa dipermudahkan.
“Nangis pula tengok. Jumpa orang baik dan memahami pun satu rezeki. Alhamdulillah.
“Bagus adik ni. Ayat dia dah buat salah, takkan nak lari. Gentlemen sungguh. Terbaik dan salute dekat awak adik. Semoga Allah perluaskan rezeki.
“Alhamdulillah, rezeki adik ni. Semoga dia baca. Thanks Fasha. Semoga dimurahkan rezeki.
“Macam ni la kita nak. Yang langgar mengaku dan dilanggar pun faham. Dua-dua best. Alhamdulillah bagus adik.
“Yang penting bila buat salah, kita ada sifat tanggungjawab. Tak semua orang mampu bersikap sebegini. Salute dan respect to him,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, video yang dikongsikan oleh Fasha itu telah pun meraih hampir 400,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI