Hos dan penyampai radio, Fizi Ali berbesar hati apabila dapat bersama-sama menjayakan projek Kasih Ramadan inisiatif Yayasan Ikhlas (YI) yang diusahakan bagi membantu golongan anak yatim dan golongan asnaf di Malaysia yang menempuhi kesusahan di bulan puasa.
Menurut Fizi, ia merupakan salah satu kerja amal yang telah diusahakan yayasan berkenaan sejak tahun 2014 dan masih diteruskan sehingga kini.
“Saya bersama Yayasan Ikhlas tahun ini dan sangat teruja kerana dapat sama-sama menolong golongan seperti anak yatim, keluarga asnaf yang menetap di PPR Sungai Besi untuk berbuka dan bersahur.
“Antara barangan yang turut diberikan antaranya set kelengkapan raya seperti baju Melayu, baju kurung, kuih raya selain duit raya RM100.
“Ada juga berikan pek iftar dan sahur serta kotak makanan mengandungi keperluan harian. Malah saya juga sempat kacau bubur lambuk dengan ‘team’ Yayasan Ikhlas seterusnyadibahagikan di surau berdekatan.
“Untuk makcik dan pakcik yang tidak berupaya, kita bersama ahli jemaah masjid turun padang menghantar bantuan terus ke rumah,” katanya.
Satu usaha murni yang perlu diteruskan, Fizi memuji objektif dan mengalu-ngalu semua pihak untuk sama-sama menghulurkan bantuan.
“Saya puji usaha Yayasan Ikhlas ini selain di sekitar semenanjung, mereka juga terbabit dengan misi bantuan di Sabah, Sarawak.
“Hebat dengar cerita misi mereka. Mana tahu boleh buat misi sama ke luar negara pula, Insya-Allah. Yang nak menderma dan menyumbang, silalah berbuat demikian. Tak dapat sumbang duit dengan tenaga pun boleh,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, seramai 36,689 penerima manfaat di kalangan asnaf, anak yatim, ibu tunggal, OKU dan pesakit telah dibantu tahun lalu menerusi projek seumpamanya.
Menurut Pengerusi YI, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, tahun lalu bantuan disalurkanmerangkumi 146 buah tempat di seluruh Malaysia serta Sabah dan Sarawak.
Sementara bagi tahun ini, sudah 15,691 penerima sudah menerima manfaat itu dengan jumlah sasaran keseluruhan 25,000.
“Tahun ini kita teruskan bantuan termasuk di sekitar Lembah Klang. Malah khidmat penyampai radio Hot FM, Fizi Ali turut digunakan sebagai perantara memeriahkan projek ini dengan turun padang ke lokasi berkenaan.
“Tiga bantuan disalurkan termasuk pertama kotak makanan mengandungi barang keperluan harian bernilai RM100 bagi setiap keluarga. Ia termasuklah sekampit beras, sepaket bihun dengan berat 400 gram, minyak masak, tepung gandum, gula, kicap, sos cili, kordial berperisa dan sekotak kurma.
“Kedua, pek Iftar dan Sahur yang siap dimasak diagihkan kepada anak yatim dan keluarga asnaf. Ketiga, set kelengkapan raya bernilai RM200 seperti baju, biskut dan sumbangan duit,” katanya.
Ads
“Siapa mampu menyangka dengan bantuan satu beg ini boleh memberi kegembiraan tak terkata kepada mereka. Mungkin bagi kita, ia nampak biasa dan remeh. Tetapi bagi yang menerima, ia amat berharga.
“Malah Fizi turut mengambil cakna meminta orang ramai menghulurkan sumbangan dan bantuan. Ke depan nanti ada lagi pembabitan selebriti dan pempengaruh melakukan projek seterusnya.
“Untuk menyumbang boleh layari laman web rasmi atau terus hulurkan sumbangan ke akaun bank YI (Maybank) 562834636228 di bawah rujukan kasihramadan23,” katanya lagi.
Dalam pada itu, sejak ditubuhkan pada 5 Mac 2009, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini terus berbakti meringankan kesusahan mereka yang memerlukan.
Ads
Ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258), yayasan ini sinonim membantu golongan anak yatim, orang kurang upaya (OKU), fakir dan mereka yang dilanda musibah serta malapetaka.
Malah di samping itu, yayasan yang berpaksikan empat teras iaitu komuniti, pendidikan, kesihatan dan pengurusan bencana ini turut menawarkan biasiswa atau insentif kepada individu mahupun berkumpulanbagi kerja pelajaran dan pendidikan di Malaysia.
Hingga kini sejak penubuhannya, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin selaku Pengerusi YI berkata, seramai 385,904 orang dan 29 agensi kerajaan sudah menerima manfaat dan bantuan yang disalurkan.
“Mereka yang dibantu termasuklah pesakit COVID-19, anak yatim, masyarakat pedalaman berbilang kaum dan agama di semenanjung termasuk Sabah serta Sarawak.
“Tak lupa pesakit Cerebral Palsy, OKU, ibu tunggal, mangsa kebakaran, mangsa banjir, pelajar universiti, bekas atlet, bekas wartawan dan ramai lagi.
“Kita mahu terus berbakti menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Malah misi kita mahu menjadi sebuah yayasan global yang memberi perkhidmatan tanpa batas waktu dan tempat menjelang 2030,” katanya.
Terdahulu, pihaknya turut membantu meringankan beban mangsa banjir besar sebelum ini membabitkan sukarelawan seramai 604 orang.
