‘Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,’. Itu perumpaan yang sesuai untuk anak perempuan peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Wann iaitu Natasha yang mungkin bakal ikut jejak langkah ibunya.
Kedua-dua mereka yang mempunyai minat sama dalam bidang nyanyian menjadikan Wann atau nama lengkapnya Wan Rashidah Meor Abdul Rashid tekad menghantar anaknya itu ke kelas piano seawal usia empat tahun.
“Anak saya yang nombor dua lebih minat dalam bidang nyanyian. Saya masukkan dia ke kelas piano dalam umur 4 ke 5 tahun.
“Saya bayangkan sekiranya anak saya main piano, saya pula menaynyi. Dia pun boleh menyanyi sikit-sikit. Kebanyakan lagu mat salleh.
“Tapi lagu ibu dia, terpaksa nyanyi juga. Boleh lah sikit-sikit bagi sokongan,” kata Wann menerusi VT (video tape) sebelum memulakan persembahan semalam.
Natasha, 21 sering berkongsi foto bersama ibunya di Instagram.
Dalam pada itu, Natasha yang mempunyai lebih 4,000 pengikut di Instagram ada berkongsi sepotong video yang memaparkan dia dan ibunya sedang duet lagu Lamunan Hati nyanyian Wann sendiri.
Pelakon dan usahawan, Ruhainies mengakui dirinya tidak berlebih-lebih mengenai penjagaan kecantikan kerana lebih percaya akan sesebuah produk yang serasi dengan diri.
Malah Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas turut mendedahkan, dalam sebulan dia hanya memperuntukkan kurang RM2,000 untuk penjagaan diri.
“Sebenarnya saya tidak pakai produk yang mahal pun untuk kecantikan. Bagi saya, kebanyakannya ada pandangan bahawa kita kena aplikasi produk yang mahal untuk miliki kulit cantik.
“Alhamdulillah, kulit saya tidak perlukan produk mahal untuk pastikan kulit kekal terjaga. Produk yang saya gunakan pun biasa-biasa saja.
“Saya hanya peruntukkan kurang dari RM2,000 sebulan untuk kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki,” katanya jujur.
Ditanya mengenai rutin kesihatan bagi memastikan penampilan sentiasa terjaga pula, bintang Jejak Karmilla ini memberitahu dia ada kunjungi spa dan sesekali luang masa dengan berenang.
“Setiap minggu sekali saya akan luangkan masa untuk urut serta rawatan spa. Sementara untuk kesihatan dalaman, saya akan isi masa dengan berenang kalau ada kelapangan.
“Alhamdulillah motabolisme saya tinggi, jadi buat masa sekarang saya tidaklah jaga sangat mengenai menu makanan yang diambil.
“InsyaAllah apabila sampai satu peringkat umur dan orang kata ketika itu metabolisme pun makin kurang hingga sebabkan badan mulai naik barulah saya akan kawal pemakanan,” jelas pelakon berusia 27 tahun ini lagi.
Bergelar duta kepada jenama penjagaan diri, Magicboo, Ruhainies menjelaskan dia tidak ada perancangan mengeluarkan jenama kecantikannya sendiri setakat ini kerana ada komitmen lain yang perlu diutamakan.
“Perancangan itu ada, tetapi bukanlah dalam waktu terdekat ini memandangkan saya baru sahaja buka kafe. InsyaAllah pada masa depan kalau ada rezeki,” akui Ruhainies yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem di samping Mira Filzah dan Fendy Bakri.
Terdahulu, adik kepada pelakon Risteena ini ditemui pada pelancaran pembukaan cawangan kelima sebuah butik kecantikan, My Beaute Village, di pusat beli-belah di Puchong, baru-baru ini.
Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin ada memberi kejutan buat isteri tercinta, Nurida Suraya sempena ulang tahun kelahiran malam tadi.
Perkara itu dikongsikan Rizman menerusi Instagramnya.
“Satu anugerah yg tidak ternilai dari yang Esa.. lama ku tunggu.. tapi Allah maha berkuasa.. di pertemukan tepat pada masanya.
“Tanpa kumenduga, Di permudahkan segalanya, hingga menjadi satu ikatan yang juga merupakan Ibadah tuntutanNya.
“Mengenalmu adalah hadiah yang paling bermakna sepanjang hayatku, keserderhanaan mu menjadi inspirasiku, ketulusan cinta yang kau hadiahkan menjadi kekuatanku.
Malah,Rizman bersyukur kerana dianugerahkan seorang isteri yang sentiasa memahami.
“Sesungguhnya aku insan yang betuah memiliki mu.. selamat hari lahir isteriku..
“Ku doakan agar dirimu dipanjangkan umur denganku, dimurahkan rezeki disampingku, dan diberikan kebahagiaan yang sebanyaknya bersamaku, Dan..
“Semoga bahtera yang baru kita layarkan ini sentiasa diberkati dan sentiasa berada dibawah pelindunganNya. I Love You so much @nuridasuraya 🦋YOU WILL ALWAYS BE MY BABY 🦋,” akhirinya.
Pernah menyatakan pendirian untuk tidak lagi menayangkan aurat, pelakon Aniq Suhair mengakui dirinya terlepas pandang apabila secara tidak sengaja apabila bahagian pusatnya terdedah ketika menjayakan adegan tidak berbaju dalam filem terbaharu, Bisikan Nafsu.