Peguam mewakili Syamsul Yusof, Azmi Mohd Rais mendedahkan pengarah itu dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana telah mencapai kata sepakat mengenai penyelesaian tuntutan perceraian.
Menurut Azmi, berlaku perbincangan saat akhir pada malam Ahad melibatkan Syamsul dan Puteri Sarah bagi membincangkan perkara berkaitan.
“Pada hari ini ditetapkan tarikh sebutan seterusnya untuk kes cerai ini.
“Sepatutnya hari ini adalah untuk menerima laporan jawatankuasa pendamai (JKP) yang telah dijalankan sebelum ini.
“Tetapi sebelum ia berlaku, kami maklumkan kepada Hakim, kedua-dua pihak telah berjumpa sesama sendiri malam semalam dan telah mencapai kata-kata sepakat mengenai penyelesaian tuntutan perceraian.
“Jadi kami baru mendapat terma pada pagi tadi dan terus membuat draf perjanjian.
“Lalu kami telah menyerahkan sesalinan draf perjanjian itu kepada kepada peguam pihak sana untuk disemak, tertakluk kepada persetujuan pihak sana,” katanya kepada MH.
Ads
Ketika ditanya adakah jalan yang diambil menjadi petanda Syamsul bersetuju berpisah cara baik, Azmi mengiyakan perkara terbabit.
“Insya-Allah, begitulah cerita dia dengan perjanjian tersebut.
“Perjanjian penyelesaian perceraian yang merangkumi hak-hak isteri selepas cerai, hadanah, nafkah anak dan juga global, kes-kes lain seperti kes nusyuz. Tunggu minggu hadapan,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, Syamsul hanya mengulas ringkas mengenai prosiding hari ini dan mengharapkan yang terbaik untuk semua pihak.
“Semua sudah selesai, semua demi kebaikan anak-anak. Saya tak nak cakap lebih-lebih,” komen Syamsul ringkas.
Penyanyi Nuha Bahrin tampil memberikan reaksinya selepas ditanya mengenai pelbagai pendapat yang diberikan ramai susulan penggunaan perkataan ‘denyut’ terhadap lirik lagu Casablanca yang turut menampilkan rakan duet, Naufal Azin.
Sebagai penyanyi, Nuha atau nama sebenarnya Nuha Sakina Saiful Bahrin, 21, ketika dihubungi berkata, dia tidak boleh memberikan ulasan secara terperinci.
Bagaimanapun dia terbuka terhadap setiap komen yang diberikan semua pihak.
“Bagi saya, masing-masing ada pandangan sendiri. Saya tak kisah sekiranya orang di luar sana berikan pendapat sama ada perkataan ‘denyut’ itu tidak tepat atau pun ada perkataan yang lebih sesuai.
“Pada saya dua-dua pun betul saja. Apa pun, terserahlah kepada pendengar, mana yang lebih sesuai atau sedap didengar bagi mereka. Saya tak boleh nak berikan komen lanjut mengenainya,” katanya kepada MH.
Terdahulu, penggunaan perkataan tersebut kecoh diperdebatkan di media sosial selepas seorang guru mengulas penggunaan perkataan denyut dan degup.
Atas pendapat yang diberikan, ramai yang tampil memberikan reaksi masing-masing.
Terharu atas penerimaan baik terhadap lagu ciptaan komposer Daqmie & Wan Saleh dan lirik oleh Daqmie & Abdulkarim Al Ali itu, Nuha menyifatkan ia sebagai rezeki.
“Ia sambutan yang tidak disangka-sangka sebenarnya. Sesuatu yang besar dan saya sendiri tidak menyangka. Pada masa sama, saya bersyukur atas apa yang Allah sudah bagi sekarang.
“Sebab rezeki yang saya dan Naufal Azrin terima ini bagi saya sesuatu yang melimpah ruah. Malah saya gembira apabila lagu ini turut mendapat sambutan hingga ke Indonesia, alhamdulillah,” katanya lagi.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama pelakon dan hos, Uyaina Arshad menjadi perhatian penonton apabila dia secara tiba-tiba tergelincir ketika bersiaran secara langsung di program Wanita Hari Ini di TV3, baru-baru ini.
Menerusi satu video pendek yang dimuat naik Uyaina di Instagram, kelihatan bintang tersebut dilihat hampir terjatuh. Dia bagaimanapun bijak mengawal keadaan sehingga tamat segmen yang dibawa secara langsung.
Menerusi ruangan kapsyen, Uyaina seolah menbayangkan apa sahaja perkara sama ada baik atau sebaliknya berkemungkinan boleh berlaku ketika bersiaran secara langsung.
“Sometimes, sh*t happens during live. Kita gelak jelah huhuhuhu,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat turut memberikan reaksi dan memuji caranya dalam mengawal hal yang tidak sepatutnya berlaku secara ‘live’ dengan baik.
Sementara menerusi ruangan sama, Uyaina turut ditanya bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.
“Untuk sponsor segment, kitaorang berdiri atas platfrom. Tadi Yana g undur satu kaki kebelakang. Tu yang terkeluar platform tu dan terpeleot,” jelasnya secara ringkas.
Malah Uyaina turut menyatakan rasa lega kerana dia tidak melatah.
“Nasib baik tak melatah bukan-bukan je tadi,” katanya pada komen yang ditinggalkan rakan aritis, Syifa Melvin.
Sehingga kini, video tersebut sudah pun mendapat lebih 100,000 tontonan bersama ratusan komen.
Foto: Instagram Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!