Pasti anda kenal dengan dua pelakon cantik dan comel ini, Ruhainies dan juga Risteena. Nuat anda yang tidak tahu, dua orang pelakon ini sebenarnya merupakan adik beradik.

Selalunya kita lihat mereka hanya di kaca TV sahaja. Menerusi satu portal hiburan, ibu dan bapa Ruhainies juga Risteena telah mendedahkan perangai sebenar anak-anak mereka di rumah.

Ibu Bapa Dedah Perangai Ruhainies Dan Risteena Yang Sebenar

Ibu kepada Ruhainies berkata, Ruhainies merupakan seorang yang sangat nakal di rumah tetapi nakalnya bukanlah nakal yang negatif.

IKLAN

“Ruhainies macam mana dia dekat luar, macam tu la dia dekat rumah. Naughty, sama je kat rumah,” kata ibu kepada dua pelakon ini.

Menurut bapa mereka pula, dia berkata Risteena pula merupakan seorang yang pendiam namun begitu dia juga seorang yang ceria.

“Risteena ni mungkin dia seorang yang pendiam sikit tapi dia memang ceria. Dia suka outing dan kalau bawa satu family semua memang dia suka,” ujar bapanya tentang Risteena.

Ibu Bapa Dedah Perangai Ruhainies Dan Risteena Yang Sebenar

Ditanya semula kepada si ibu, antara kedua-dua anaknya itu yang mana satukah yang paling nakal dan ibunya menjawab, Ruhainies.

IKLAN

“Of Course Ruhainies, tapi dia nakal bukan maksud auntie nakal yang negatif tetapi yang positif. Dia selalu mengusik dan cakap banyak,” ujar si ibu lagi sambil ketawa.

Akhir kata dari ibu dua pelakon ini, dia berkata dia akan sentiasa menyokong karier anak-anaknya dalam bidang seni.

“Mama support, teruskan karier dan take care. Don’t worry, mama always support,” akhir kata dari ibu mereka kepada Mstar Online.

Ibu Bapa Dedah Perangai Ruhainies Dan Risteena Yang Sebenar

IKLAN

Bertuah Ruhainies dan Risteena kerana mempunyai ibu dan bapa yang sangat memahami kerier mereka sebagai pelakon dan tidak putus memberi sokongan untuk anak-anak mereka terus berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI