Pelakon, Intan Najuwa akhirnya mendedahkan ikatan pertunangannya dengan ahli perniagaan, Razrul Anwad Rusli sudah pun berakhir.

Menyifatkan hubungan di antara mereka sudah tiada jodoh, bintang berusia 23 tahun itu bagaimanapun akui keputusan yang dibuat adalah selepas perbincangan dilakukan kedua-dua belah pihak.

Pada masa sama, Intan seperti yang dipetik mStar turut menjelaskan pendedahan yang dibuat adalah kerana dirinya tidak mahubekas tunang terpalit dengan kontroversi dalam industri seni.

“Hubungan saya dan dia (Razrul) sudah berakhir dan keputusan dibuat selepas kami berbincang dengan cara baik. Antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman.

IKLAN

“Bila berpisah itu, biarlah kami sahaja yang tahu. Saya berkongsi perkara ini pun sebab tak nak lagi dia terkait dengan saya memandangkan dia pun bukan dari bidang ini.

“Saya tak nak dia terlibat kalau ada apa-apa terjadi atau kontroversi berkaitan dengan diri saya. Biarlah dia jalani hidup tanpa ada gangguan,” jelasnya seperti yang dipetik.

Intan yang turut dikenali menerusi drama bersiri, Kekasih Paksa Rela ini turut berharap agar semua pihak faham situasi.

IKLAN

Pada masa sama, dirinya memohon agar ramai  tidak menjatuhkan hukum dengan apa yang terjadi dan apa yang berlaku adalah ketentuan dariNya.

“Saya nak bersihkan nama saya dan dia selain nak jelaskan situasi hubungan kami sebelum ini. Saya harap semua orang faham dan tak judge dengan apa yang terjadi.

IKLAN

“Apa yang berlaku, di luar kuasa saya. Kami hanya mampu perancangan tapi tuhan yang menentukan. Jodoh, ajal dan maut itu ditanganNya,” ujarnya.

Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos tahun lalu di Hotel Thistle, Johor Baharu sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22.

Sumber: mStar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI