Sempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi, penceramah terkenal, Ebit Lew berkongsi nasihat kepada masyarakat di luar sana agar sama-sama merebut pahala berbuat khidmat.

Ulasnya, menyediakan sahur dan berbuka puasa teramat besar nilainya di sisi Allah.

Paling best balik jauh bila dapat masak untuk bidadari dan anak-anak. Walau jarang sangat. Dapat makan sama-sama. Bersepah dapur ayah masak. Anak-anak berlari makan dekat saya. Nikmatnya bila dapat beri masa bersama bidadari dan anak-anak. Suap bidadari dan anak-anak. Bestnya

“Ramadhan berapa hari jer lagi indahnya jika kita bawa keluarga dekat pada Allah. Sejuk Ramadhan dah makin terasa. Bulan bahagia kasih sayang, belas kasihan, hati lembut, doa sangat makbul, dosa diampunkan. Solat awal waktu, tarawih,qiamulail,baca AlQuran, buat Talim.

“Kasihan semua mak-mak dah siap menu sepanjang Ramadhan demi suami dan anak-anak.”

IKLAN

Dia turut berkongsi kisah sahabat Rasulullah SAW,  Saidina Umar yang terbakar janggutnya semata-mata untuk membantu sebuah keluarga miskin pada tengah malam.

“Orang yang menyediakan sahur dan berbuka puasa teramatlah besar nilainya di sisi Allah. Kita dapat pahala macam orang yang berpuasa. Bergilir-gilirlah dan saling membantu dalam khidmat buat ahli keluarga dan juga orang lain. Jamu orang miskin dan anak yatim.

Teringat Saidina Umar ra khalifah mulia bawa guni barang dapur dan masak untuk sebuah keluarga miskin tengah malam atas bukit dalam khemah. Hidupkan api sampai janggut dan wajahnya kena asap. Layan dan lihat anak mereka bermain. Katanya melihat anak ini tadi menangis lapar buat rasa sedih dan melihat mereka bermain kekenyangan buat rasa bahagia.”

IKLAN

Tegasnya, bulan Ramadan adalah bulan mengumpul pahala dan rebutlah peluang yang ada.

Ayuhlah kita bantu isteri atau anak-anak bantulah ibu. Sekali sekala buat giliran yang dewasa siapkan sahur dan berbuka. Atau sama-sama buat dengan kasih sayang dan cinta. Bulan penuh rahmat dan keampunan Allah.

“Orang yang paling untuk orang khidmat. Semua orang yang puasa, solat, baca al-Quran, zikir dan semua kebaikan mereka dapat pahala. Tetapi orang yang khidmat menyediakan sahur dan berbuka buat mereka paling besar pahala. Dia dapat kebaikan puasa dan semua amal ahli keluarga.

IKLAN

“Berebut-rebutlah siapkan juadah sahur dan berbuka buat seramai mungkin kerana Allah. Semoga Allah sayang kita semua-ebitlew #keluargasunnahTour2019 #perbaikiDiri,” tulisnya.

View this post on Instagram

Paling best balik jauh bila dapat masak untuk bidadari dan anak-anak. Walau jarang sangat. Dapat makan sama-sama. Bersepah dapur ayah masak. Anak-anak berlari makan dekat saya. Nikmatnya bila dapat beri masa bersama bidadari dan anak-anak. Suap bidadari dan anak-anak. Bestnya . Ramadhan berapa hari jer lagi indahnya jika kita bawa keluarga dekat pada Allah. Sejuk Ramadhan dah makin terasa. Bulan bahagia kasih sayang, belas kasihan, hati lembut, doa sangat makbul, dosa diampunkan. Solat awal waktu, tarawih,qiamulail,baca AlQuran, buat Talim. Kasihan semua mak-mak dah siap menu sepanjang Ramadhan demi suami dan anak-anak . Orang yang menyediakan sahur dan berbuka puasa teramatlah besar nilainya di sisi Allah. Kita dapat pahala macam orang yang berpuasa. Bergilir-gilirlah dan saling membantu dalam khidmat buat ahli keluarga dan juga orang lain. Jamu orang miskin dan anak yatim. Teringat Saidina Umar ra khalifah mulia bawa guni barang dapur dan masak untuk sebuah keluarga miskin tengah malam atas bukit dalam khemah. Hidupkan api sampai janggut dan wajahnya kena asap. Layan dan lihat anak mereka bermain. Katanya melihat anak ini tadi menangis lapar buat rasa sedih dan melihat mereka bermain kekenyangan buat rasa bahagia . Ayuhlah kita bantu isteri atau anak-anak bantulah ibu. Sekali sekala buat giliran yang dewasa siapkan sahur dan berbuka. Atau sama-sama buat dengan kasih sayang dan cinta. Bulan penuh rahmat dan keampunan Allah. Orang yang paling untuk orang khidmat. Semua orang yang puasa, solat, baca al-Quran, zikir dan semua kebaikan mereka dapat pahala. Tetapi orang yang khidmat menyediakan sahur dan berbuka buat mereka paling besar pahala. Dia dapat kebaikan puasa dan semua amal ahli keluarga. Berebut-rebutlah siapkan juadah sahur dan berbuka buat seramai mungkin kerana Allah. Semoga Allah sayang kita semua-ebitlew #keluargasunnahTour2019 #perbaikiDiri

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Semoga kedatangan Ramadan ini, kita lebih menjaga lisan dan penulisan dalam memberi komen dan pendapat ya.

Foto : Instagram Ebit Lew

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI