Pelawak dan usahawan, Shuib menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Siti Sarah sebagai mengenang ulang tahun kelahiran arwah yang ke-37, hari ini.
Menerusi video IG TV yang dikongsikan Shuib, tiga anak mereka turut sama hadir bagi berdoa serta sedekahkan al-Fatihah buat ibu yang telah pergi mengadap Illahi.
Ads
“Selamat Ulang Tahun kelahiran yg ke-37 Sayang. Harini I dgn Anak2 sambut Birthday U dkt rumah baru U. InsyaAllah, walaupon berbeza keadaan, I tau u ade je dgn kitorang, RASA CINTA YG TETAP SAMA INSYAALLAH.
“Semoga Allah ampunkan segala dosa dan Allah letakkan U disyurga Tertinggi. InsyaAllah. SEMOGA ALLAH SATUKAN KITA SEMUA DI SYURGA. AMIN, AL-FATIHAH SITI SARAH BT RAISSUDDIN, 15 Sept 1984 – 09 Ogos 2021,” tulisnya.
Pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled menceritakan pengalamannya sewaktu berjumpa dengan seorang pemuda berbangsa India baru-baru ini.
Menurut Aisar, pemuda berkenaan dikatakan berada sudah berputus asa dengan kehidupannya dek kerana dikelilingi dengan pelbagai masalah.
Katanya lagi, sewaktu dia berkongsi mengenai kebesaran Allah SWT, pemuda berkenaan difahamkan secara rela hati telah membuka hatinya untuk memeluk agama Islam.
“Seorang India masuk Islam. Saya terjumpa seorang brother India. Dia sangat sedih dengan kehidupan dia banyak masalah.
“Saya bercerita tentang kebesaran Allah dan apa sebenarnya yang kita kena buat di dalam dunia ini.
“Masyaallah Allah SWT menjentik hatinya untuk menerima agama Islam. Masyaallah sungguh nikmat kebesaran Allah SWT,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Chandelier itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Aisar turut menzahirkan rasa syukur selepas diberikan peluang untuk merasai nikmat tersebut.
Dikesempatan itu juga, Aisar turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak berhenti melakukan kerja-kerja dakwah terutamanya buat orang-orang disekeliling kita.
“Sesungguhnya pahala mengislamkan seorang sama dengan pahala 100 orang yang mati syahid masyaallah.
“Dakwahlah jiran kita kawan kita dan semua orang dan bercerita kebesaran Allah SWT,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut mendoakan semoga usaha Aisar dalam menjalankan kerja-kerja dakwah akan sentiasa dipermudahkan.
“SubhanAllah. MasyaAllah. Semoga perjalanan Abang Aisar dipermudahkan dan dimewahkan lagi rezeki ya.
“Semoga Allah permudahkan urusan kamu Aisar.
“MasyaAllah, syurga milik kita semua.
“Alhamdulillah, tenang je tengok,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Setakat ini, video berdurasi lebih dua minit itu telah pun meraih hampir 100,000 tontonan selepas satu jam ia dimuat naik.
Sekadar informasi, selain bergelar pelakon, Aisar juga merupakan seorang vlogger terkenal dan sehingga kini dia telah pun mempunyai lebih 450,000 pengikut di laman Youtube.
Sumber: Instagram Aisar Khaled
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jumlah kes bunuh diri yang berlaku dalam negara yang kian meningkat sekaligus menimbulkan rasa kerisauan serta kebimbangan orang ramai.
Penyanyi dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim yang juga penaung Pertubuhan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (Miasa) Malaysia dan selaku Pengasas Bersama dan Duta Kempen #StandForHOPE, dia menyatakan bimbang sekiranya masalah ini terus berlarutan.
Justeru, bintang berusia 43 tahun ini menyeru kepada orang ramai untuk bersikap lebih peka terhadap hal ini dengan cara mengambil berat antara satu sama lain.
“Tanpa kesihatan mental, tiada kesihatan rakyat yang sebenarnya. Segala masalah sosial yang kita sentiasa tunding jari dekat orang lain ia mungkin boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan mental… mungkin mereka tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
“Penjagaan kesihatan mental adalah sangat penting kepada setiap individu dan saya sangat risau dengan rakyat Malaysia yang berdepan dengan situasi ini.
“Sekiranya kita semua ambil tahu dan ambil berat tentang perasaaan dan keadaan emosi kawan-kawan, jiran serta ahli keluarga misalnya, kita secara tak langsung boleh membantu mencegah sesuatu yang dikesali,” katanya.
Sarimah berkongsi pendapatnya itu bersempena dengan kempen Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia dan dia bersama penyanyi, Damian Milhail turut tampil dengan sebuah lagu baharu bertajuk ‘Harapan’.
Ia diharap mampu menjadi pemangkin untuk mereka yang sedang bergelut dengan permasalahan emosi agar tidak berputus asa.
Ia pada masa sama sebagai antara medium di dalam menyalurkan mesej lagu bersempena kempen berkenaan kepada khalayak.
Sarimah terdahulu sinonim sebagai antara selebriti yang tampil memperjuangan isu berkaitan kesihatan mental dan seboleh mungkin tidak pernah berhenti membantu memberi kesedaran kepada masyarakat serta menghapuskan stigma kesihatan mental.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan 10 September setiap tahun sebagai Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia (World Suicide Prevention Day) yang mengangkat tema ‘Mencipta Harapan Melalui Tindakan’.
Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada tahun ini memfokuskan kepada tindakan yang boleh diambil oleh setiap individu kepada individu yang lain sama ada kawan, ahli keluarga, rakan atau pun sesiapa sahaja yang berada dalam komuniti kita, untuk kita sentiasa peka dan prihatin dalam memberikan harapan dan bantuan yang mampu menyelamatkan nyawa.
Gambar
Gambar
Sementara itu, Harapan merupakan lagu genre Pop R&B dan muzik video Harapan merupakan hasil ciptaan Damian Mikhail.
Lirik lagu tersebut padat dengan mesej positif dan bertepatan dengan perjuangan berkaitan kempen pencegahan dan hindari bunuh diri iaitu menghapuskan stigma dan memberi sokongan emosi kepada individu yang sedang bertarung dengan masalah kesihatan mental.
Ia penting bila mana permalasahan ini boleh menjurus kepada pemikiran dan tingkah laku bunuh diri serta yang telah terkesan akibat kematian insan tersayang yang Meninggal dunia Akibat Bunuh Diri (MABD).
Foto: Instagram Sarimah Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, pelakon Nad Zainal dan suami, Muhammad Falid Amiruddin telah diundang sebagai tetamu jemputan di rancangan bual bicara Wanita Hari Ini untuk berkongsi pendapat mengenai topik ‘Pasangan Sekepala’ bersama penonton.
Menerusi perkongsian yang diadakan secara maya itu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin mengakui adakalanya tidak bersependapat dengan suaminya dalam sesetengah perkara.
“Macam kami berdua kadang-kadang tidak sekepala dari segi pemilihan aktiviti, kalau macam dia suka aktiviti lasak, suka bercuti dekat dalam hutan, berkhemah, panas-panas tapi saya pula suka tempat yang ada salji sejuk macam dalam ‘mall’ macam tu,
“Walaupun kadang-kadang kami ada juga minat yang sama, contoh kita suka menonton filem, suka mengendalikan kamera dan sebagainya tapi bila nak berkerjasama tu mesti akan ada tidak sefahaman pendapat. Minat yang sama tapi berbebeza idea dan pendapat,” katanya.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini berpendapat adalah sangat penting untuk mendapatkan keserasian dalam rumah tangga dan setiap pasangan perlu ada sefahaman antara satu sama lain.
“Kadang-kadang bila kita tiada sefahaman, kita kena fikir balik tak semua perkara yang kita buat pun dia suka. Jadi kena memberi dan menerima sebab perkahwinan ni bukan dicipta untuk sekejap tapi untuk selama-lamanya,
“Jadi kita kena sentiasa perbaiki diri dan kena menerima kekurangan pasangan kita. Kalau kita sentiasa tiada sefahaman hubungan itu tidak akan kekal lama dan penting untuk ada tolenrasi antara satu sama lain,
“Bagi saya, untuk keharmonian dalam rumah tangga kita kena hormat dan jadi sahabat baik dengan pasangan kita. Kalau boleh kita kena sentiasa jadi diri sendiri dengan pasangan kita, jangan malu-malu sebab masa kahwin lah kita nak kenal antara satu sama lain,” katanya lagi.
Terdahulu, Nad telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Muhammad Falid Amiruddin pada tanggal 18 Disember 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fahad Ibrahim, 5 tahun dan Budi Kalsom, 5 bulan.
Foto: Instagram Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.