Pelakon, Intan Najuwa akhirnya mendedahkan ikatan pertunangannya dengan ahli perniagaan, Razrul Anwad Rusli sudah pun berakhir.
Menyifatkan hubungan di antara mereka sudah tiada jodoh, bintang berusia 23 tahun itu bagaimanapun akui keputusan yang dibuat adalah selepas perbincangan dilakukan kedua-dua belah pihak.
Pada masa sama, Intan seperti yang dipetik mStar turut menjelaskan pendedahan yang dibuat adalah kerana dirinya tidak mahubekas tunang terpalit dengan kontroversi dalam industri seni.
“Hubungan saya dan dia (Razrul) sudah berakhir dan keputusan dibuat selepas kami berbincang dengan cara baik. Antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman.
Ads
“Bila berpisah itu, biarlah kami sahaja yang tahu. Saya berkongsi perkara ini pun sebab tak nak lagi dia terkait dengan saya memandangkan dia pun bukan dari bidang ini.
“Saya tak nak dia terlibat kalau ada apa-apa terjadi atau kontroversi berkaitan dengan diri saya. Biarlah dia jalani hidup tanpa ada gangguan,” jelasnya seperti yang dipetik.
Intan yang turut dikenali menerusi drama bersiri, Kekasih Paksa Rela ini turut berharap agar semua pihak faham situasi.
Ads
Pada masa sama, dirinya memohon agar ramaitidak menjatuhkan hukum dengan apa yang terjadi dan apa yang berlaku adalah ketentuan dariNya.
“Saya nak bersihkan nama saya dan dia selain nak jelaskan situasi hubungan kami sebelum ini. Saya harap semua orang faham dan tak judge dengan apa yang terjadi.
Ads
“Apa yang berlaku, di luar kuasa saya. Kami hanya mampu perancangan tapi tuhan yang menentukan. Jodoh, ajal dan maut itu ditanganNya,” ujarnya.
Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos tahun lalu di Hotel Thistle, Johor Baharu sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22.
Sumber: mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Fasha Sandha akhirnya mendedahkan jantina anak pertamanya bersama suami, pelakon Aidil Aziz.
Sambil memanjatkan rasa syukur, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu bakal bersalin bayi perempuan, tidak lama lagi.
Perkongsian gembira itu disampaikan Fasha menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram TV.
“It’s a GIRL . Syukur Alhamdulillah. Sejujurnya, ambil masa banyak hari juga memikirkan samada nak post atau tak video ni, akhirnya saya memilih untuk berkongsi pengalaman kehamilan saya kali ini, dengan harapan agar dapat membantu pasangan lain yang putus asa untuk mendapatkan zuriat.
“Saya dan suami diuji sebelum ni kerana pernah 2 kali kerana keguguran di awal kehamilan. Syukur Alhamdulillah tak lama lepas tu, Allah gantikan dengan kandungan yang sihat.
“Saya bertuah kerana mendapat nasihat daripada sahabat saya DS Vie Shanti untuk berjumpa dengan Dato Doktor Rafi. Saya juga pernah hampir berputus asa juga, tapi semangat yang diberikan oleh Vie dan suami, memberikan saya kekuatan untuk berjumpa doktor,” titip Fasha.
Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya matai ini tidak menafikan, hamil pada usianya ketika ini bukanlah suatu hal mudah, lebih-lebih dirinya turut alami alahan teruk pada awal kehamilan.
“Kehamilan diusia 35 bukanlah sesuatu yang mudah. Paling teruk alahannya, lemah, melepet, kena cucuk setiap minggu, makan Duphaston (ubat kuat rahim)3 kali sehari, sampai ada hari kena marah dengan suami dan Doktor sebab mengelat nak makan ubat.
“Ada juga pernah menangis teruk sebab kena marah combo. Suami marah, doktor pun marah. Alhamdulillah semua tu tak lama, lepas habis je trimester pertama dah tak perlu cucuk dan makan ubat lagi. Fuh lega.
“Alhamdulillah kini di Trimester ke 2 (15minggu), kandungan membesar dengan sihat. Syukur Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Sehingga hari ni, di atas pengalaman keguguran yang lalu, saya hanya tawakal dan redha, semoga kandungan ini sihat sehingga melahirkan nanti Insyaallah,” katanya.
Difahamkan, video yang dikongsikan itu adalah momen kejutan yang dirancang khsus buat suami dan anak-anaknya.
“Video ni kenangan hanya kami ber4, diatas bantuan deco saat akhir oleh kak @ainacopartynsuch dan Video drpd @reymokhtar. Hari tu Lepas dapat result Nipt mengesahkan baby sihat dan mengesahkan jantina baby, saya terus buat suprise pada mereka ber3 ni.
“Allahuakbar melompat kegembiraan suami, Rayfal dan Jemyma kerana bakal menerima seorang lagi ‘girl’ dalam Keluarga kami. Anak ibu, Cahaya ibu, semoga membesar dengan sihat sayang. My 2020 baby, Syukur.
“Terima kasih Suami tercinta, @vieshantiekhan ,Team Hosp Umra. Terima Kasih ALLAH. Ini adalah #instaikhlas khas drpd sy untuk membantu ibu2 lain. Cari masa untuk berjumpa dengan Dato Dr Rafi atau Datin Dr Ummul.
“Insyaallah berkat doa dan usaha, akan berhasil. Amin YRA. Kredit Lagu : Hari ini by Dayang &Hael #iburayfalraysha,” tulisnya panjang lebar.
Pelbagai reaksi yang diberikan netizen berhubung apa yang berlaku terhadap keluarga dan pihak balu Allahyarham Abam sejak ia menjadi perhatian beberapa hari lalu.
Dipercayai, ia bermula apabila video temu bual membabitkan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri bersama balu arwah, Siti Nurhidayah Mohd Ali.
Ia seterusnya mengundang reaksi Ali, adik kepada Allahyarham Abam.
Selain pengguna media sosial, ada rakan artis yang turut memberikan pendapat, antaranya Abby Abadi.
Bintang Gerak Khas itu berpandangan, meski walau apa pun alasan yang diberi, pendiriannya tetap bersama balu arwah serta anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.
Muat naik di Instagram itu berkisarkan krisis yang berlaku antara Ali dan Nurhidayah, yang dipercayai turut terkait dengan perkara lain.
“Hamzah oh Hamzah. Apapun alasan yg diberi.. Sy di pihak Baby & Mak Baby.
“Nanti nk gi melawat doranglah… nak bg baju/brg mainan Daiyan yg banyak2 tak guna & muat dah buleh ke?
“Baju Dayana ada cucu perempuan dah. Arwah Danial dah takde jadi baju Daiyan yg Sy kumpul nak bagi pada Baby Hamzah buleh kan @hidayah_abam.
“Maaf @acheykintangkintung pinjam gambar ye. Maaf @abbynadzri pinjam artikel awak & penjelasan lawyer.
“Itu juga kefahaman Sy mengenai hak seorang balu. Sayang Hamzah. Ada rezeki jumpa ye,” tulisnya memberi reaksi.
Penyanyi Adira Suhaimi setakat ini memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai gerangan lelaki misteri yang dimuat naik menerusi akaun Instagram, baru-baru ini.