Mereka termasuklah pempengaruh dan selebriti seperti Bell Ngasri, Farah Lee, Alif Teega, Aisyah Hijanah dan ikon Kementerian Belia dan Sukan, Muhammad Haziq Abd Rahim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Persembahan penyanyi Aina Abdul menerusi segmen ‘tribute’ kepada rakan artis, Allahyarhamah Siti Sarah menerusi lagu Ke Hujung Dunia menjentik jiwa ramai.
Nyanyian penuh emosi dan tersendiri yang dibawa artis berkenaan di malam Anugerah MeleTop Era 2021 (AME2021) pada Ahad.
Aina turut berkongsi beberapa hantaran mengenainya di Instagram.
Shuib kini memikul tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat orang anak selepas Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usai pernikahan antara pereka terkenal, Rizman Nordin bersama pasangan Nurida Suraya pagi tadi, primadona tanah air, Hajjah Erra Fazira ada menitipkan ucapan istimewa buat kedua mempelai.
Titipan dan harapan berharga dari rakan baik itu dikongsikan bintang ini menerusi Instagram.
Herion Hingga Hujung Nyawa ini memaklumkan, bahtera rumah tangga pasti akan ada pasang surutnya, namun hadapinya dengan tenang.
“Ya Allahhhh.. menitis airmataku dipagi hari yg penuh baraqah ini.. betapa terharu dan bahagianya melihat seorang lagi adikku @rizman.n mengakhiri zaman bujangnya.. segala doa dan hajatmu dik, kini termakbul.
“Layarilah bahtera rumahtangga kalian dengan penuh kasih sayang dan manja tawa, pasti akan ada pasang surut tika sedang mengemudi bahtera namun itu hanyalah sebahagian dari perjalanan hidup, dlm pahit ada manis, dalam tangis ada tawa.. tiada yg indah selamanya.. tiada juga yg pahit selamanya.. yang kekal selamanya.. HANYALAH DISANA KELAK,” tulisnya.
Pengacara Mingguan Wanita ini turut menyifatkan perjalanan jejaka ini cukup jauh sebelum menemui destinasi bahagia di depan mata.
“Adikku.. jauh pengembaraanmu untuk menemui destinasi ini.. bertahun mengatur langkah dgn sejuta doa dan harapan.. maka nikmatilah bersama destinasi ini dengan penuh rasa syukur dan hargai setiap detik dan waktu didunia ini hingga pertemuan kalian seterusnya InsyaAlah disyurga kelak.
Rizman dan Nurida Suraya bertunang pada Jun lalu selepas setahun lebih mengenali hati budi.
Pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Antara rakan selebriti yang turut menjadi saksi ijab kabul mereka termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Fazura.
Foto : Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah dan pelawak popular, Datuk Afdlin Shauki mengakui dirinya juga merupakan antara selebriti yang turut terkesan ketika fasa pandemik Covid-19 ini.
Memurut Afdlin, sepanjang tempoh pandemik ini, dia jarang mendapat tawaran pekerjaan samaada daripada segi pengarahan mahupun persembahan-persembahan luar.
“Tidak dinafikan saya memang agak terkesan sepanjang tempoh pandemik ini. Kalau saya cakap saya tak struggle, itu maknanya saya tipu.
“Bayangkan dalam masa dua tahun lebih, kita tak dapat nak buat apa-apa dan tak boleh kerja. Saya ni bukan pengarah je. Saya juga berlakon, buat stand up comedy dan menyanyi. Itu semua saya tak boleh buat.
“Kalau dulu tiada job berlakon, saya boleh buat kerja-kerja lain tapi tidak pada fasa pandemik ini,” katanya kepada MH.
Lantaran itu, pengarah filem Papadom ini memaklumkan dia telah mengambil inisiatif untuk memulakan bisnes bercucuk tanam dengan kerjasama pihak Kementerian Peretanian dan Industri Asas Tani
“Jadi, saya putuskan untuk berkebun. Saya membuka kebun sayur-sayuran saya sendiri di Sendayan, Negeri Sembilan. Ia merupakan sebuah projek pertanian dengan usahasama pihak kementerian.
“Mereka membuka beberapa buah greenhouse dan kami yang usahakan. Segalanya bermula sewaktu fasa PKP yang pertama dahulu.
“Sekarang ini fokusnya pada daun sup. Sebelum ini kami usahakan kobis cina. Keluasan greenhouse saya tidaklah terlalu besar. Saya bekerjasama dengan beberapa orang lain juga.
“Saya dah pun merasai hasilnya. Hasil tanaman ini kami hantar kepada pengeluar seperti di pasar borong dan FAMA,” kongsinya lagi.
Afdlin berkata sedemikian dalam satu temuramahnya bersama MH baru-baru ini.
Ketika ditanya adakah dia gembira dengan bisnes yang dijalankannya itu, Afdlin memberi tahu, ia merupakan peluang yang tidak patut dilepaskan.
“Saya buat semua ini kerana kita ini merupakan problem solver. Orang-orang filem ini selalu cari jalan untuk menyelesaikan masalah.
“Meski bercucuk tanam ni bukan passion saya, tapi bila tengok situasi pada ketika itu, walaupun pandemik, orang tetap mencari bahan makanan. Bermula dari situ saya mulakan bisnes ini,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Afdlin memaklumkan dia sedang sibuk menyiapkan filem terbarunya yang berjudul, Baik Punya Ahlong.
Filem yang memiliki bajet yang agak besar ini menampilkan pelawak popular negara Zizan Razak dan Johan sebagai pelakon utama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jika Malaysia akan diwakili oleh filem Abang Adik, Singapura pula telah memilih filem La Luna sebagai wakil mereka bagi kategori filem cereka antarabangsa terbaik...