Gara-gara melakukan ‘prank’ bersama isterinya, super model Hailey Baldwin yang kononnya sedang berbadan dua, penyanyi pop, Justin Bieber akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka atas khilafnya itu.
Difahamkan, permohonan maaf tersebut dibuat Bieber menerusi Instagram selepas mendapat kritikan dari para peminatnya seluruh dunia.
Rata-ratanya mendakwa penyanyi lelaki itu tidak sensitif terhadap golongan wanita selain seperti mempersenda mereka yang sukar mendapatkan cahaya mata
Pemohonan maaf daripada penyanyi berusia 25 tahun itu antara lain tidak bermaksud untuk menyakiti perasaan mana-mana pihak.
““I didn’t at all mean to be insensitive to people who can’t have children. A lot of people I know, their first go to prank on April fools is telling their parents they are pregnant to get a big reaction. But I will apologize anyway and take responsibility and say sorry to people who were offended. I truly don’t want anyone to be hurt by a prank..,” tulis Bieber.
Bieber sebelum ini ada berkongsi foto yang merakamkan aksi isterinya yang seperti sedang diperiksa beberapa staff perubatan dan tidak lama kemudian, dia berkongsi foto hasil ujian hasil USG yang dilampir bersama gambar seekor anjing.
Menyifatkan ia sebagai gurauan, namun ia nyata silap apabila kebanyakan mengkritik teruk posting berkenaan.
Awal semalam, pelakon Luqman Hafidz ada memuat naik ‘nota ingatan’ buat diri sendiri bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada 14 April lalu.
Katanya, ketika diri sedang sibuk berkarya pada tarikh hari jadi, ketika itulah Dia mengingatkan dirinya mengenai kematian.
“Waktu diri rasakan konon nya sedang sibuk berkarya, sewaktu hari lahir ku , tuhan ingat kan mengenai kematian melalui detik ini.
“Itu karya yg maha agung,” tulisnya.
Pada masa sama, bintang Ola Bola itu turut berterima kasih terhadap semua ucapan serta kepada mereka yang mendoakan.
Terima kasih kepada semua yg mendoakan. Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya,” kongsi Luqman sambil disusuli dengan tanda palang #diayangkucinta #gangaries.
Mengimbau kembali detik melahirkan Mohd Arif Zikri pada 13 Mei tahun lalu, penyanyi dan usahawan Mila Jirin ada berkongsi pengalaman berharga di laman Instagramnya.
Tulisnya, ia merupakan satu pengalaman cukup melucukan apabila si suami terus bertanya sama ada anggota badan si comel sempurna atau tidak.
“ALHAMDULILLAH……
“Gambar paling MAHAL….few minute selepas melahirkan mu wahai anakku @arifzikri17 ….Waktu ni Mommy dalam operation room lagi…Arif jumpa Daddy @isz_mustapha for the 1st time….Daddy cakap waktu ni daddy rasa bersyukur sangat…Arif selamat, mommy selamat.
“Daddy punya lah excited sampaikam pertama kali jumpa arif daddy tanya nurse yang bawa arif tu “tangan cukup?? Kaki cukup???” ? Daddy pun tak tau kenapa tanya macam tu…excited sangat la tu.”
Tambahnya lagi, dia tidak mampu mengingati setiap yang berlaku kerana di bawah pengaruh bius.
“Waktu daddy iqamat pada telinga arif…perasaan sebak menghampiri…bersyukur sudah punya seorang zuriat…. Mommy???
“Mommy masih dibawah kawalan bius, so mommy ingat ingat lupa apa yang jadi…yang mommy ingat, pertama kali Mommy jumpa arif mommy cakap “Alhamdulillah sambil cium pipi arif”..lepastu doctor cakap suara arif high pitch macam mommy ???….lepas tu mommy dah tak ingat heheheheh
“The BEST part tu Arif baru lahir pun dah pandai tengok kamera…hahaha mana nak tumpah kuah kalau tak kenasi…
“Nurkilan buat Arif bila dah besar nanti jika IG ni masih wujud, baca tau… betapa Mommy dan Daddy kasih kan Arif…Sayang Arif .