Untuk rekod, Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ahmad Shariff Ahmad Taufik pada 24 Disember 2017.
Wah! Seronoknya Indah dapat bercuti dan meluangkan masa bersama suami tercinta. Mesti seronok!
Foto: Instagram Indah Ruhaila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek menceritakan persamaan tiga pelawak popular, Allahyarham Abam, Mr Os dan Pak Yus yang ketika hayatnya suka bersedekah dan membantu golongan di dalam kesusahan.
“Ketiga-tiga mereka adalah pelawak tetapi ada kebaikan mereka disembunyikan ketika hayat yang ramai orang tidak tahu.
“Sempat juga beberapa tahun lepas saya solat jenazah untuk arwah Mr Os, saya menguruskan jenazah dia sangat mudah dan begitu juga arwah Pak Yus kerana mereka ini suka bersedekah.
“Sedekah adalah jalan paling mudah ke syurga asalkan ikhlas kerana Allah.
“Mr Os sewaktu hayatnya dia sangat suka bersedekah. Ketika dia berada dalam masalah kewangan di mana dia seorang pemandu teksi, kalau ada yang tidak cukup duit, dia anggap itu sedekah.
“Sebab itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, apabila mati anak Adam, putus semua amalan kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan ketiga doa anak yang soleh.
“Sedekah perkara paling mudah untuk ke syurga. Ini kerana sebelum sedekah sampai kepada penerima, sedekah itu sampai dulu kepada Allah, itulah ‘power’ bersedekah dan apa yang berlaku kepada arwah Abam adalah dia juga suka bersedekah,” katanya.
Selepas pemergian arwah Abam, tular kisah-kisah kebaikan yang pernah dilakukan semasa hayatnya masih ada. Terbaru, kisah seorang wanita yang merayu supaya membenarkannya melawat pusara Abam pada waktu malam tular di laman sosial.
Kisah ini dikongsi penggali kubur yang dikenali sebagai Khairuddin, 51 yang menyatakan dia didatangi seorang wanita bersama anak perempuannya yang menunggang motosikal di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak kira-kira jam 8.00 malam.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, pergi mengadap Ilahi di kediamannya di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Jalan Gombak pada jam 7.15 pagi pada 10 Februari lalu selepas mengalami demam selama dua hari.
Foto : Instagram Ustaz Hanafiah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kecoh di laman sosial apabila usahawan Nur Sajat yang baru sahaja selesai tunai umrah bersama keluarga didakwa ada bertelekung selain dilihat memasuki tempat solat wanita.
Turut disertai beberapa rakan, ia secara langsung menimbulkan reaksi pelbagai dan difahamkan, perkara tersebut telah dibawa ke pihak atasan di sana, sebagaimana yang didakwa.
Selain peminat, golongan selebriti turut sama memberikan reaksi dan seterusnya menyuarakan pendapat berhubung isu terbabit.
Sementara itu,dua pencetus ummah (PU) Amin dan PU Rahmat turut memberikan respon terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan ini.
Dalam perkembangan lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof kesal dengan tindakan usahawan itu yang berpakaian seperti wanita ketika berada di Tanah suci ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.
Malah, pihaknya akan bertemu dengan agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan umrah bagi mengelakkan perbuatan sama berlaku di masa depan kerana mereka yang seharusnya membuat penelitian supaya tindakan yang menjejaskan sensitiviti.
Foto : Instagram Selebriti, Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan pelawak, Jihan Muse meraikan ulang tahun ke-35 kelahiran suami tercinta, Ungku Hariz Faizal sehari lalu.
Lalu bersempena dengan hari jadi insan tersayang, hos Gegar Vaganza itu turut menitipkan dedikasi, serta mengharapkan agar suaminya menjadi ketua keluarga yang soleh dan sentiasa dimurahkan rezeki.
“16 jamadilawal 1405H lahirlah seorang suami untuk masa depan. 35 tahun kemudian bersamaan tahun 2020M berdiri lah dia di samping seorang wanita dan kanak2 lelaki yg dipanggil isteri dan anak.
“Semoga suami ini sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT, menjadi suami yg begitu awesome dan soleh, menjadi pembimbing yg benar dan semoga beroleh rezeki yg diberkati. Semoga followers 2.8juta saya ni dapat doakan untuk suami saya Ungku Hariz Faizal di harijadinya ini,” tulisnya panjang lebar.
Atas keraian itu, para peminat termasuk rakan selebriti turut memberikan dedikasi terhadapnya.
Terdahulu, Jihan dan Hariz mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2016 dan keduanya dikurniakan seorang cahaya mata setakat ini, Ungku Arsalan Haq pada 25 Januari 2018.
Foto: Instagram Jihan Muse
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!