Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi cerita perihal gelagat anak sulungnya, Siti Aafiyah yang menjalani pemeriksaan gigi di sebuah klinik, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram miliiknya itu, Siti atau lebih mesra dengan sapaan Tok Ti memberitahu ia merupakan pengalaman pertama kali anak perempuannya mempunyai temu janji dengan doktor gigi.

“Ibu Dulu Pun Penakut Jumpa Doc…,” – Pertama Kali Bawa Jumpa Doktor Gigi, Tok Ti Bantu Tangani Rasa Takut Aafiyah “Ibu Dulu Pun Penakut Jumpa Doc…,” – Pertama Kali Bawa Jumpa Doktor Gigi, Tok Ti Bantu Tangani Rasa Takut Aafiyah

Menurut penyanyi berusia 43 tahun ini, Aafiyah awalnya berasa takut untuk menjalani pemeriksaan tersebut.

Bagaimanapun, Tok Ti dilihat telah memainkan peranan sebagai ibu untuk bantu menangani rasa ketakutan yang dialami oleh Aafiyah.

IKLAN

“Ibu Dulu Pun Penakut Jumpa Doc…,” – Pertama Kali Bawa Jumpa Doktor Gigi, Tok Ti Bantu Tangani Rasa Takut Aafiyah “Ibu Dulu Pun Penakut Jumpa Doc…,” – Pertama Kali Bawa Jumpa Doktor Gigi, Tok Ti Bantu Tangani Rasa Takut Aafiyah

“Hari ni bawa Aafiyah jumpa dentist untuk pertama kali.. Ibu pun dulu penakut jumpa Doc , tapi demi Aafiyah ibu beranikan diri ye.. ibu check dulu dengan harapan Aafiyah tengok dia tak takut…

“Hmm… puas memujuk dengan macam macam cara , akhirnya dia setuju nganga mulut & duduk di kerusi baring tu.. ibu pun temankan sekali,” tulisnya sambil mengharapkan Aafiyah tidak lagi rasa takut-takut untuk sesi seterusnya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Ibu Dulu Pun Penakut Jumpa Doc…,” – Pertama Kali Bawa Jumpa Doktor Gigi, Tok Ti Bantu Tangani Rasa Takut Aafiyah “Ibu Dulu Pun Penakut Jumpa Doc…,” – Pertama Kali Bawa Jumpa Doktor Gigi, Tok Ti Bantu Tangani Rasa Takut Aafiyah

IKLAN

Sekadar informasi, Siti mendirikan rumah tanga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada tanggal 21 Ogos 2006.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Siti Aafiyah, 3 dan Muhammad Afwa, 7 bulan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI