Sejak semalam, nama penyanyi popular Amerika Syarikat, Jason Derulo menjadi perhatian warganet seluruh dunia selepas bintang tersebut didakwa telah bergaduh dengan dua orang lelaki di sebuah hotel di Las Vegas.
Memetik laporan TMZ, pihak berkuasa memaklumkan mereka mendapat panggilan daripada pihak hotel yang melaporkan mengenai insiden pergaduhan yang berlaku di dalam hotel mereka.
Menurut saksi ditempat kejadian, Derulo dikatakan berselisih dengan dua orang lelaki di eskulator sebelum salah seorang daripada mereka dikatakan seakan mengejek lalu menjerit “Hey, Usher! F*** you, bitch!!!”.
Berang dengan tindakan tersebut, Derulo dikatakan telah menumbuk indvidu berkenaan di bahagian muka lalu sehingga dia rebah di atas lantai.
Tidak berhenti di situ, penyanyi lagu, Whatcha Say ini turut dikatakan telah menampar seorang lagi rakan kepada individu berkenaan sebelum pergaduhan tersebut dihentikan oleh pihak pengawal keselamatan hotel tersebut.
Ads
Selepas kejadian tersebut, kedua-dua individu berkenaan difaham enggan membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa namun, TMZ merasakan mereka bakal membuat tuntutan undang-undang di mahkamah.
Mereka juga difahamkan telah diberikan masa sehingga setahun sekiranya mereka ingat merubah fikiran dan menuruskan laporan kepada pihak berkuasa.
Ads
Meskipun terdapat pertumpahan darah di bahagian muka masing-masing, namun, kesemua mereka tidak memerlukan rawatan di hospital.
Terdahulu, video yang memaparkan insiden pergaduhan tersebut turut dikatakan telah tular di seluruh platform media sosial.
Ads
Pihak TMZ memberitahu, mereka menghubungi wakil kepada Derulo, namun usaha tersebut gagal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: TMZ & Youtube TMZ
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan popular Hollywood, Priyanka Chopra dan Nick Jonas telah mengumumkan kelahiran anak sulung mereka hari ini.
Pasangan yang sudah berkahwin selama tiga tahun ini memuat naik satu hantaran di Instagram masing-masing bagi mengumumkan perkara tersebut.
Kata mereka, “Kami sangat gembira untuk mengesahkan yang kami telah menyambut kelahiran bayi menerusi ibu tumpang. Kami dengan hormatnya meminta privasi pada masa yang istimewa ini untuk memberikan tumpuan kepada keluarga kami. Terima kasih.”
Setakat ini mereka masih belum mengumumkan jantina dan nama anak. Priyanka, 39, manakala Nick, 29, dikatakan telah jatuh cinta pada tahun 2017 ketika mereka sama-sama menghadiri majlis MET Gala.
Namun begitu menurut laporan Harper’s Bazaar seperti yang diberitahu Nick kepada Vogue, dia sebenarnya telah menghantar mesej kepada Prinyanka menerusi Twitter pada tahun 2016 lagi. Mereka berhubung menerusi telefon dan kemudian bertemu seminggu sebelum majlis MET Gala berlangsung.
Pada malam majlis itu pula, mereka sama-sama menggayakan busana rekaan pereka fesyen terkenal Amerika Syarikat, Ralph lauren.
Walaupun jarak usia mereka berbeza 10 tahun, namun itu tidak menjadi masalah bagi pasangan ini. Mereka berkahwin pada tahun 2018 hanya selepas empat bulan rasmi sebagai pasangan kekasih.
Perkahwinan yang diadakan di India dalam suasana penuh gilang gemilang itu menjadi antara ‘wedding of the year’ yang diingati ramai. Siapa boleh lupa dengan rekaan busana perkahwinan Priyanka yang direka oleh Ralph Lauren siap dengan layah sepanjang 75 kaki itu?
Untuk pengetahuan anda, Ralph Lauren tidak memiliki koleksi perkahwinan, dia hanya mereka dan menghasilkan busana kahwin untuk orang yang disayanginya.
Busana yang digayakan Miss World 2000 ini merupakan busana perkahwinan keempat yang dihasilkan Ralph. Sebelum itu dia menghasilkan busana perkahwinan untuk anak perempuannya, menantu dan juga anak saudaranya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi baharu, Amsyar Leee tampil menggantikan Noraniza Idris yang kini sedang mengerjakan ibadah umrah bagi menyampaikan lagu Intan Payung bersama Bunga Isme.
Ia sekali gus meleraikan teka-teki mengenai siapakah pengganti penyanyi itu di saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36), malam tadi.
Meski akui gementar, Amsyar bagaimanapun cuba sehabis baik menyampaikan lagu ciptaan Luca Sickta, Bunga dan Amzar Razqa itu.
“Saya dapat tahu saya kena gantikan Kak Ani dua minggu lalu. Pada awalnya saya rasa sangat takut nak ganti Kak Ani, saya dah beritahu pihak label, Warner Music yang saya rasa sangat gementar, mungkin saya tak dapat buat yang terbaik.
“Tapi Alhamdulillah, saya rasa berpuas hati dengan persembahan saya biarpun ada kesalahan-kesalahan yang dilakukan pada persembahan sebentar tadi. Saya pun mahu kekalkan rasa enjoy atas pentas sebab saya tak mahu stress. Jadi saya enjoy dan banyak tersenyum,” katanya.
Ditanya mengenai resksi berbaur kritikan mengenai persembahannya, Amsyar optimis dan tidak mahu memandangnya daripada sudut negatif.
“Saya terima segala kecaman terhadap saya, tapi saya tak ambil serius dengan perkara terbabit kerana sebelum ini saya pernah kena lebih teruk lagi.
