
Di balik nama komersial masing-masing, mungkin ada di antara peminat mereka yang tidak tahu apakah nama sebenar artis kesayangan masing-masing.
Nah, ini antara 12 senarai figura tersohor dunia yang memang namanya ‘lari jauh’ dengan nama sebenar mereka. Berbelit tak lidah nak sebutnya tu?
1.Demi Moore (Demetria Guynes)
2. Hulk Hogan (Terry Jean Bollette)
3. Bruno Mars (Peter Gene Hernandez)
4. Gigi Hadid (Jelena Noura Hadid)
5. Lady Gaga (Stefani Joanne Angelina Germanotta)
6. Lorde (Ella Marija Lani Yelich-O’Connor)
7. Miley Cyrus (Destiny Hope Cyrus)
8. Nicki Minaj (Onika Tanya Maraj)
9. Rihanna (Robyn Rihanna Fenty)
10. Vin Diesel (Mark Sinclair Vincent)
11. Iggy Azalea (Amethyst Amelia Kelly)
12. Jay-Z (Shawn Corey Carter)
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] Kecoh Bila Asad Motawh Tiba-Tiba Dipeluk Individu Bertudung Ini Ketika Sedang Syok Menyanyi!

Kecoh di Instagram sejak awal semalam apabila penyanyi remaja, Asad Motawh berkongsi sepotong video detik dirinya dipeluk secara tiba-tiba oleh seorang wanita.
Video kurang seminit itu merakamkan individu tersebut yang mengenakan persalinan rona merah hati meluru ke arah penyanyi berkenaan dari bahagian tepi dan terus memeluknya.
Bagaimanapun, situasi tersebut berjaya dikawal pegawai bertugas.
“So this happened on tour today. I hope she is okay ? and please excuse my voice. I was shocked ? see you tomorrow MELAKA! #percayatour i love all of you,” tulis bintang berusia 18 tahun itu.
Lalu, netizen turut meninggalkan lebih 8,000 komen pelbagai terhadap insiden tersebut.
Foto: Instagram Asad Motawh
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doakan Semoga Semuanya Selamat,” – Nadya Syahera Bersalin, Suami Maklum Si Ibu Demam & Bayi Pula Dirawat Di NICU

Suami kepada pelakon, Nadya Syahera, Fizul Nawi menzahirkan rasa syukur kehadrat Illahi selepas isterinya dikhabarkan telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka tepat jam 6.30 pagi di Hospital Shah Alam.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fizul menerusi hantaran terkini di laman Instagram miliknya.
Menurut Fizul, dia amat gembira kerana segala urusan isterinya sewaktu melahirkan bayi lelaki seberat 3.3 kilogram itu telah pun dipermudahkan tanpa sebarang komplikasi.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT dipermudahkan semuanya.
“Terima kasih atas doa dan sokongan dari keluarga, sahabat dan semua,” tulisnya di Instagram.
Bagaimanapun, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini memaklum Nadya telah mengalami simptom demam manakala bayinya pula terpaksa dirawat di Unit Penjagaan Rapi Neonatal (NICU).
Lantaran itu, Fizul berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga anak dan isterinya itu akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Keadaan selepas bersalin isteri saya demam dan baby ke nicu. Doakan semoga semuanya selamat.
“Baby 38 minggu. Berat 3.3kg. Tarikh dan waktu 25/03/2022, 6.30am. Tempat di Hospital Shah Alam,” kongsinya lagi.
Menerusi hantaran yang sama, Fizul turut mendedahkan dia dan isteri telah pun bersepakat untuk menamakan anak mereka Barr Adam.
“Selamat datang ke dunia muhamad BARR ADAM BIN MOHAMAD HAFIZUL,” ujarnya lagi.
Menerusi perkongsian di Instagram stories pula, Nadya menyifatkan doanya untuk bersalin dengan mudah telah pun dimakbulkan Allah SWT.
“Allah maha baik. Hari-hari minta permudahkan urusan bersalin. Memang Allah bagi rezeki. Mudah bersalin kali ini,” luahnya gembira.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut memberikan kata-kata semangat buat Fizul dan seluruh ahli keluarganya.
Untuk rekod, Fizul dan Nadya telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 25 September 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu telah terlebih dahulu dikurniakan dua orang cahaya mata, Aleena Rose, 4, dan Mohamad Dayyan, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nadya Syahera & Fizul Nawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hitung Hari Lahir Anak Ketiga, Izreen Azminda Tiada Pilihan Perlu Bersalin Secara Pembedahan Kerana…

Pelakon Izreen Azminda memaklumkan dia tiada pilihan lain apabila terpaksa melahirkan anak ketiga secara pembedahan caesarean selepas melahirkan kedua anaknya sebelum ini menerusi kaedah sama.
Menurut Izreen, 36, menerusi Kosmo!, dia dijangka melahirkan anak ketiga sekitar minggu ini atau minggu hadapan dan perkara tersebut telah diberitahu awal oleh doktor.
“Anak pertama dilahirkan secara pembedahan, jika diikutkan saya mahu lahirkan bayi kedua secara normal. Namun, disebabkan kedudukannya melintang, saya tiada pilihan selain perlu dibedah.
“Oleh sebab itu, saya juga tiada pilihan untuk anak ketiga ini. Mahu atau tidak, doktor memberitahu, saya perlu melahirkan anak secara pembedahan juga,” kata Izreen seperti yang dipetik.
Mengakui bimbang kerana bakal melahirkan anak dalam musim pandemik Covid-19, Izreen mendisiplinkan dirinya untuk tidak keluar dari rumah selain menjalani pemeriksaan kandungan bulanan di sebuah hospital swasta.
Dia sedar akan risiko lebih tinggi terhadap wanita hamil.
“Memang takut dan bimbang, cuma saya tidak mahu terlalu memikirkannya. Ibu mengandung emosinya mudah terganggu dan akan membuatkan saya tidak senang duduk.
“Jadi, cara terbaik adalah fokus pada kesihatan diri dan proses bersalin sahaja. Walaupun sudah cukup dua dos vaksin, saya mengambil langkah berjaga-jaga.
“Saya memang langsung tidak keluar rumah kecuali ke hospital untuk pemeriksaan bulanan. Jika terlalu bosan atau teringin sangat keluar rumah suami akan bawa berjalan-jalan pusing-pusing dalam kereta sahaja,” katanya.
“Bersalin ketika musim Covid-19 memang agak sukar, namun semua SOP yang dibuat adalah untuk memastikan kesihatan pesakit terjamin.
“Saya akan ditemani suami ketika bersalin dan dia perlu menjalani ujian calitan dua hari sebelum pembedahan dijalankan. Begitu juga dengan ibu mertua yang akan menjaga saya sepanjang di rawat di hospital.
“Suami perlu tetap pulang ke rumah kerana anak kedua, Aaron masih kecil dan tidak mahu dengan orang lain,” katanya lagi.
Menyentuh mengenai jantina anak ketiga yang bakal lahir tidak lama lagi, Izreen bagaimanapun memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu.
“Soal jantina anak tunggulah selepas dilahirkan kelak. Saya dan suami sudah tahu, cuma untuk orang lain tunggulah selepas saya bersalin,” kata Izreen.
Sumber, Foto: Kosmo! Online, Instagram Izreen Azminda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI