Usahawan yang juga teman kepada Sajat, Coach Yin baru-baru ini ada memuat naik beberapa foto serta video berkenaan dengan kecelakaan jalan raya yang dialaminya.
Ketika kejadian, difahamkan Yin sedang dalam perjalanan menuju ke Cameron Hihgland.
Lalu, menerusi perkongsian foto dan video menerusi Instagram itu, Yin ada memuat naik satu lagi entri terbaru mengenai kemalangan yang berlaku, tetapi kali ini berkenaan dengan kecederaan yang dialami.
Semuanya gara-gara ada netizen yang rasa pelik mengenai kondisinya yang dikatakan tidak mengalami apa-apa kecederaan serius.
Bagaimanapun, apabila dimasukan ke hospital, kelihatan pula beberapa kesan cedera.
Ads
“Kat video yang time kemalangan tu, muka elok je. Kenapa tetiba tampal sana sini tu. Lawak you,” tulis seorang pemilik akaun.
Lalu, komen berkenaan dijawab Yin menerusi menyatakan dagunya terkoyak hingga menyebabkan dia terpaksa menerima jahitan.
Ads
“Alahai mcm ni pun ad,,xkn la sy nk snap gambar masuk 1 per 1 dlm ig,, kepada pemilik acc Lisadesperado martopo,nah nk tgok sgt luka kt dagu sy,,hidup ni jgn duk jaga tepi kain org sgt,,nama very2 mcm org colombiA.
“Ke sis ni adik kepada penyanyi lagu despacito demetucosita,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sambil meminta supaya netizen tidak terlalu menjaga tepi kain orang sangat, ramai juga yang turut bersetuju dengan apa yang dinyatakan Yin menerusi ruangan komen.
Bersempena dengan ulang tahun ke-10 kelahiran anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli, pelakon Nora Danish baru-baru ini ada menitipkan dedikasi istimewa buat puteranya itu.
Melewati kisah silamnya saat mengandungkan Rayqal, kini semuanya telah berlalu dengan 1001 nikmat kesyukuran kerana masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.
Selain merakam kembali memorinya bersama anak tersayang, pelakon yang sinonim menerusi drama bersiri, Puteri ini juga ada mendedahkan mengenai situasi yang dihadapi saat mengandungkan Rayqal.
Berikut merupakan perkongsian yang dibuat Nora menerusi Instagram miliknya;
“7th January 2009 at 11.40pm he was born. Putra Rayqal Ramli , the name Rayqal was given by his daddy. Yusuff was the actual plan but somehow saya akur dengan nama itu. ?
“When he was born , i was 26 years old. Membesarkan Rayqal dengan sendiri bersama bantuan my mother’s , Mama & Mummy @rajanoora. Merekalah suami saya ketika itu.
“From day one I did my check up mummy teman, sampailah masuk labour room nak melahirkan. ? I remembered my first argument that I had with mummy when Rayqal was still dalam pantang, mummy insisted untuk Rayqal tido Di rumah mummy & I was so upset. Hahah.
“Those days. Kalau semua nak tawu, Rayqal loves his Tah & Atok first , baru mommy dia n the rest. Heheh. That shows how much love Tah & Atok curahkan. & I am so blessed. Syukur sangat. Sebab tu pertalian antara kami tidak pernah putus walau macam mana pun. Cuz we are more like a family then ex in laws.
“To tell u the truth, i was weak , so weak semasa mengandungkan Qal. I cried every single day. & at the same time I needed to be strong for my baby, my fans,my family yang selalu support me day & night. I was lost. I had nightmares, i cudnt sleep well. I prayed everyday , baca yasin every solat & mama had to give me air to drink from Ustaz Harun Din just to make sure that I akan ok & will be ok. Something that I don’t want anyone in this world to experience.
“And Alhamdullilah , all that disappeared when I saw him ?, my putra for the first time , I held him tight, & he opened his little sepet eyes n looked at me while I fed him. Then I realised..He is the reason. He is why! He is my kekuatan! He is my Anugerah! He is the love of my life & that time i know straight away that I will be OK! ? Rayqal’s father (Jejai ) & me, will always be a good friend, cuz we both know what is the best for the both of us.
“Semasa mahkamah nak bercerai pun kita boleh gelak gelak cuz ketawa kan orang lain dalam kandang mahkamah. Our relationship is one in a mil. Hahahha. Bro fer life !
“I sedar & belajar banyak dalam Hal ini, Allah akan duga kita , mungkin sampai tidak tertanggung , tetapi ujian itulah yang akan buat kita jadi lebih baik di masa akan datang,” tulisnya panjang lebar.
Nora Danish mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, Nedim Nazri pada Mac 2017 yang mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neyqal Nedim, 11 bulan.
Pelakon dan pengacara Janna Nick memohon orang ramai agar tidak terlalu menzahirkan rasa simpati terhadap dirinya dan suami, Dini Schatzmann, meskipun mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.