Untuk rekod, Michael telah pun memutuskan untuk memuluk agama Islam sejak tahun 2018, namun hanya mendedahkan perkara tersebut kepada pihak media lebih kurang setahun yang lalu.
Sumber: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, tular di media sosial selepas pengarah tersohor, Adrian Teh mengarahkan sebuah lagi filem aksi berkonsepkan tentera berjudul Bakara.
Filem tersebut menampilkan ramai pelakon hebat antaranya Remy Ishak, Bront Palare, Hairul Azreen, Alif Satar dan Shaheizy Sam.
Malah, foto-foto yang dikongsikan oleh barisan pelakon turut mencetuskan rasa teruja di kalangan peminat filem tempatan.
Bagaimanapun, foto tersebut turut mengundang kritikan sesetengah pihak yang kurang senang melihat Shaheizy Sam yang dilihat menggantung rokok elektronik di lehernya ketika mengenakan seragam askar.
Tolong bgtau abang sam, dah pakai baju army jangan la sarung tali pod.
“Saya minta maaf. Akan diperbaiki di masa hadapan.
“Terima kasih atas teguran dan ingatan,” balasnya.
Terdahulu, pengarah, Adrian Teh mendedahkan bahawa dia terpaksa mengambil keputusan untuk menangguhkan pengambaran filem ini bagi mematuhi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak Virus Korona.
Sesi pengambaran dijadualkan hanya bakal bermula pada Jun tahun hadapan.
“Penuh debaran untuk paper MUET hari ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
“Ini bermakna kami menghampiri untuk memperoleh ijazah sarjana muda pengurusan industri kreatif di UUM. Pengajian menghampiri lima tahun bagai sekelip mata berlalu
“Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang pernah memberikan ilmu untuk kami semua,” tulisnya.
Bekas vokalis kumpulan New Boyz itu berkata demikian menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Tomok turut menitipkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang membantunya sepanjang lima tahun melanjutkan pelajaran.
“Terima kasih pada kawan-kawan class BCIM yang selalu berikan sokongan kat aku. Walaupun sebenarnya aku nak give up masa sem 2 lagi.
“Terima kasih @idzwan1877 dan Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak atas segala tunjuk ajar selama ini
“Terima kasih buat isteri dan anak-anak yang memahami ayah. Insyaallah ayah lakukan yang terbaik buat kita sekeluarga
“Yang paling penting, terima kasih ALLAH untuk segalanya. Aku bersyukur YA ALLAH untuk segala nikmat yang di berikan
“Semoga aku dapat jadi seorang insan yang lebih baik di masa yang akan datang. Amin,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Tomok berjaya menamatkan pengajiannya itu.
Terdahulu, Tomok melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif di UUM bersama beberapa selebriti lain seperti Fattah Amin, Altimet dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Tomok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat hos, Dayah Bakar yang telah pun selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, pada jam 2.23 petang pada Isnin.
Bagaimanapun, kelahiran anak sulung itu tidak dapat disaksikan suami, Muhammad Hanif Hamidi yang ketika ini bertugas di Australia.
Memetik Berita Harian, Hanif tidak dapat kembali ke Malaysia berikutan penularan COVID-19. Beliau merupakan pegawai tentera berpangkat kapten yang berkhidmat di sana demi negara.
Bercerita mengenai perkara itu, pemilik nama lengkap, Nurhidayah Abu Bakar ini ada membuat panggilan video bersama suami bagi berkongsi perkembangannya, termasuk beberapa jam sebelum bersalin.
Terdahulu, Dayah yang selamat melahirkan anak mereka secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Damansara Setia, Petaling Jaya, ditemani ibu tersayang, keluarga kedua-dua belah pihak dan anak saudara.
“Sebelum ini, saya fikir, pengalaman ini dapat dikongsi bersama suami di mana kami sama-sama meraikan kelahiran anak sulung. Namun, kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan.
“Siapa mampu menduga. Ujian Allah memisahkan saya dan suami sekian lama. Namun, dengan doa yang tidak pernah terputus dan kekuatan yang diberi Allah, saya berjaya melaluinya,” jelasnya.
Dayah pada masa sama turut menyifatkan dirinya bertuah kerana tetap mendapat sokongan insan tersayang sepanjang proses melahirkan.
“Sokongan suami dari kejauhan luar biasa. Begitu juga keluarga saya dan sebelah mentua yang selalu ada di depan mata.
“Biarpun suami tidak dapat melihat dekat perkembangan anak, pasti besar ganjaran Allah berikan untuk setiap ujian dan kemanisan ini,” katanya lagi seperti yang dipetik.
Sementara itu, Dayah turut memberitahu dia akan berkongsi wajah serta nama anak kesayangannya itu selepas tujuh hari
“Alhamdulillah, semuanya lancar dan dipermudahkan. Insya-Allah, foto dan nama anak akan saya kongsi selepas tujuh hari,” katanya.
Dayah mendirikan rumah tangga dengan dengan Muhammad Hanif pada Jun 2018.
Sebelum ini menerusi Instagram, Dayah turut menyatakan dia dan anak yang baru dilahirkan berada dalam keadaan baik.
“Allahuakbar alhamdulillah. Saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2:23pm tadi.
“Both mommy and baby doing fine alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kami .
“Sehingga saat ini, saya masih tak percaya that little bb is already out . Macam mimpi . Indescribable feeling masha Allah,” tulisnya.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.