“3 Kali Peristiwa Cermin Kereta Pecah, Jauh Sangat Perjalanan Azil Mengamuk,” – Zarina Zainuddin Dedah Kisah Balik Kampung Beraya

Pelakon Zarina Zainuddin ada berkongsi kisah mereka sekeluarga setiap kali pulang ke kampung menjelang raya.

Jika kebanyakan daripada kita rasa bahagia setiap kali menuju ke kampung halaman, namun pelakon senior ini mengakui terpaksa menempuh dugaan.

View this post on Instagram

Ya Allah Hari raya nak dekat ni Tahun lepas tengah malam buta saya drive balik kelantan itu pun raya pertama pagi raya di kl petang saya gerak ke Ipoh rumah mak saya.. tapi sekejap jer kt sana trus gerak ke Kelantan ..saya yg drive ..suami drive takut dia tak nampak jalan.. Tahun ini ..terfikir fikir camana nak balik azil kalau lama2 dlm kereta pun tak boleh ..teringat saya dulu2 on the way balik kelantan cermin kereta pecah ..3 kali peristiwa cermin kereta pecah semuanya masa kami balik Kelantan..jauh sangat perjalanan dlm kereta dia mengamuk dlm kereta..tu sebab saya balik time mlm azil dah tido .. Seronok balik kampung saya nak anak2 rasa suasana kt kampung .. Tapi kami beraya penuh dengan dugaan .. bukan semua saya kongsikan..orang pun dah jelak tengok .. Hailaa raya.. kat mana agaknya kita beraya tahun ni.. ya anak2 ku

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

“Ya Allah. Hari raya nak dekat ni. Tahun lepas tengah malam buta saya drive balik kelantan itu pun raya pertama pagi raya di kl petang saya gerak ke Ipoh rumah mak saya.

IKLAN

“Tapi sekejap jer kt sana trus gerak ke Kelantan ..saya yg drive ..suami drive takut dia tak nampak jalan.. Tahun ini ..terfikir fikir camana nak balik azil kalau lama2 dlm kereta pun tak boleh.

“Teringat saya dulu2 on the way balik kelantan cermin kereta pecah ..3 kali peristiwa cermin kereta pecah semuanya masa kami balik Kelantan..jauh sangat perjalanan dlm kereta dia mengamuk dlm kereta..tu sebab saya balik time mlm azil dah tido,” kongsinya.

Malah katanya lagi, dia memang rasa teruja untuk pulang ke kampung bagi memberi peluang buat anak-anak untuk menikmati raya dalam susasana desa.

IKLAN

Bagaimanapun, dia mengakui bukan semua dugaan yang dikongsikan.

“Seronok balik kampung saya nak anak2 rasa suasana kt kampung .. Tapi kami beraya penuh dengan dugaan .. bukan semua saya kongsikan..orang pun dah jelak tengok .. Hailaa raya.. kat mana agaknya kita beraya tahun ni.. ya anak2 ku,” maklum Zarina lagi.

Foto: Instagram Zarina Zainuddin