Pengacara dan aktivis, Nur Heliza Helmi kini sedang bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan iaitu Misi Bantuan Kemanusiaan Rescue Syria.
Heliza juga sering berkongsi pengalmannya sepanjang berada di sana.
Lalu, Hal tersebut telah menarik minat pengacara dan model, Neelofa untuk terus sama membantu misi kemanusian dengan memberikan sumbangan kepada mangsa tersebut.
Ads
Perkara itu dikongsikan Heliza di Instagram Storiesnya menerusi perbualan melalui aplikasi Whatsapp.
Ads
Dalam perkembangan lain, Heliza turut berkongsi video dan gambar suasana di Syria yang teramat sejuk.
Pelakon, Elisya Sandha kini dikenali menerusi lakonannya menerusi drama rantaian, Pujaan Hati Kanda di TV3.
Terbaru, Elisya telah memuat naik satu keping gambar ketika dia sedang menghadiri satu kelas diving menerusi akaun Instagram miliknya.
“First open water class. Selepas 7 tahun nak ambik diving license tahun 2019 baru tercapai bucket list ku alhamdulillah can’t wait for the upcoming class”
Elisya kini telah berjaya untuk mengambil diving license setelah 7 tahun berazam untuk berbuat demikian. Elisya juga telah mula untuk menghadiri kelas diving tersebut.
Rakan-rakan artis juga turut memberi komen kepada Elisya mengatakan untuk turut mahu sertai kelas diving tersebut
Bukan itu sahaja, netizen juga telah memberi kata-kata semangat kepada Elisya supaya impian Elisya itu tercapai dengan jayanya.
Elisya Sandha yang kini berusia 20 tahun dan merupakan adik kepada selebriti terkenal, Fasha Sandha.
Foto : Instagram Elisya Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Sufian Suhami pernah hit dengan lagu singlenya berjudul Dimatamu yang pernah menjadi viral suatu ketika dahulu.
Lagu Dimatamu itu merupakan lagu ciptaan Sufian sendiri setelah Sufian putus cinta bersama dengan bekas tunangnya yang merupakan seorang pelakon jelita, Elfira Loy.
MH telah menemui Sufian ketika bintang ini terlibat menerusi persembahan di Showcase Prelude AJL 33 di KL Live, Kuala Lumpur.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Lantas, Sufian berkata
“Kepada mereka semua yang terluka hati mencari atau mencari arah tujuan selepas ditinggalkan, I suggest you guys to surround yourself with positive people,”
“Saya sangat bernasib baik kerana saya dikelilingi kawan-kawan, keluarga yang sangat supportive.So saya rasa anda juga memerlukan orang orang yang sebegitu”
Selain itu, Sufian juga berkata dengan menyibukkan diri bersama aktiviti harian juga merupakan salah satu tips untuk dia move on dari putus cinta.
Inilah nasihat Sufian kepada semua insan yang pernah senasib dengan Sufian.
Sufian berharap nasihat ini boleh dijadikan panduan kepada semua orang.
Jadi kepada sesiapa yang tengah nak move on dari putus cinta, boleh lah ikut nasihat Sufian okey!
Good luck buat Sufian dan semua para finalis AJL 33 yang akan bersaing 3 Februari depan!
Foto : Instagram TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktor bertubuh sasa, Zul Ariffin menafikan isu yang kononnya, dia telah berkahwin dengan seorang gadis Ukraine, Tanya Glembotska.
Tanya sebelum ini dikatakan sebagai gadis yang sering dikaitkan dengan pelakon berkenaan.
Terdahulu, Khabar angin mengenai berita tersebut itu mulai rancak menjadi bulan ramai apabila satu akaun Instagram (IG) gosip tempatan ada berkongsi foto Zul dan Tanya.
Difahamkan, foto berkenaan dikongsi di ruangan IG Story milik gadis Ukraine itu.
“I want to say thanks to my husband, I am very happy with you,” tulis Tanya.
Zul seperti yang dipetik BH Online bagaimanapun menafikan perkara tersebut dan mengatakan akaun IG gosip itu mungkin inginkan perhatian.
“Tiada maknalah, itu semua cerita lama! Saya tiada apa-apa komen.
“IG gosip itu kempunan perhatian agaknya, komen pun tiada guna…maaf saya tiada komen,” jelas aktor berusia 33 tahun ini.
Untuk rekod, Zul pernah dikatakan bercinta dengan Tanya tahun lalu apabila dikatakan masing-masing berkongsi gambar di lokasi dan masa yang sama menerusi akaun IG.
Foto: Instagram Zul Ariffin, MemesPuaka
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!