Semalam, negara kehilangan seorang pegawai bomba yang dianggap ‘hero’ apabila dia menjadi mangsa kerakusan manusia.

Muhammad Adib Mohammad Kassim disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 9.41 malam selepas 22 hari bertarung nyawa setelah cedera parah susulan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lalu.

Tentunya, berita ini amatlah menyedihkan seluruh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi setelah Adib menunjukkan tanda-tanda positif sebelum ini.

Namun, ALLAH SWT lebih menyayanginya. Untuk itu, MH ingin berkongsi kronologi kes Adib ini.

27 November 2018

Awal pagi, pihak bomba menerima laporan bahawa beberapa kenderaan dibakar berikutan rusuhan di Kuil Sri Mariamman pada awal pagi itu.

Susulan itu, anggota bomba yang berada berhampiran kawasan kuil cuba untuk memadam kebakaran.

Bagaimanapun, dikatakan berlaku rusuhan terhadap kenderaan milik bomba.

Dalam kejadian tersebut, seorang pegawainta, Adib dipercayai dicederakan oleh sekumpulan individu tidak dikenali.

Dia mengalami kecederaan yang serius dan dibawa ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, tunang Adib juga turut mendoakan semoga pemuda tersebut kekal kuat apatah lagi mereka bakal bergelar raja sehari pada hujung Disember ini.

28 November 2018

IKLAN

Badan bertindak Kuil Sri Mariamman mendakwa anggota bomba yang parah dalam insiden rusuhan itu adalah disebabkan kemalangan jalan raya.

Katanya, kejadian berlaku apabila jentera bomba mengundurkan kenderaannya dengan laju sebelum sekumpulan individu menjerit memaklumkan ada individu di belakang jentera tersebut.

29 November 2018

Ini Kronologi Kes Kematian Muhammad Adib Yang Meninggal Dunia, Selepas 22 Hari Bertarung Nyawa…Alfatihah

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri turut hadir menjenguk keadaan Adib di IJN.

Keadaan Adib juga turut menunjukkan tanda-tanda sedar dan bertindak balas kepada beberapa arahan lisan. Pihak IJN berkata anggota bomba berusia 24 tahun itu masih di bawah pemantauan rapi penggunaan sedatif untuk membolehkan organnya pulih.

30 November 2018

IKLAN

Ini Kronologi Kes Kematian Muhammad Adib Yang Meninggal Dunia, Selepas 22 Hari Bertarung Nyawa…Alfatihah

Adib dilaporkan telah sedar dan menunjukkan perkembangan positif. Dia boleh menggerakkan beberapa anggota badan menunjukkan otaknya berfungsi.

1 Disember 2018

“Semoga kamu kuat…orang tunggu kamu,” berikut merupakan kata-kata tunang Adib, Nurul Najihah Mohd Radzi di laman Facebooknya yang mendoakan Adib agar cepat sembuh.

11 Disember 2018

Adib menunjukkan peningkatan dari segi pemulihan sejak 72 jam yang lalu. Menerusi kenyataan IJN, dia juga kini mampu menulis menggunakan papan putih.

16 Disember 2018

IKLAN

Tahap kesihatan Adib mula merosot dalam tempoh 24 jam yang lalu, menerusi kenyataan IJN, fungsi paru-paru Adib menurun tahapnya.

Adib kini kembali di fasa kritikal menyebabkan semua lawatan ke atasnya dihadkan.

17 Disember 2018

Ini Kronologi Kes Kematian Muhammad Adib Yang Meninggal Dunia, Selepas 22 Hari Bertarung Nyawa…Alfatihah

Adib menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam di IJN. Jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya di Kedah, malam tadi.

Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh.

18 Disember 2018

Ini Kronologi Kes Kematian Muhammad Adib Yang Meninggal Dunia, Selepas 22 Hari Bertarung Nyawa…Alfatihah

Saat orang ramai bersedih dengan kematian Adib, #Justice4Adib mula tular di laman Twitter.

Foto: Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI