
Penyanyi Sissy Iman tidak menafikan hasratnya untuk mengendalikan acara muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL) menjadi impian yang sudah terpendam lama.
Menurut Sissy atau nama sebenarnya, Sissy Imann Mohammad Kamil dia teruja apabila diberi kepercayaan untuk menjadi hos AJL ke 39 di samping pengacara senior, Naz Rahman.
Impian Sejak Tiga Tahun Lalu
“Few years ago, masa Sissy mengacarakan Muzik-Muzik 36 selama setahun, besar impian Sissy simpan dalam hati untuk jadi host AJL 36 tapi masa itu dapat jadi host red carpet & backstage.
“Itu pun dah syukur alhamdulillah seronok sangat. But little did i know, Allah dah susun rupanya untuk AJL39. The news is out. Alhamdulillah. Who would’ve thought,” jelasnya.
Perkara itu diluahkan Sissy menerusi hantaran terkini yang dikongsikan menerusi Instagram, hari ini.
View this post on Instagram
Percaya Rezeki
Malah Sissy turut memaklumkan dia dan rakan hos melakukan persediaan beberapa kali bersama pihak produksi.
“Masa mula-mula Sissy diberitahu memang tak percaya tapi semuanya tak semudah yang disangka.
“After Sissy dapat tahu Sissy antara host yang TV3 pilih, Abang Naz and I went through several sessions of mock run together with the production team for this to be reality.
“Sissy faham akan ada reaksi yang pelbagai daripada semua tapi itulah, Kun Fayakun. Bila Allah kata jadi, maka jadilah. Allah dah berkehendak.
“Sissy percaya ini semua terjadi atas doa ayahnda bonda dan juga doa semua yang seikhlasnya menyokong Sissy. Bagi Sissy peluang ya semua? Doakan, insyaAllah,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
View this post on Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI