Suami kepada pelakon Izara Aishah, Muhammad Adib Khalid merakamkan rasa syukur dan teruja kerana bakal menimang cahaya mata permata tidak lama lagi.
Aktres Ombak Rindu The Series itu dijangka bakal bersalin bayi perempuan, April depan.
Menyifatkan bayi yang bakal lahir sebagai satu rezeki yang tidak ternilai dariNya, Adib, 30, turut memberitahu andai diizinkan, dia sebolehnya mahu memiliki lebih ramai cahaya mata selepas ini.
Ads
“Alhamdulillah berkat doa yang baik-baik dari semua, akhirnya impian kami untuk memiliki cahaya mata termakbul, insyaAllah. Nama untuk bayi yang bakal lahir masih belum difikirkan lagi.
“Apa pun, jika diizinkan saya pasang impian untuk memiliki tiga atau empat orang anak,” katanya yang sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa.
Ads
Terdahulu, majlis kejutan ‘baby shower’ buat bakal ibu telah pun dilangsungkan di ibu kota pada Khamis bertemakan hijau pudina dan diraikan penuh meriah dengan kehadiran ahli keluarga serta sahabat terdekat Izara.
Sepanjang majlis, turut diadakan ialah sesi kuiz buat Izara dari ibu tercinta, Puan Safina serta dua mertuanya, YM Tengku Datin Sri Zawyah dan Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai sejauh mana persediaannya untuk bergelar ibu tidak lama lagi.
Difahamkan juga, bintang cantik itu tidak tahu menahu mengenai sambutan yang akan dibuat bagaimanapun gembira atas keraian dan dedikasi ramai yang mendoakan kesihatan buat ibu dan bayi yang bakal lahir.
Ads
Imbas kembali, pasangan sama cantik sama padan ini diijabkabulkan pada 2017 lalu.
Mawar Rashid beberapa hari lalu ada berkongsi perasaan syahdu serta rasa syukur apabila dapat mengerjakan umrah buat pertama kalinya.
Turut bersama-sama dalam rombongan umrah berkenaan ialah suami, Raf Yaakob serta anak lelaki mereka, Raden Muhammad Rafael.
Titip Mawar menerusi ruangan kapsyen pautan video yang dikongsi, perasaan yang dialami tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Malah, bintang utama drama bersiri TQ Captain itu dilihat turut menitiskan air mata di hadapan Kaabah selain merakamkan rasa syukur kerana dapat menjejakan kaki ke tanah suci.
“Dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mawar, suami, ibu dan Anak Mawar berpeluang mengerjakan umrah. Alhamdulillah kerana buka pintu rezeki kami ke Kota Mekkah untuk mengerjakan Umrah kami. Dah lama sbenarnya Mawar pasang niat akhirnya tertunai.
“Yakinlah wahai sahabat2, rezeki datang dari الله SWT. Bnykkan doa, usaha dan redha kepadaNya.
“Perasaan yg tak dpt digambarkan bila kali pertama menjejakkan kaki di masjidil haram. Rasa BAHAGIANYA, TENANGNYA, SAYUNYA,” tulisnya.
Mawar pada masa sama turut menyatakan, dirinya terasa kerdil dan mendoakan kebaikan kepada semua umat.
“Rasa macam dirini kecil sangat2, Mawar juga yakin peluang yg diberi Allah SWT ni utk perbetulkan diri Mawar kembali ke fitrahNya.
“YA ALLAH YA TUHANKU, Kau kurniakan kesihatan yang baik dan Kau panjangkanlah umur Daku, dan ahli keluargaku, dan kepada semua yg membaca.
Mungkin ada sesetengah pihak yang masih keliru mengenai hukum hakam berkongsi foto atau video bagi mereka yang telah meninggal dunia.
Lantas, perkara ini telah menarik perhatian Pencetus Ummah (PU) Azman atau lebih mesra disapa CikMan untuk menjawab persoalan ramai.
“Ada budaya di kalangan masyarakat berbunyi : “Jangan post tentang arwah banyak sangat, nanti arwah tak tenang di sana”.
“Kenyataan di atas tidak betul sama sekali. Perbuatan orang hidup tidak bagi kesan langsung kepada orang mati DALAM HAL INI.
“Tiada masalah menceritakan kebaikan orang mati sebagai pengajaran dan semangat kepada yang hidup. Tiada masalah postkan foto kenangan yang sopan, tutup aurat dan syar’iey sebagai melepas rindu. Hal ini tidak bermakna yang mengepost itu tidak redha. Redha atau tak ni perbuatan hati. Kita orang luar tak boleh nak nilai.
“Bahkan jika yang hidup melakukan perbuatan yang dilarang iaitu meratap (melampau), juga tidak bagi kesan kepada si mati. Bahkan si pelaku yang masih hidup itu sahaja yang mendapat kesan dosa atau tidak. .
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ . Maksud :”dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain”.
“Ramai di kalangan kita yang selalu postkan tentang kerinduan kita dan kebaikan orang-orang soleh di zaman silam, sekalipun mereka telah meninggalkan kita ratusan tahun. Seumpama Imam Syafie dan sewaktu dengannya.
“Cuma pesanan pada kita-kita yang post ni (termasuk Cik Man) agar sentiasa bimbing jiwa supaya tak terkeluar dari batas redha.
“Sekian dari Cik Man. Hanya rindu,” jelasnya panjang lebar.
Menerusi ruangan komen, rata-rata kini jelas dengan kekeliruan tersebut.
Dalam perkembangan lain, Azman kini sedang sibuk menjalani pengambaran drama bersiri kanak-kanak Salam Squad yang akan ditayangkan di Astro Ceria (611) bermula Mei ini.
Foto : Instagram PU Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon jelita, Mia Ahmad kini sedang hamil anak keduanya yang kini sudah mencecah usia hampir 6 bulan.
Menerusi akaun Instagram miliknya, bintang drama bersiri Hati Perempuan ini ada berkongsi cerita kehamilan bersama peminatnya.
Aktres berusia 32 tahun ini memaklumkan dirinya mengalami pendarahan di peringkat awal kehamilan gara-gara terlampau aktif melakukan aktiviti berbasikal.
“Anak bujang mommy ni dah lama mommy tak dukung dia so terasa betul beratnya nak dukung dia. Early pregnancy haritu Mia bleeding doctor cakap maybe sbb terlampau active pastu naik bicycle carry Issa tu pula kat belakang.
“I don’t know lah pregnancy kali ni macam rasa smooth sgt, tak rasa macam pregnant sbb tu lah active buat itu ini.. Issa pun baik sangat except time dia nak wean off dulu tu je.
“Alhamdulillah… Harap urusan deliver and confinement nanti pun Allah permudahkan. InsyaAllah.
“Mommies yang anak ada masalah berat badan boleh cuba minum susu @rayyansusukambinhq,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat mendoakan agar segala urusan Mia dipermudahkan.
Imbas kembali, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, iaitu Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa yang kini berusia setahun.
Video: Instagram Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!