Baru-baru ini, MH berkesempatan bertemu Forteen untuk bertanyakan mengenai perkembangan terkini mengenai kumpulan yang terkenal dengan lagu Berdua Bersatu itu.
Kongsi kumpulan yang dianggotai oleh One, Ameerais Azhar dan Ariz Lufiaz berkata mereka tidak merancang untuk menambah ahli kumpulan mereka.
“Ini merupakan sesuatu yang baru juga buat kami. Walau macam mana pun saya rasa semua dah tahu kita dah move on, dah berbaik semula. Tapi macam mana pun, Forteen harus diteruskan juga walaupun kami bertiga.”
“Buat masa sekarang ni memang kita orang rasa dah terbiasa bertiga hampir 8 tahun jadi kita orang memang tak ada nak tambah ahli ke atau apa.”
“Tapi mungkin akan ada featuring dengan artis-artis lain in future,”kongsi Forteen.
Dalam perkembangan lain, Fourteen kini telah melancarkan lagu single terbaru berjudul Diam Saja pada bulan lalu. Menurut Fourteen, lagu single terbaru ini merupakan buah tangan buat peminat Fourteen setelah hampir 2 tahun kumpulan ini menyepi.
Pelakon Syafiq Kyle mengakui rasa terharu apabila penyanyi Anuar Zain ada memberikan dedikasi serta penghargaan buatnya ketika dia sedang menikmati makan tengahari di sebuah kafe di Bangsar, semalam.
Kata Syafiq ketika dihubungi MH, kejadian tersebut berlaku di luar sedar dan apabila mengetahui perkara tersebut, dia rasa cukup terkejut.
“Sedang mahu menikmati hidangan tengah hari bersama ibu, saya perasan Anuar Zain turut berada di kafe yang sama. Bagaimanapun tempat duduk kami agak jauh dan hanya saling berbalas senyuman.
“Namun apabila mahu buat bayaran selepas selesai makan, rupanya Anuar Zain yang terlebih dulu beredar dari premis berbekaan sudah pun melangsaikan bil menu kami bersama sekeping nota yang cukup membuatkan saya rasa terharu,” tambahnya.
Bintang Nur 2 ini turut memberitahu, dia rasa teruja kerana nota tersebut hadir dari individu senior dan berpengaruh dalam bidang seni.
“Meski dia seorang penyanyi, namun ucapan serta penghargaan yang diberikan terhadap lakonan saya buatkan saya rasa gembira.
“Siapa yang tidak kenal dengan Anuar Zain yang sudah sinonim dengan bidang nyanyian di negara ini. Jadi bila penghargaan itu datang darinya, sudah pastilah saya ‘wow’ dan terkejut.
“Apa pun, ucapan tersebut juga secara tidak langsung memberi signal buat saya untuk terus cuba berikan yang terbaik dalam apa sahaja yang dilakukan, insyaAllah,” jelasnya yang turut memuat naik nota berkenaan menerusi Insta Stories Instagram.
Dalam perkembangan lain, drama Nur2 lakonannya juga sedang ditayangkan menerusi slot Samarinda di TV3.
Turut sama terlibat di dalam drama rantaian terbabit termasuklah Amyra Rosli, Azhan Rani, Noorkhriah, Azar Azmi dan ramai lagi.
Baru sahaja berlangsung Anugerah Meletop Ahad lalu yang menyaksikanKhai Bahar dan Siti Nordiana apabila berjaya mengungguli kategori utama Top Top MeleTOP Wanita dan Lelaki.
Namun lain pula dengan Naim Daniel yang memuat naik kapsyen sensasi sehingga menimbulkan reaksi pelbagai netizen.
“Thank you @meletop for making me come and not giving me any award.”