Pelakon Syafiq Kyle mengakui rasa terharu apabila penyanyi Anuar Zain ada memberikan dedikasi serta penghargaan buatnya ketika dia sedang menikmati makan tengahari di sebuah kafe di Bangsar, semalam.

Kata Syafiq ketika dihubungi MH, kejadian tersebut berlaku di luar sedar dan apabila mengetahui perkara tersebut, dia rasa cukup terkejut.

“Sedang mahu menikmati hidangan tengah hari bersama ibu, saya perasan Anuar Zain turut berada di kafe yang sama. Bagaimanapun tempat duduk kami agak jauh dan hanya saling berbalas senyuman.

“Namun apabila mahu buat bayaran selepas selesai makan, rupanya Anuar Zain yang terlebih dulu beredar dari premis berbekaan sudah pun melangsaikan bil menu kami bersama sekeping nota yang cukup membuatkan saya rasa terharu,” tambahnya.

Terima ‘Nota’ Dari Anuar Zain, Ini Reaksi Syafiq Kyle…

IKLAN

Bintang Nur 2 ini turut memberitahu, dia rasa teruja kerana nota tersebut hadir dari individu senior dan berpengaruh dalam bidang seni.

“Meski dia seorang penyanyi, namun ucapan serta penghargaan yang diberikan terhadap lakonan saya buatkan saya rasa gembira.

IKLAN

“Siapa yang tidak kenal dengan Anuar Zain yang sudah sinonim dengan bidang nyanyian di negara ini. Jadi bila penghargaan itu datang darinya, sudah pastilah saya ‘wow’ dan terkejut.

“Apa pun, ucapan tersebut juga secara tidak langsung memberi signal buat saya untuk terus cuba berikan yang terbaik dalam apa sahaja yang dilakukan, insyaAllah,” jelasnya  yang turut memuat naik nota berkenaan menerusi Insta Stories Instagram.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, drama Nur2 lakonannya juga sedang ditayangkan menerusi slot Samarinda di TV3.

Turut sama terlibat di dalam drama rantaian terbabit termasuklah Amyra Rosli, Azhan Rani, Noorkhriah, Azar Azmi dan ramai lagi.

Foto: Instagram Syafiq Kyle

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI