“Alhamdulillah, tumor itu sudah berjaya dikeluarkan dan setiap tahun saya ‘check up…’
Demikian kata pengacara dan pelakon drama siri Liar, Naz Rahman yang mengakui berat badannya ‘hilang’ lebih 14 kilogram selepas menjalani pembedahan membuang tumor dalam perut susulan gastrointestinal stromal tumor (GIST) lebih empat tahun lalu.
Naz atau nama sebenarnya, Nazrudin Habibur Rahman, 44, berkata ekoran keadaan tersebut, ia mengurangkan 15 peratus saiz perutnya yang sekali gus membuatkan berat badannya susut.
“Saya pernah ada tumor di dalam bahagian perut, dah lebih empat tahun dan keadaan begitu juga. Ramai yang tanya kenapa saya kurus, ‘kau ni hisap dadah ker? atau apa’? Tapi dari dulu sampai sekarang ia adalah sebab perut saya dah kurang 15 peratus.
“Jadi bila tibanya bulan puasa, semakin susut berat badan saya sehinggakan ada produksi bertanya adakah saya sakit. Ya memang saya sakit, tapi insya-Allah masih boleh bekerja.
“Alhamdulillah, tumor itu sudah berjaya dikeluarkan dan setiap tahun saya ‘check up’. Tiap tahun bila doktor cakap saya ‘clear’ (bebas dari tumor), saya bersyukur masih dapat bekerja dan berkarya,” katanya kepada MH.
Ads
Dalam pada itu, Naz turut berharap semoga apa yang dikongsikan ini menjawab persoalan peminat dan rakan industri mengenai status kesihatannya selama ini.
“Jujur saya cakap, saya hilang 14 kilogram. Bayangkan ini baju yang saya pakai ketika berkahwin, siap ‘fitting’ tapi sekarang tengok bahagian bahu dia (sudah jatuh). Semua susut dan saya tak boleh nak tambah berat badan.
“Jadi, mungkin saya nak ambil kesempatan ini untuk peminat dan rakan industri yang bertanya kenapa kurus. Minta maaf saya tak suka nak uar-uarkan tapi sakit ini memang berpanjangan. Saya akan macam ni sampai bila-bila tapi akan terus ceria, insya-Allah.
Ads
“Saya sepatutnya makan lima kali sehari tapi hidangan kecil sahaja. Bayangkanlah bila puasa sekarang ini, sahur makan sikit sahaja. Begitu juga bila berbuka,” katanya lagi.
Naz yang sinonim menerusi program Jalan Jalan Cari Makan sebelum ini juga akui dia perlu terus kuat demi isteri, Sheahnee Iman Lee dan tiga cahaya matanya, Zara Aaliyah, Zakry Aiman dan Zayd Aaqil.
“Ini juga merupakan pembedahan saya yang ke 10. Macam-macam lah dugaan dalam hidup ini, akan tetapi apa yang terjadi adalah ujian daripada Allah. Namun macam mana akan reaksi kita terhadap cubaan (ujian) yang dihadapi.
Ads
“Jadi saya memang ada pilihan sama ada nak sedih, down, depress… memang patut, tapi demi anak-anak isteri dan keluarga. Semangan itu yang membuatkan saya untuk ambil keputusan mengapa perlu rasa tertekan.
“Saya masih boleh bekerja, saya masih ada nyawa, boleh merasai nikmat kehidupan dan saya masih nak lihat anak-anak saya membesar, jadi saya ambil keputusan untuk positif. Sebab kalau kita nak fikir negatif pun tiada gunanya. Terus cekal, Insya-Allah,” katanya lagi.
Terdahulu, Naz ditemui pada Majlis Berbuka Puasa & Pelancaran Rahsia Gaya Raya Watson di Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nadya Syahera tidak menafikan ada orang ketiga yang pernah cuba untuk mendekati keharmonian rumah tangganya bersama usahawan Fizul Nawi sebelum ini.
Nadya, 29, berkata cubaan tersebut kemungkinan berlaku disebabkan ada wanita tertarik dengan kesenangan hidup suaminya.
Bagaimanapun, Nadya kembali bertanya adakah wanita tersebut mampu untuk menjalani kehidupan bersama suaminya untuk tempoh yang lama.
“Sebelum ini saya ambil tahu dan dapat tahu ada juga (cubaan mendekati suami) mereka nampak daripada segi material kot saya rasa.
“Tapi kalau kau ada dalam tempat aku, kau sanggup tak ‘duduk’ seperti aku. Aku dah lapan tahun tau, kau baru nak masuk duduk tiga atau empat bulan, better tak payah dik.
“Lupakan nak ambil laki kakak… ha macam itu. Kalau kau sanggup bertahan macam kakak, I bet you potong jari, pergilah. Ambillah,” kata Nadya ketika ditemui ketika majlis pelancaran produk Nano Comestic, baru-baru ini.
Pada acara sama, Nadya turut diperkenalkan sebagai duta jenama berkenaan yang berlangsung di Magica Suite, Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Nadya memilih untuk bersikap rasional dan tidak menafikan sekiranya ujian tersebut berlaku, dia berserah.
“Saya daripada dahulu berpegang kepada satu perkara iaitu kalau saya rasa boleh meneruskan, saya akan teruskan. Begitu juga sebaliknya. Tak kisahlah apa sahaja yang orang bercakap mengenainya, yang berada di dalam ‘kasut’ itu ialah kita.
“Jadi kita yang lebih tahu pasangan kita bagaimana dan kita yang perlu rasa yakin untuk diri sendiri sama ada mampu (untuk teruskan perkahwinan) atau tidak. Macam saya, sekali rasa boleh hadap, saya hadap.
“Akan tetapi saya percaya Allah tidak akan membiarkan hambaNya dalam keadaan yang terlalu teruk. Suatu hari insya-Allah Dia akan tarik kita ke jalan yang lebih baik. Jadi apa yang telah berlaku di dalam rumah tangga saya sama ada yang baik atau tidak, itu adalah kehendakNya.
“Kalau ada rezeki hubungan kami hingga ke syurga, saya bersyukur. Kalau tergantung di pertengahan jalan saya tak boleh nak melawan takdir. Apa pun di dalam rumah tangga ini, bagi saya kena perlu banyak berkomunikasi dan ada tolak ansur,” katanya lagi.
Untuk rekod Nadya dan Fizul mendirikan rumah tangga pada September 2015 dan mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Aleena Rose, Mohamad Dayyan dan Muhammad Barr Adam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semangat juang skuad Harimau Malaya memang patut dipuji meski tewas 0-1 pada aksi final kedua Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh menentang Naga Merah, Vietnam.
Meski tidak membawa pulang piala kejuaraan, namun kredit harus diberikan keseluruhan pemain yang sudah memberikan permainan terbaik.
Menarik kali ini, MH senaraikan trivia menarik salah seorang pemain Harimau Malaya, Safawi Rasid.
1. Safawi Rasid atau nama sebenarnya Muhammad Safawi bin Rasid, sinonim dengan panggilan Pawi di kalangan kenalannya.
2. Anak kelahiran Dungun, Terengganu.
3. Berusia 21 tahun dan dilahirkan pada 5 Mac 1997.
4. Anak kesembilan daripada 13 orang beradik.
5. Difahamkan, Safawi pernah bergelar pemain bola sepak untuk kelab T-Team FC pada 2015 hingga 2016, diikuti Johor Darul Ta’zim (JDT) dari 2017 hingga kini (2018).
6. Pernah merangkul trofi Pemain Paling Bernilai (MVP), Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Muda Harapan di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018.
7. Tersenarai dalam 20 pemain bintang Asia Tenggara pilihan FourFourTwo untuk masa akan datang. Turut tersenarai termasuk pemain dari Thailand, Indonesia, Australia dan negara-negara Asia lain.
8. Pemain sayap Harimau Malaya yang lincah dan tangkas berjersi nombor 11.
9. Rating pasukan Harimau Malaya menentang Vietnam malam tadi (6/10).
Safawi menjadi pemain paling banyak melakukan percubaan ke pintu gol Vietnam, namun sepakan lemah dan tidak menepati sasaran mengecewakan kem Malaysia. Percubaan terbaiknya menerusi sepakan percuma pada babak kedua yang menuju tepat ke arah pintu gol tetapi belum cukup untuk menewaskan Van Lam.
10. Pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti wanita popular seperti pelakon Sweet Qismina, Wani Kayrie, pengacara Anim Ezati Zikri dan Ruhainies.
Foto/Sumber: IG Safawi, Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Syafiq Kyle menyifatkan pencalonannya sebagai Top 5 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) sebagai satu pengiktirafan besar dalam...