“Sebenarnya, lagi banyak perkara positif yang datang, jadi saya tak harus memandang kepada yang negatif sahaja. Perkara yang positif lebih banyak dan saya sangat terharu dengan semua yang memberi sokongan kepada saya,” katanya lagi.
Persaingan 18 lagu di SFMM36 berlangsung malam tadi dan baki 12 lagu akan bertanding hari ini bagi merebut peluang bersaing di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) kelak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hos terkenal, Datuk Aznil Nawawi tampil melakukan inisiatif tersendiri dengan mewujudkan Kedai Percuma Pak Nil sejak 30 Disember lalu khusus bagi meringankan beban golongan yang terjejas akibat musibah banjir.
Idea tersebut tercetus selepas Aznil atau lebih sinonim disapa Pak Nil selepas menjalankan kerja mengumpul golongan sukarelawan bagi membantu masyarakat di Bukit Canggang, Banting, Selangor, baru-baru ini.
Ujian yang menimpa pada era pandemik COVID-19 ini sudah tentunya memberi kesan yang lebih besar.
“Usaha ini adalah cetusan usaha pemberian bantuan kepada mangsa banjir tempoh hari. Saya sebelum ke sana sebenarnya turut dihubungi oleh salah seorang pengikut Instagram berkongsi sisi ceritanyamengenai kemusnahan daerah itu akibat banjir.
“Malah ketika menjejaki kawasan itu, saya lihat ramai penduduk yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tinggal sehelai sepinggang,” katanya.
Difahamkan, kawasan terbabit turut kurang mendapat perhatian.
“Lalu, bermula dengan hanya makanan yang dimasak penduduk kampung secara rewang bermodalkan wang sumbangan yang saya kutip di kalangan pengikut media sosial saya.
“Ketika itu dalam sehari kami berjaya menyediakan hampir 1000 bungkusan makanan kepada mangsa banjir. Malah selepas banjir surut, mulalah mereka bergerak pulang dari PPS ke rumah masing masing.
“Ketika itu saya tinjau dan amati, kesemua mereka terpaksa mengumpul barang semula dan membaik pulih rumah mereka. Bahkan barang keperluan asas mereka tiada langsung. Daripada situ saya fikir kenapa tidak diwujudkan kedai percuma berkenaan,” katanya lagi.
Buat permulaan ketika itu, Pak Nil turut menghubungi syarikat yang pernah bekerjasama dengannya seperti jenama Eskayvie dan Nakada bagi tujuan terbabit.
“Pihak jenama itu bermurah hati untuk menghantar barang keperluan asas seperti minyak, telur, air mineral, sardin, selimut, bantal, lampin bayi dan sebagainya.
“Timbul idea juga untuk mengumpul belian barang asas ini menerusi duit sumbangan orang ramai. Saya beli sendiri barangan itu menggunakan duit sumbangan diberikan.
“Ia kemudiannya diletakkan di sebuah kedai di kawasan berkenaan yang diberi nama Kedai Percuma Paknil,” katanya.
“Jadi, mangsa terkesan banjir boleh ke kedai itu untuk mengambil barang keperluan secara percuma mengikut keperluan mereka sahaja. Kedai ini mengalu-alukan barangan keperluan yang boleh dihantar terus ke sana atau menyalurkan duit sumbangan ke akaun saya.
“Jadi saya bolehterus tambah barangan keperluan itu. Bagi yang mahu menyumbang boleh ke akaun Instagram @aznilnawawihm untuk menyemak butiran lanjut atau ‘bank in’ ke 564735801178.
“Kedai ini akan berterusan beroperasi jika terus menerima sumbangan orang ramai atau pertubuhan kerajaan mahupun swasta,” katanya.
Berkongsi lanjut sewaktu kunjungan kemanusiaan ke lokasi sama beberapa kali, air matanya menitis mengenangkan ujian yang menimpa mereka yang terjejas.
“Sedih tengok keadaan mereka. Saya sentiasa membayangkan saya atau keluarga saya melalui ujian dan dugaan itu.
“Kerana itu, saya tidak mampu duduk berpeluk tubuh, saya perlu lakukan sesuatu untuk membantu mereka membina hidup kembali,” katanya.
Pak Nil menggunakan akaun media sosialnya terutamanya Instagram dan TikTok untuk mengajak khalayak bersama-sama dengannya mencari dana untuk disalurkan kepada mangsa banjir dikawasan itu.
“Subhanallah… rakyat Malaysia sesungguhnya masyarakat yang pemurah. Hari pertama saya umum pembukaan tabung khas membantu mangsa banjir Bukit Canggang, sambutan yang diterima sungguh luar biasa.
“Menangis saya melihat keprihatinan rakyat Malaysia. Dana yang disalurkan itu saya agihkan kepada wakil saya di sana. Walaupun, tidak banyak yang diterima setiap mangsa, namun, sekurang-kurangnya mereka di sana tahu bahawa seluruh negara turut sama bersedih dengan nasib mereka dan mahu berkongsi rezeki.
“Itulah yang menjadi motivasi buat saya untuk meneruskan kerja kemanusiaan ini,” katanya.
Pak Nil percaya dengan kuasa media sosial termasuk pengaruh dan kedudukan, beliau mampu mengajak orang ramai sama-sama berganding bahu.
“Niat dan matlamat saya adalah untuk meringankan beban mangsa banjir. Bahkan, ini juga masa terbaik untuk kita seluruh rakyat Malaysia menunjukkan solidariti dengan mengenepikan perbezaan ideologi politik, batas agama, bangsa dan latar belakang.
“Hari ini, hari mereka… siapa tahu esok lusa hari kita pula?” kata Aznil yang juga pengasas Yayasan Pesona.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.